BismillahirRahmanirRahimAlhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson bertarikh 18 Mac dan 19 Mac 2024. Idea untuk merasa suasana berbuka puasa di hotel datang sewaktu aku melihat iklan tersebut ketika bercuti di situ beberapa minggu sebelumnya.
Teringin juga untuk menikmati masakan Padang, lagu pula apa salahnya merasa pengalaman berbuka di luar rumah setelah semingu menyediakan juadah berbuka dan sahur di rumah. Teringin juga untuk berbuka di surau atau masjid sekitar rumah namun kami tidak mampu berbuat demikian. Maklumlah agak sukar untuk membawa mak sekali yang pastinya sukar untuk menunaikan solat nanti.
Pakej yang ditawarkan termasuklah penginapan, berbuka puasa dan sahur bernilai RM168 seorang, jika mahu tambah seorang lagi dikenakan bayaran RM80. Jadi kos untuk dua orang bernilai RM248.00, jika dibahagi dua jadi RM124.00 seorang.
Khemah didirikan di kawasan luar bangunan hotel untuk menampung bilangan peserta yang ramai. Jam 6:00 petang sudah boleh mendaftar dan duduk di meja yang disediakan. Kami mengambil makanan dan letak di atas meja sambil menanti waktu berbuka puasa. Menikmati saat matahari terbenam begitu bermakna, terasa kehebatan Sang Pencipta. Allah SWT. Maklumlah biasanya berbuka di dalam rumah. Cuaca yang elok menghasilkan suasana yang begitu indah untuk ditatapi.
JOm tengok antara juadah yang disediakan.
|
Cucur sedang digoreng, panas-panas. |
|
Pilhan ramai. |
|
Pelbagai pencuci mulut |
|
Ruang dalam untuk pelbagai pilihan |
|
Potongan buah untuk disalut dengan coklat |
|
Pokok kurma |
|
Cencaloh, budu, sambal belacan pun ada
|
|
Keropok dan jeruk |
|
Diserbu sampai tinggal tulang |
|
Hidangan khas Negeri Sembilan Rendang maman, Masak lemak ikan keli, masak lemak pucuk ubi, masak lemak kupang dengan pucuk paku. Ada lagi lauk pauk lain. |
|
Rendang maman, febret den tapi pedas gila sampai meleleh air mata. |
|
Pencuci mulut |
|
Jangan lupa |
|
Mesti cuba, kambing bakar |
|
Pilihan juga ni. |
|
Mentari yang ditunggu untuk terbenam. |
|
Tu dia, ada li chi kang (kiri), sup kibas (kanan), martabak. Janji habis. |
|
Hari pertama duduk di luar. Spageti pilihan Saffura. |
Kami turut solat Tarawih bersama jemaah lain, di situ aku berkenalan dengan seorang kakak yang tinggal di sekitar Port Dickson. Dia dan suaminya akan berbuka di Klana Resort jika dah tak tahu nak makan apa waktu berbuka.
"Hanya RM30 satu kepala untuk warga pesara, memang berbaloi," katanya.
Terkeut aku dan Saffura mendengarnya, patutlah ramai wargamas sewaktu berbuka tadi.
|
Solat di surau Kompleks Baitulhilal, tempat melihat anak bulan di Teluk Kemang. |
Sahur bermula jam 5:00 pagi, kami ini tidak begitu ramai seperti waktu berbuka. Bersama kami ada dua kumpulan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkursus di situ. Meriah juga. Ada nasi dan lauk pauk, bubur nasi, roti, buah serta telur rebus separuh masak.
Untuk hari kedua, hidangan berbuka puasa lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan lauk pauk. Kambing bakar, sate, sup kibas, martabak, apam balik, cucur. li chi kang dan pelbagai pilihan pencuci mulut, bubur dan buah-buahan.
Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri setelah beberapa tahun kita melalui fasa PKP. Mak tidak dapat berbuka bersama jadi kami ambil makanan dan bawa ke bilik.
Semoga Allah terima ibadat puasa tahun ini, diberi pegampuanan dan kita semua keluar dari bulan Ramadan dengan mendapat taqwa. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan