BismillahirRahmanirRahim
![]() |
Kak Jee memang peminat sup cendawan, boleh hirup sup sahaja atau dicicah dengan roti bawang putih. Baru-baru ini ada makan di sebuah restoran di Moscow, Rusia. Kemain komen, sup cendawan di Malaysia lagi sedap. Entahlah mungkin terlalu berkrim, masalahnya habis juga semangkuk.
Memang sedap dimakan sewaktu cuaca sejuk, memang tak cukup semangkuk.
Kak Jee memang kerap juga beli cendawan shitake buat gandingan dengan brokoli untuk masak sayur. Rasa lebih sedap! Kebetulan terfikir untuk mencuba resipi sup cendawan, banyak resipi di Google.
Menjadi dan sedap pula, pertama kali mencuba. Agak mudah cara membuatnya dan yang paling penting boleh makan berulang kali sebab buat satu periuk.
Jom, kita lihat resipinya.
Bahan2:
7 kuntum cendawan shitake dihiris
1 biji biji bawang Holland dipotong dadu
2 sudu besar mentega
Sedikit minyak zaitun
2 sudu tepung gandum
Garam secukupnya
2 keping keju (pilihan)
Sedikit serbuk oregano
250 ml susu segar
Air secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Panaskan kuali bersama mentega dan minyak zaitun. Masukkan bawang dan kacau sehingga agak layu.
![]() |
2. Masukkan cendawan dan kacau sehingga layu, masukkan lada hitam dan kacau sekejap.
![]() |
3. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata kemudian masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan). Biar mendidih sekejap.
![]() |
![]() |
4. Kisar hasilnya sehingga cendawan menjadi halus/hancur. Masukkan ke dalam periuk yang sesuai saiznya. Masukkan susu, keju, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Kacau bagi mendidih sebentar. Jika tidak cukup pekat boleh tambah bancuhan tepung gandum dan air sehingga mencapai kepekatan yang dikehendai.
![]() |






















































