Sabtu, 6 April 2024

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson



BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson bertarikh 18 Mac dan 19 Mac 2024. Idea untuk merasa suasana berbuka puasa di hotel datang sewaktu aku melihat iklan tersebut ketika bercuti di situ beberapa minggu sebelumnya.

Teringin juga untuk menikmati masakan Padang, lagu pula apa salahnya merasa pengalaman berbuka di luar rumah setelah semingu menyediakan juadah berbuka dan sahur di rumah. Teringin juga untuk berbuka di surau atau masjid sekitar rumah namun kami tidak mampu berbuat demikian. Maklumlah agak sukar untuk membawa mak sekali yang pastinya sukar untuk menunaikan solat nanti.

Pakej yang ditawarkan termasuklah penginapan, berbuka puasa dan sahur bernilai RM168 seorang, jika mahu tambah seorang lagi dikenakan bayaran RM80. Jadi kos untuk dua orang bernilai RM248.00, jika dibahagi dua jadi RM124.00 seorang.

Khemah didirikan di kawasan luar bangunan hotel untuk menampung bilangan peserta yang ramai. Jam 6:00 petang sudah boleh mendaftar dan duduk di meja yang disediakan. Kami mengambil makanan dan letak di atas meja sambil menanti waktu berbuka puasa. Menikmati saat matahari terbenam begitu bermakna, terasa kehebatan Sang Pencipta. Allah SWT. Maklumlah biasanya berbuka di dalam rumah. Cuaca yang elok menghasilkan suasana yang begitu indah untuk ditatapi.

JOm tengok antara juadah yang disediakan.


Cucur sedang digoreng, panas-panas.
Pilhan ramai.

Pelbagai pencuci mulut


Ruang dalam untuk pelbagai pilihan

Potongan buah untuk disalut dengan coklat


Pokok kurma
Cencaloh, budu, sambal belacan pun ada


Keropok dan jeruk
Diserbu sampai tinggal tulang

Hidangan khas Negeri Sembilan
Rendang maman, Masak lemak ikan keli, masak lemak pucuk ubi,
masak lemak kupang dengan pucuk paku. Ada lagi lauk pauk lain.

Rendang maman, febret den tapi pedas gila sampai meleleh air mata.

Pencuci mulut

Jangan lupa

Mesti cuba, kambing bakar

Pilihan juga ni.

Mentari yang ditunggu untuk terbenam.

Tu dia, ada li chi kang (kiri), sup kibas (kanan), martabak. Janji habis.

Hari pertama duduk di luar. Spageti pilihan Saffura.


Kami turut solat Tarawih bersama jemaah lain, di situ aku berkenalan dengan seorang kakak yang tinggal di sekitar Port Dickson. Dia dan suaminya akan berbuka di Klana Resort jika dah tak tahu nak makan apa waktu berbuka.

"Hanya RM30 satu kepala untuk warga pesara, memang berbaloi," katanya.

Terkeut aku dan Saffura mendengarnya, patutlah ramai wargamas sewaktu berbuka tadi.


Solat di surau Kompleks Baitulhilal, tempat melihat anak bulan di Teluk Kemang.


Sahur bermula jam 5:00 pagi, kami ini tidak begitu ramai seperti waktu berbuka. Bersama kami ada dua kumpulan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkursus di situ. Meriah juga. Ada nasi dan lauk pauk, bubur nasi, roti, buah serta telur rebus separuh masak.




Untuk hari kedua, hidangan berbuka puasa lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan lauk pauk. Kambing bakar, sate, sup kibas, martabak, apam balik, cucur. li chi kang dan pelbagai pilihan pencuci mulut, bubur dan buah-buahan.

Mi goreng diganti dengan kuetiaw goreng. Soto diganti dengan mi dan bihun sup. Banyak lagi hidangan yang tidak sempat nak rasa sebab terlalu banyak. Air sejuk yang pelbagai pilihan serta air panas memang menyegarkan. Memang puas hati, insya-Allah nak repeat lagi.


Hari kedua kami ditempatkan kat dalam.

Menanti saat berbuka.

Kali ni kek memang banyak.

Terliur tengok kuetiaw

Try kek pula

Baca doa!

Sup kibas yang power

Ada abam askar, memang ramai termasuk pelancong
berbangsa Cina.


 

Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri setelah beberapa tahun kita melalui fasa PKP. Mak tidak dapat berbuka bersama jadi kami ambil makanan dan bawa ke bilik.

Semoga Allah terima ibadat puasa tahun ini, diberi pegampuanan dan kita semua keluar dari bulan Ramadan dengan mendapat taqwa. Aamiin.

Khamis, 14 Mac 2024

Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim


 

Assalamualaikum.

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan berpuasa buat semua pengunjung blog ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan terbaik untuk mengisi hari-hari yang penuh berkat dan dirindui saban tahun.

Dengan rendah hati, kami memohon maaf, atas segala kesalahan yang telah dilakukan secara  sengaja atau tidak. Moga kita semua beroleh keberkahan daripada-Nya. Aamiin.

Saya agak sibuk dengan pengurusan buku ketujuh yang berjudul Autumn D'Hunza Pakistan sebab itu gambar pun berlatarkan Pakistan. Sekarang manuskrip masih di tangan designer, didoakan agar buku travelog tersebut dapat dicetak secepat mungkin. Ramai dah bertanya, jenuh juga untuk menjawabnya.  

Terima kash buat mereka yang sentiasa memberi sokongan dengan memiliki kesemua enam buku travelog saya sebelum ini. Diharap buku kali ini menjadi bestseller, insya-Allah.






Khamis, 8 Februari 2024

Pesta Buku Pulau Pinang 2024



BismillahirRahmanirRahim




Tahniah! Buat Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang telah menganjurkan pesta buku yang pertama tahun ini. Berlangsung dengan begitu meriah dan cemerlang.

Pesta ini telah berlangsung bertarikh 1 Februari sehingga 4 Februari 2024 di Mydin Mall Bukit Mertajam. Aku terus menempah tiket ETS sebaik mendapat tahu berita baik ini.

Selepas menziarahi sahabat semasa di sekolah rendah di Sungai Petani iaitu Puan NorAida Abdul Hamid dan Puan Azimah Abdul Aziz, kami bertiga terus ke pesta buku.

Selepas melihat lima buku aku di rak Reruai Gua Novel, aku terus  mencari urus setia yang sudah aku kenali iaitu Puan Norlina binti Ahmad dan Puan Azariah. Mereka aku kenali asbab atas urusan pembelian buku oleh PPAPP. Ini tahun ketiga aku hadir ke pesta buku negeri kelahiranku ini.

Puan Norlina menyambutku dengan baik sekali. Mulanya dia mahu aku berbicara tentang buku bersama juru acara, sayangnya aku tidak bersedia. Pun begitu aku diminta memberi biodata agar dibuat pengumuman kehadiran penulis di pesta tersebut. Aku juga diminta berada di reruai agar pengunjung dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis. Berdebar pula rasanya. 

Mujur Fatihah sempat membuat rakaman pengumunan tersebut walaupun tidak sepenuhnya, dia pun terkejut mendengarnya.

Bersama Puan Norlina yang kini memangku jawatan Pengarah
PPAPP. Aku pun tak tahu, pakai terjah je...huhu.

Bersama dengan urus setia pesta buku.
Dari kiri Puan Sabrina, Puan Azariah dan Puan Norlina.


Hampir satu jam juga aku berada  di reruai dengan mempromosi buku-buku yang ada di situ. Seronok bukan main bila ada yang mahu membeli. Syukur, alhamdulillah.




Tuan Mohd Saad yang juga penulis.

Sibuk la jugak.


Pasangan Puan Bashiroh dan suami.


Terima kasih Tuan Hisham.

Intan Fatihah dan Saffura yang jadi peneman.

Bersama NorAida (paling kanan) dan Azimah (tengah)
Lebih 40 tahun tidak pernah berjumpa Azimah sebaik tamat
sekolah rendah.

Sehingga berjumpa lagi di pesta buku yang lain, insya-Allah.




































 

Rabu, 31 Januari 2024

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023

BismillahirRahmanirRahim




Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 telah berlangsung di MBSA Konvensyen Center Shah Alam yang bermula pada 1 Disember hingga 10 Disember.

Alhamdulillah saya dapat berada di sana selama tiga hari melayan peminat buku travelog di booth Kasi Terbit. Sempat bertemu dengan pembeli buku, sahabat penulis serta kenalan baharu dalam dunia buku.


Aina (penterjemah buku) , Rohaniah  Kasi Terbit)
dan Irni Fazrita (penterjemah dan penulis buku)

Sahabat penulis, Irni dan Sarimah


DI sebelah kiri Siti Rahmah, editor.

Penulis buku, Mimi.

Booth Gua Novel

Gua Novel

Peneman di pesta buku
Booth Kasi Terbit

Puan Azrina

Sempat beli buku dari Indonesia


Promosi

Puan Hjh Faizah Yusof

Puan Norsuria

Berkenalan dengan Wedha Stratesti Yudha dari  Penerbit Gramedia Indonesia

Sibuk

En. Asmawi dan rakannya.



 

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...