Jumaat, 26 April 2024

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim




Hari raya kedua, 

Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya berlaku kesesakan yang amat teruk di Kuala Selangor seterusnya Tanjung Karang dan Sekincan. Kami tersesat beberapa kali sebelum dapat masuk ke WCE, perjalanan agak lancar dengan pemandangan kawasan huran serta bukit bukau nan menghijau. 

Namun berlaku kesesakan sekali lagi sebaik melepasi plaza tol Changkat Jering. Kali ini lebih teruk dengan pergerakan yang amat perlahan. Hampir sejam juga. Seterusnya terus jem sehingga sampai ke destinasi sebaik malam menjelma. Hampir 11 jam juga untuk samapi ke Taman Markisa Bukit Mertajam.




Bergilir bawa kereta.

Kesesakan sepanjang jalan.


Hari raya kedua

Bergerak ke rumah abang di Alor Setar ( gambar di atas) kemudian rumah sepupu, Puan Hjh Maznah di Jitra. Pergi dan balik pun jem.





Maznah dan anaknya.

Rumah adik ipar Maznah.


Laksa, mi rebus semua sedap.



Hari raya ketiga


Jumpa Mak sedara, Cu Minah.


Hadir di majlis pernikahan anak saudara, Mohd Syafiq di Parit Buntar.


Kami empat beradik.

Anak-anak sedara.


Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan.

Nak berarak dah ni.

Rombongan lelaki.



Special!


Buat macam rumah sendiri  naa.


Hari raya keempat.

Kenduri di rumah pengantin lelaki @ Kakak Jamilah.

Kudap-kudap

Bihun sup pun ada.

Kakakku.

Kari ikan kering memang sedap. Ada asam rebus keladi dan gulai
nangka.

Abangku.


Apa cerita tu.

Ramai sungguh.


Tak sempat nak ambil gambar dengan pengantin sebab terpaksa bertolak awal balik ke Kuala Lumpur. !1 jam juga untuk sampai ke rumah.

Seterusnya rumah terbuka Dato' Dr Ahmad Fadzli dan Datin Syarmila di Shah Alam pada 20 April 2024. Banyaknya makanan sehingga tak termakan semuanya, ambil yang rare je.


Laksa dan habis, pekena kambing bakar pula.

Sotong tu memang sedap.


Sama-sama cikgu.



Kenduri kahwin pula.

Menerima tetamu beraya di rumah, adik ipar suami dan keluarga.

Nasi Arab dan pecal.



 Nanti sambung lagi ya, insya-Allah.

Salam Aidilfitri 1445H


BismillahirRahmanirRahim


Harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat semua pengunjung blog ini. Sudah 17 Syawal baru perasan belum membuat sebarang catatan berkaitan raya tahun ini.

Poskad raya.



Ada pantun lagi.



Alhamdulillah tahun ini saya berkesempatan membuat poskad khas untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua sahabat yang pernah membeli buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid. Saffura ditugaskan untuk design poskad tersebut, urusan bermula di awal Ramadan. Poskad-poskad tersebut dipos dua minggu puasa dengan stem bernilai 30 sen.

Tidak ramai yang menerimanya sebelum hari raya, kebanyakannya terima selepas raya. Ada yang berkongsi berita penerimaan tersebut di FB, teruja sungguh mereka. Maklumlah sudah sekian lama tidak menerima kad  raya. Ada yang berwasap mengucapkan terima kasih. Selepas berakhir cuti hari raya semakin ramai yang menerimanya. Lambat sungguh !

Apa pun saya bersyukur kerana dapat berkenalan dengan ramai peminat buku asbab buku-buku travelog saya tu. Bertambah semangat untuk menulis dan menerbitkan buku lagi. Doakan kejayaan saya ya.


Bagaimana sambutan hari raya tahun ini?

Kami mengambil keputusan untuk beraya di rumah sahaja memandangkan keadaan Mak Mertua yang agak uzur untuk beraya di Penang. Selepas solat hari raya, kami beraya di Sri Menanti kemudian hantar Mak beraya di Melaka.

Jom tengok persediaan sehari sebelum raya. Masak-masak sahaja kerjnya.



Encik Suami menganyam ketupat.

Hasilnya.

Kuah lodeh

Rendang ayam, kuah kacan dan buat lebih awal dan disejuk beku.

Gambar raya.

Gambar raya

Di rumah abang En Suami di Sri Menanti.

 

Bersambung.

Sabtu, 6 April 2024

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson



BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson bertarikh 18 Mac dan 19 Mac 2024. Idea untuk merasa suasana berbuka puasa di hotel datang sewaktu aku melihat iklan tersebut ketika bercuti di situ beberapa minggu sebelumnya.

Teringin juga untuk menikmati masakan Padang, lagu pula apa salahnya merasa pengalaman berbuka di luar rumah setelah semingu menyediakan juadah berbuka dan sahur di rumah. Teringin juga untuk berbuka di surau atau masjid sekitar rumah namun kami tidak mampu berbuat demikian. Maklumlah agak sukar untuk membawa mak sekali yang pastinya sukar untuk menunaikan solat nanti.

Pakej yang ditawarkan termasuklah penginapan, berbuka puasa dan sahur bernilai RM168 seorang, jika mahu tambah seorang lagi dikenakan bayaran RM80. Jadi kos untuk dua orang bernilai RM248.00, jika dibahagi dua jadi RM124.00 seorang.

Khemah didirikan di kawasan luar bangunan hotel untuk menampung bilangan peserta yang ramai. Jam 6:00 petang sudah boleh mendaftar dan duduk di meja yang disediakan. Kami mengambil makanan dan letak di atas meja sambil menanti waktu berbuka puasa. Menikmati saat matahari terbenam begitu bermakna, terasa kehebatan Sang Pencipta. Allah SWT. Maklumlah biasanya berbuka di dalam rumah. Cuaca yang elok menghasilkan suasana yang begitu indah untuk ditatapi.

JOm tengok antara juadah yang disediakan.


Cucur sedang digoreng, panas-panas.
Pilhan ramai.

Pelbagai pencuci mulut


Ruang dalam untuk pelbagai pilihan

Potongan buah untuk disalut dengan coklat


Pokok kurma
Cencaloh, budu, sambal belacan pun ada


Keropok dan jeruk
Diserbu sampai tinggal tulang

Hidangan khas Negeri Sembilan
Rendang maman, Masak lemak ikan keli, masak lemak pucuk ubi,
masak lemak kupang dengan pucuk paku. Ada lagi lauk pauk lain.

Rendang maman, febret den tapi pedas gila sampai meleleh air mata.

Pencuci mulut

Jangan lupa

Mesti cuba, kambing bakar

Pilihan juga ni.

Mentari yang ditunggu untuk terbenam.

Tu dia, ada li chi kang (kiri), sup kibas (kanan), martabak. Janji habis.

Hari pertama duduk di luar. Spageti pilihan Saffura.


Kami turut solat Tarawih bersama jemaah lain, di situ aku berkenalan dengan seorang kakak yang tinggal di sekitar Port Dickson. Dia dan suaminya akan berbuka di Klana Resort jika dah tak tahu nak makan apa waktu berbuka.

"Hanya RM30 satu kepala untuk warga pesara, memang berbaloi," katanya.

Terkeut aku dan Saffura mendengarnya, patutlah ramai wargamas sewaktu berbuka tadi.


Solat di surau Kompleks Baitulhilal, tempat melihat anak bulan di Teluk Kemang.


Sahur bermula jam 5:00 pagi, kami ini tidak begitu ramai seperti waktu berbuka. Bersama kami ada dua kumpulan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkursus di situ. Meriah juga. Ada nasi dan lauk pauk, bubur nasi, roti, buah serta telur rebus separuh masak.




Untuk hari kedua, hidangan berbuka puasa lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan lauk pauk. Kambing bakar, sate, sup kibas, martabak, apam balik, cucur. li chi kang dan pelbagai pilihan pencuci mulut, bubur dan buah-buahan.

Mi goreng diganti dengan kuetiaw goreng. Soto diganti dengan mi dan bihun sup. Banyak lagi hidangan yang tidak sempat nak rasa sebab terlalu banyak. Air sejuk yang pelbagai pilihan serta air panas memang menyegarkan. Memang puas hati, insya-Allah nak repeat lagi.


Hari kedua kami ditempatkan kat dalam.

Menanti saat berbuka.

Kali ni kek memang banyak.

Terliur tengok kuetiaw

Try kek pula

Baca doa!

Sup kibas yang power

Ada abam askar, memang ramai termasuk pelancong
berbangsa Cina.


 

Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri setelah beberapa tahun kita melalui fasa PKP. Mak tidak dapat berbuka bersama jadi kami ambil makanan dan bawa ke bilik.

Semoga Allah terima ibadat puasa tahun ini, diberi pegampuanan dan kita semua keluar dari bulan Ramadan dengan mendapat taqwa. Aamiin.

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...