Visit My Malaysia


JANDA BAIK, PAHANG.

BismillahirRahmanirRahim

Visit My Malaysia  untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Aku mulakan dengan lawatan kami ke Janda Baik yang terletak di Bentong, Pahang. Merupakan sebuah kampung rezab Melayu yang terletak di lereng Banjaran Titiwangsa, sekitar 600 meter dari paras laut.


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti mandi sungai, berbasikal, meredah hutan dengan menaiki ATV atau quatbike. Boleh melawat ladang buah-buahan seperti buah tin, markisa atau durian. Banyak ladang sayur-sayuran. Ada perkampungan orang asli. Beberapa lokasi air terjun tetapi kami tidak jumpa  atau cari.

Rumah penginapan seperti chalet, resort dan homestay yang terdiri daripada pelbagai peringkat sehingga yang mewah pun ada. Dibangunkan berhampiran sungai jadi termasuk dalam pakej sungai tersebut. Ada juga kawasan mandi awam dengan disediakan pondok untuk disewa. Tidak boleh sesuka hati masuk ke dalam sungai dan mandi.

Makan minum tidak perlu risau kerana banyak kedai makan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan bermula dari awal pagi.

Semasa berada di kebun buah tin, suasana terasa seperti di Cameron Highland. Udaranya lebih sejuk berbanding di Kuala Lumpur dan nyaman rasanya. Banyak anak sungai mengalir melalui kampung, amat sesuai untuk berkelah dan berkhemah. Deruan air sungai yang mengalir cukup menenangkan. Ada bunga berwarna kuning terang dari pokok besar sekitar sungai yang memberikan bau yang cukup harum.

Tarikh  : Mac 2018
Lokasi  : Janda Baik, Bentong Pahang.
Jarak     : 50 ++ kilometer dari Cheras.
Masa Perjalanan : 1 jam melalui Lebuhraya Karak


Cantik...kalah sungai kat New Zealand


Jalan ke Janda Baik , melalui R&R Genting Sempah.

Pintu Gerbang  ke Janda Baik


Banyak kedai makan di tepi jalan

Sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan Janda Baik


Kebun  buah tin. Pokok buah tin untuk dijual semurah RM80 sepokok yang kecil


Pemilik kebun buah tin


Ditanam di dalam kawasan khas.

Buahnya sebesar buah epal. Daun untuk buat teh.
Sempat beli RM15 untuk 2 biji. Menyesal hanya beli 4 biji.
Manis dan sedap.Nak lagi....

Kebanyakan laluan sungai adalah milik persendirian. Perlu menyewa chalet atau pondok yang disediakan.

Melepaskan geram, makan dalam sungai sebab tak boleh mandi...huhu


Titi menghubungkan jalan dengan chalet yang disediakan

Sungai kecil berhampiran kebun buah Markisa dan sayur-sayuran.Pokok durian pun banyak.

Laluan air sungai. 
Sekitarnya sunyi....puas ambil gambar


Chengal Hill Retreat, macam best je 


Chengal Hill Retreat


Banyak sungai-sungai, tidak jauh dari Teratak Pak Lah

Kawasan berkelah terletak di tepi jalan raya utama ke Janda Baik


Ada pondok untuk disewa.

Puas tengok kehijauan dan sungai di Janda Baik. Rasa mahu pergi lagi tapi mesti bermalam supaya banyak aktiviti dapat dibuat. Dalam perjalanan balik, kami melalui jalan lama ke Bentong. Ada air terjun di sebelah kiri jalan.Waah bestnya, namun tiada orang di sekitarnya menjadikan kami takut untuk duduk lebih lama di situ.






            "Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung 
             dan  sungai-sungai   padanya. Dan   menjadikan   padanya   semua  buah-buahan 
             berpasang-pasangan,  Allah  menutupkan  malam  kepada  siang.  Sesungguhnya 
             pada  yang   demikian  itu  terdapat   tanda-tanda  (kebesaran  Allah) bagi kaum
             yang memikirkan."     [Al Quran surah Ar Ra'd , ayat 3]

             -------------------------------------------------------------------------------------------------


SABAK BERNAM, SELANGOR


BismillahirRahmanirRahim




1 April 2018, kami berpeluang menghadiri kenduri kahwin anak buah sepupu Aina Afiqah. Orang Kuala Perlis bertemu jodoh dengan orang Sabak Bernam.

Bergambar kenangan bersama pengantin

Rombongan pengantin perempuan.

Selepas selesai majlis kami bergerak kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan selama 2 1/2 jam untuk ke Sabak Bernam agak meletihkan. Ini disebabkan suasana jalan raya yang masih di dalam pembinaan.Dalam perjalanan pulang kami melalui Sungai Besar, Sekincan, Tanjung Karang dan Kuala Selangor.

Kami tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar di kampung Sungai Haji Dorani yang terletak di Sungai Besar. Kami agak terpegun dengan kebersihan kawasan sekitar kampung tersebut. Terutama tali airnya yang nampak bersih. Berbeza dengan kawasan sawah padi yang pernah kami tengok, biasanya tali airnya agak kotor.

Terdapat beberapa homestay yang dibina di tengah-tengah sawah bagi membolehkan penyewa menikmati suasana sawah padi di depan mata.Menarik dan cantik kawasan ini. Boleh datang lagi.

Taliair yang bersih 

Nampak dijaga rapi

Suasana petang yang nyaman

Banyaknya bangau.


Atas titi....hihi

Jom tengok pokok padi yang sedang membesar.....hijau!











--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MUARA PADANG TEMU HOMESTAY, MELAKA.


BismillahirRahmanirRahim


Kolam renang di Muara Padang Temu Homestay.

Alhamdulillah. Pada 14 April 2018, kami meraikan majlis perkahwinan anak saudara sebelah suami aku di Melaka. 

Bersama pengantin baru - Fatin Farhanah dan Aliff.
Esoknya kami beramai-ramai meraikan 3 pasang pengantin di Umbai, Melaka. Waah...majlisnya begitu meriah , maklumlah 3 sepupu lelaki diraikan serentak. Lebih berseri majlis tersebut dengan kehadiran warga Singapura. Salah seorang daripada pengantin perempuan berasal dari Singapura. Terima kasih wakil tuan rumah kerana memberi layanan yang istimewa termasuk pantun-pantun yang disampaikan secara spontan buat menemani kami ketika makan.


3 pasangan pengantin di atas pelamin


Kami tidak bermalam di kampung seperti biasa sebaliknya mahu merasa tinggal di homestay milik sahabat baik kami. Terletak di Padang Temu, tidak jauh dari Bandar Hilir. 


Muara Padang Temu Homestay

Laluan masuk ke homestay.

Antara kemudahan yang ada. Boleh BBQ.

Ada 2 rumah dengan 3 bilik dan sebuah rumah dengan 2 bilik
RM250 sebuah rumah.


Bilik berada dekat dengan kolam renang

Boleh mandi manda dengan bebas

Tak mampu berenang...berendam jadi la

Aku sempat ke kawasan pantai yang terletak kira-kira 1- 2 minit berjalan kaki dari homestay. Pn Junaidah yang kami panggil Pn Jun membawa aku ke sana. Ada pantai kecil dengan kawasan paya bakau. Kawasan tersebut sesuai untuk aktiviti jogging, berbasikal atau memancing. Paling menarik kita boleh menikmati pemandangan matahari terbenam.

Pantai kecil

Pemandangan matahari terbenam boleh dilihat di sini.

Lokasi memancing yang popular.

Sempat kami melihat muara sungai yang terletak tidak jauh dari kawaasan homestay ini ketika di dalam perjalanan mencari nasi lemak untuk minum pagi. Muara sungai yang dipenuhi bot-bot nelayan begitu cantik dipandang. Gerai menjual ikan segar terletak tidak jauh dari muara sungai. Pulau Besar dapat dilihat dengan jelas di sini. 

Medan Ikan Bakar juga sudah siap pembinaannya. Menunggu masa untuk dirasmikan. Malangnya aku tidak berkesempatan mengambil gambar pemandangan di sini. InshaAllah jika ada peluang di lain waktu.

Bersama Pn Jun yang dahulunya suri rumah sepenuh masa
Kini menjadi usahawan homestay pula.


Kami mendapat layanan yang begitu istimewa ketika tinggal di sini. Sebaik tiba, air kelapa muda menjadi penghilang dahaga di panas yang terik. Nasi lemak dan capati menjadi hidangan di waktu pagi. Malu rasanya dilayan begitu rupa.

Mengenai kemudahan yang ada di sini memang amat baik. Boleh aje melihat dengan lebih dekat di FB Muara Padang Temu Homestay.

Cuma diharapkan penyewa homestay bersama-sama menjaga kebersihan dan memelihara kemudahan yang disediakan.Sikap tidak bertanggung jawab seperti merosakkan kemudahan yang disediakan atau meninggalkan rumah di dalam keadaan kotor harus dielakkan. Biarlah kita sama-sama mendapat pahala kerana bersyukur dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

Semoga Allah merahmati Pn Jun sekeluarga. InshaAllah kami akan berkunjung lagi ke Muara Padang Temu Homestay.


          --------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUALA KEDAH , KEDAH.



BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah. Kali ini aku ingin berkongsi beberapa lokasi menarik di negeri Kedah. Sebut sahaja Kuala Kedah, pasti terbayang Laksa Teluk Kechai, alahai sedapnya. Atau Jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi. Kuala Kedah  adalah sebuah pelabuhan yang terletak kira-kira 15 km dari Alor Setar.

Kerap juga aku ke Kuala Kedah kerana ada abang yang tinggal di daerah itu. Sempena cuti Hari Raya Haji, kami ke sana. Kali ini sempat kami merayau di kawasan berhampiran Jeti Kuala Kedah.

Masjid Kuala Kedah.


Perahu nelayan

Selepas melewati sekitar jeti, kami terus menaiki Jambatan Tok Pasai. Dari atas jambatan kelihatan Jeti nelayan Kuala Kedah yang luas. Terpandang papan tanda Kota Kuala Kedah. Jom singgah.

Muzium
Dibina pada 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Ianya siap semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II pada tahun 1780. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan Kedah.

Pintu Gerbang Kadapuri dibina oleh Inggeris

Terdapat pelbagai peninggalan artifak sejarah termasuk meriam.

Rumah api , dibina oleh British dan  masih digunakan sehingga kini


Macam dapur je

Hampir dengan Jeti nelayan dan laluan feri ke Pulau Langkawi.

Pemandangan diambil dari Kota Kuala Kedah

Tapak rumah dan sekolah di sekitar Kota Kuala Kedah


Masuk ke muzium adalah percuma.

Kawasan sekitar Kota Kuala Kedah memang sangat cantik, sesuai untuk berfoto.

Tidak jauh dari Kota Kuala Kedah terdapat kawasan pantai. Pasti kawasan ini meriah dengan hidangan makanan laut di waktu malam. Ada restoran dan kedai ikan bakar.


Marina Kuala Kedah - nampak macam tidak berfungsi.

Kawasan pantai yang tidak sesuai untuk mandi - sekadar menjamu mata di tepi pantai.
Kami meneruskan perjalanan dengan mengambil jalan kampung. Apa yang ditemui amat mengujakan. Sawah pagi nan luas serba kehijauan. Lama juga masa yang diambil untuk sampai ke jalan raya. Jalan di sekitar sawah agak sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja. Memang suspen apabila terpaksa mencari ruang di tepi tali air atau sawah apabila ada kereta lain yang mahu melalui jalan yang sama.

Sawah nan luas dan air yang jernih

Jalan di tengah bendang

Ada sedikit masa lagi sebelum malam menjelang. Kami ke bandar Alor Setar untuk melihat Masjid Zahir. Masjid ini adalah antara 10 masjid tercantik di dunia. Waah rugi jika tidak menziarahinya. Dibina pada tahun 1912 dengan dibiayai oleh Tunku Mahmud yang merupakan anak kepada Sultan Tajuddin Mukarram Shah.

Seni bina yang cantik dengan lima kubah yang melambangkan Rukun Islam.

Bahagian dalam yang unik penuh seni.

Menara Alor Setar

Menara Alor Setar di waktu malam.
Selepas menunaikan solat Maghrib, kami ke dataran di seberang jalan yang bertentangan dengan Masjid Zahir. Meriah juga kawasan ini di waktu malam. Dua bangunan menjadi tumpuan kami.

Balai Besar Alor Setar

Galeri Sultan Abdul Halim
 Mencari ruang untuk melawat tempat lain pula di Kedah.InshaAllah.


                                 -------------------------------------------------------------------------------

PULAU INDAH - MORIB - BAGAN LALANG , SELANGOR.


BismillahirRahmanirRahim

Kampung Nelayan di Pulau Indah.

Cuti sempena Hari Deepavali selama 5 hari agak panjang. Setelah puas berada di rumah, akhirnya kami mengambil keputusan untuk keluar melihat pantai sekitar Negeri Selangor. Kami bersetuju untuk ke Pulau Indah untuk berkelah di tepi pantai.


Perjalanan melalui lebuh raya Kesas memerlukan masa lebih kurang sejam. Jambatan menghubungkan kawasan tanah besar dengan pulau tersebut. Jalan tidak begitu elok dan kereta kami bersaing dengan lori trailer yang panjang. Kami meneruskan perjalanan, hanya  tanah kosong dan kilang-kilang. Di penghujung jalan yang berakhir dengan laluan tol untuk ke Pelabuhan Westport.


Pelabuhan Westport, Klang.
Kami berpatah balik dan masuk ke jalan yang tertulis Marina Pulau Indah. Kawasan kampung yang dilalui penuh dengan kebun ladang sawit, tidak terasa seperti berada di sebuah pulau. Akhirnya kami tiba di sebuah perkampungan nelayan namun meneruskan perjalanan untuk mencari kawasan pantai. Jalan yang dilalui agak sempit dan kiri kanan dipenuhi lalang. Marina Pulau Indah yang dicari ditutup pagarnya. Jalan semakin teruk ditambah dengan cuaca yang agak mendung. Kami berpatah balik dan singgah di jeti tadi.

Jeti kecil

Syurga buat peminat memancing dan tauke pasir.
Kami diberitahu ada kawasan pantai di penghujung Pulau Indah tapi agak jauh. Tidak berapa seronok berada di pulau tersebut, kami mengambil keputusan untuk ke Pantai Morib yang terletak di Banting. Lebuh raya Lembah Klang Selatan menghubungkan Pulau Indah melalui Pulau Carey ke Banting.

Henti sekejap kerana hujan lebat di Mansion 1969 Cafe - cafe di dalam bas.

Pantai Morib agak popular satu ketika dahulu, banyak kemudahan di sekitar pantainya seperti masjid, kedai makan dan hotel. 

Hujan lebat di Pantai Morib


Ada sejarah di kawasan ini




Pantai Morib kami tinggalkan ketika hujan masih turun untuk menuju ke Bagan Lalang. Sempat singgah di kawasan pantai yang indah di Tanjung Sepat.

Di Batu Laut, kami singgah di jeti nelayan yang terletak berhampiran jalan raya utama.


Hujan lagi


Bot yang aktif  ke laut
Bot nelayan

Tidak jauh dari Batu Laut ada kawasan rehat berhampiran laut namun kawasan sekitarnya tidak begitu meriah. Kami singgah sekejap untuk melihat pantai yang indah di sekitarnya. Hujan sudah berhenti, hanya rintik-rintik sahaja.




Sekitar Gold Coast Morib Resort

Ini pula Pantai Cunang, kawasan sekitarnya dikendalikan oleh penduduk orang asli yang tinggal di situ. Terdapat beberapa kemudahan di sekitarnya yang sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah buat keluarga atau rakan-rakan.







Ada sejenis daun untuk tujuan perubatan di sekitarnya
Dari Banting ke Bagan Lalang lebih kurang 44 kilometer. Lebih sepuluh tahun tidak ke sini, agak banyak perubahan yang boleh dilihat. Lebih-lebih lagi sudah siap terbentang  Avani Sepang Goldcoast Resort. Pantai Kampung Bagan Lalang dipenuhi orang ramai dengan pelbagai aktiviti terutama mandi laut. Gerai makan juga tidak kurang banyaknya. Suasana agak cerah di bagan lalang berbanding di Banting.



Avani Sepang Goldcoast Resort


Perut pun terasa lapar, aku mahu mencuba ikan bakar di sini. Walaupun harga makanan agak mahal, Restoran Terapung H.M Sri Bagan menyediakan ruang duduk yang selesa dengan pemandangan yang indah. Bersih dan sedap masakannya. 




Ikan Jenahak yang segar tapi air asamnya kurang mengancam.

Puas juga tengok pantai sekitar Selangor dalam masa setengah hari.

                                             ---------------------------------------------------------------

BANDAR HILIR, MELAKA


BismillahirRahmanirRahim


Sebelum cuti akhir tahun bermula, aku berpeluang mengikut rombongan pelajar ke Melaka. Perjalanan dari Kajang ke Bandar Hilir, Melaka mengambil masa kira-kira 2 jam.

Doa dibaca sebelum memulakan perjalanan

Mercu tanda untuk ke Bandar Hilir
Destinasi pertama kami ialah Jalan Hang Jebat di mana terletaknya Jonker Walk. Jonker Walk terkenal sebagai tempat membeli belah di Bandar Melaka, Popular dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, tukang jam, pembuat terompah, pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan cenderahati. Di sini juga budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat terutama masyarakat Cina serta Baba dan Nyonya.







Tujuan utama lawatan adalah untuk ke Mamee Jonker House sebagai memenuhi sukatan pelajaran yang diambil oleh pelajar bisnes. Mereka mahu melihat bagaimana bisnes dijalankan. Aku tidak berhasrat untuk mempromosikan produk Mamee ya. Namun bagi peminat produk Mamee bolehlah berkunjung ke sini.  Antara aktiviti yang disediakan adalah menyediakan mamee cup sendiri.


Boleh singgah di Mamee Jonker House jika tidak berpeluang melawat kilangnya.

Aktiviti mewarna cup mamee

Sukanya ...kitakan geng.


Mamee cup sedia untuk dibungkus

Tidak sah andai ke Melaka tanpa melawat muzium yang agak banyak di sekitar Bandar Hilir. Kami hanya berjalan kaki dari Jonker Walk ke kawasan yang dipenuhi dengan Bangunan Merah.

Mini Holland.


Kawasan tumpuan yang penuh dengan sejarah







Stadthuys merupakan sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka pada tahun 1650.Ianya telah dijadikan Muzium Sejarah dan Ethnografi. Di kawasan ini ada banyak beca-beca yang dihias cantik untuk dinaiki. Harga dalam RM15 - RM25 satu pusingan di sekitar kawasan tersebut serta Dataran Pahlawan.


Abang beca sedang mencari rezeki

Pusat Pelancongan tidak jauh dari bangunan merah
Kami melalui jalan belakang untuk ke Muzium Kesultanan Melaka dengan menaiki Bukit St Paul. Juga dikenali sebagai Bukit Melaka yang pernah menjadi lokasi Istana Sultan Melaka sebelum diserang Portugis pada tahun 1511. Dikatakan Sultan boleh melihat keadaan Pelabuhan Melaka dari istana pada ketika itu.Kawasan tersebut telah dimusnahkan untuk membina A' Famosa

Bukit St Paul
Pemandangan laut dari Bukit St Paul

Kelihatan A Famosa dari Bukit St Paul
Kota A' Famosa adalah sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511. Memang berdetik di hati kenapa kubunya begitu kecil berbanding kubu di tempat lain.Rupanya banyak bahagian-bahagiannya yang telah diruntuhkan pada tahun 1807. Yang tinggal hanya Porta de Santiago iaitu sebuah gate house....ooooo


Rehat kejap di depan A' Famosa. 

Tiba masanya kami melawat Muzium Istana Kesultanan Melaka yang terletak tidak jauh dari A' Famosa. Ianya sesuai untuk memahami sejarah Kesultanan Melaka. Pendekatan penyampaian maklumat berbentuk koleksi galeri, infografik, potret lukisan dan diorama.


Muzium Istana Kesultanan Melaka

Replika suasana perjumpaan  sultan dan pembesar di Balairong Seri

Buat kenangan

Tidak jauh dari Muzium Kesultanan Melaka dan A' Famosa terletak Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Dataran Pahlawan ini pernah menjadi tempat perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956.Tarikh di mana pengisytiharan Kemerdekaan dibuat.

Kini Dataran Pahlawan juga terkenal sebagai pusat membeli belah dengan pelbagai barang moden dan kraf.


Kereta yang dinaiki Tuanku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan......tempat bersejarah.
Terdapat banyak lagi muzium di kawasan ini yang boleh dilawati jika ada masa yang panjang.
-
Melaka Alive, pernah dikenali sebagai Melaka Light & Sound.

Seterusnya kami mahu ke Menara Taming Sari  yang terletak tidak jauh dari Dataran Pahlawan. Jika letih mahu berjalan kaki, jangan risau....becakan ada.

Menara Taming Sari dengan ketinggian 110 meter menawarkan pemandangan sekitar bandar Melaka. Untuk ke atas perlu bayar RM17.00 jika dalam rombongan . Pengunjung diminta duduk di atas kerusi yang disediakan secara membulat.

Ini dia bangunan Menara Taming Sari

Tinggi juga ni...

Tempat menunggu sebelum naik ke menara

Semua dah tak sabar nak naik.

Ini di atas....sekejap je kecut perut, lepas tu best...


Dari atas kita dapat melihat Selat Melaka dengan jelas melalui dinding berkaca.Kemudian ianya berputar 360 darjah untuk membolehkan kita melihat panorama Bandar Melaka dengan jelas. Memang berbaloi naik di atasnya. Bandar Hilir begitu pesat membangun dan dipenuhi bangunan serta hotel.Tidak hairanlah kenapa ianya menjadi tumpuan pelancong dan jalan raya menjadi sesak di hujung minggu.


Selat Melaka.

Kerja-kerja menambak laut diteruskan lagi.

Semakin penuh dengan bangunan baru.

Sungai Melaka untuk bercruise

Kawasan bangunan merah

Pulau Besar ke tu????
Selepas melihat kawasan sekitar, bolehlah membeli belah di kawasan berhampiran seperti Dataran Pahlawan atau Pahlawan Walk. Macam-macam ada.Sempatlah aku membeli Dodol dan Gula Melaka Asli.


Kami menunaikan kewajipan bersolat di Masjid Selat Melaka yang memerlukan masa lebih kurang lima minit untuk sampai dari Menara Taming Sari.

Ruang hadapan masjid
Sekitar dalam masjid. Masjid seolah terapung.
Sebelum balik, kami ke Pantai Klebang. Bukan untuk menikmati pemandangan laut, rupanya ada yang mahu merasa Coconut Shake.


Memang sedap!

Jangan tak tahu, Melaka juga terkenal dengan Kuih Keria Antara bangsa di samping Asam Pedas Melaka.

Bagi yang mahu menginap beberapa hari di Melaka, buatlah persediaan awal. Hotel dan homestay di Melaka mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Selamat Datang ke Melaka.






                                     ----------------------------------------------------------------------------


FRASER'S HILL, PAHANG.


BismillahirRahmanirRahim



Di satu hujung minggu, terasa hendak ke Fraser's Hill. Keinginan untuk melihat laluan baru mendorong kami ke sana untuk kali ketiga. Dikhabarkan pengunjung ke Fraser's Hill tidak perlu menunggu giliran  di pertengahan jalan ke puncak. Sekitar pukul 10.00 pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur yang berjarak kira-kira 100 kilometer. Selepas Kuala Kubu Baru, kami berhenti sebentar untuk melihat view di Empangan Kuala Kubu Baru yang cantik.

Air kebiruan dengan bukit bukau nan kehijauan.

Pemandangan dari sebuah pondok yang disediakan.

Jalan ke Fraser's Hill yang agak sempit dan bengkang bengkok.
Kelihatan deretan kereta yang amat panjang di tepi jalan, orangnya tiada. Tidak lama selepas itu aku ternampak papan tanda besar,  Santuari Ikan Sungai Chiling. Terasa mahu singgah tetapi agak sukar untuk memberhentikan kereta.Tak jadilah. Meneruskan perjalanan, hutan kian tebal, ternampak pula kawasan air terjun betul-betul di sebelah kanan jalan.Berhenti lagi.







Tiba di satu kawasan yang dahulunya agak sibuk di mana kereta terpaksa menunggu giliran yang dikenali dengan nama The Gap. Juga ada masa terakhir untuk kereta naik ke puncak. Sekarang suasana agak muram dengan bangunan yang ditinggalkan. Kini kita tidak perlu menunggu giliran kerana ada dua laluan, satu untuk  naik dan satu lagi untuk turun. Jarak dari tempat ini untuk ke puncak Fraser's Hill sekitar 8 kilometer.

Jalan ini lagi sempit kerana ianya hanya muat untuk sebuah kereta. Suasana terasa sangat luar biasa di dalam hutan yang tebal dan sedikit redup. Sesekali kereta bergesel dengan daun pokok yang terbiar di tepi jalan. Kereta perlu dipandu perlahan, terasa lama untuk sampai di atas. Ada juga aktiviti berbasikal di sepanjang jalan.  Bagi yang berminat untuk menghayati keindahan hutan sambil flora dan fauna, berbasikal adalah yang terbaik di sini.

Damai dan tenang.

Masa untuk sampai ke puncak sepatutnya lebih kurang 2 jam menjadi  3 jam kerana banyak tarikan sepanjang jalan. Lokasi sekitar Menara Jam adalah mercu tanda bagi Fraser's Hill. Di sinilah kebanyakan pelancong bertumpu.








Puncak Inn - sudah lama di sini

Kenangan manis di tepi jalan padang golf ini. Pernah tidur dalam
kereta kerana hotel penuh. Namun selesa aje kerana suasana sejuk.



Bangunan tinggalan kolonial dijadikan Balai Polis, Klinik dan Pejabat Pos


Kawasan rehat


Kedai menjual cenderahati. Di atas bukit belakangnya ada Shahzan Inn

Ada restoran sebelah padang golf untuk menjamu selera.

Kami singgah di Shahzan Inn untuk bertanya jika ada bilik kosong, jawapannya tunggu selepas pukul 2 petang. Jadi kami bergerak ke atas mencari ruang yang sesuai untuk makan bekalan yang dibawa.


Masjid Sultan Mahmud.


Tidak jauh dari kawasan ini ada Taman Awam dan medan selera.

Selepas makan kami mahu ke Air Terjun Jeriau. Ini kali pertama kami mahu ke sana. Jika dahulu kami akan ke tasik sahaja. Sepanjang jalan ada aktiviti menanam strawberi, tidak banyak pokoknya jadi kami tak singgah.

Jalan ke Air Terjun Jeriau agak sempit dan bengkang bengkok

Dah sampai
Terdapat laluan yang diturap konkrit, jauh juga laluannya. Hutan, pokok paku pakis bersaiz besar dan aliran sungai antara yang boleh dilihat sepanjang jalan.Dihiburkan pula dengan bunyi hutan seperti serangga, burung, air dan desiran daun pokok.

Selepas itu kita akan menuruni anak tangga yang boleh tahan banyaknya. Mujur bawa air buat menghilang dahaga akibat jauh berjalan.


Turun memang ok je....nak naik semula...aduuh.

Itu dia air terjunnya.

Tempat mandi manda. Rugi tak bawa baju lebih untuk mandi.


Ada kemudahan tandas, tempa mandi dan pondok.

Sempat kami ke kawasan di mana punca air berada. Cantik kawasannya.

Punca air terjun.



Aliran air meredah batu begitu indah kelihatan.

Beberapa buah apartmen kami singgah untuk bertanya namun semuanya sudah habis ditempah. Melepasi pukul 2 petang tiada panggilan dari pihak Shahzan Inn kami singgah untuk bertanya. Masih tiada kekosongan lalu kami mengambil keputusan untuk balik sahaja. Cuaca pula agak mendung. Belum sempat kami meninggalkan Fraser's Hill, hujan turun dengan agak lebat. Di pertengahan jalan ada panggilan dari Shahzan Inn namun sudah terlambat. Bye.


Ros pink menjadi pilihan tanaman di Fraser's Hill.

Rawang Bypass, lebuh raya paling tinggi di Malaysia.

Fraser's Hill amat sesuai bagi mereka yang mahukan kedamaian semula jadi. Suhu yang agak nyaman terutama di waktu pagi dan malam memang menyegarkan. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal atau masuk ke dalam hutan melihat pelbagai jenis burung. Yang suka mengambil gambar alam, di sinilah tempatnya.


                        -----------------------------------------------------------------------------

PEKAN, PAHANG.


BismillahirRahmanirRahim






Percutian empat hari tiga malam meliputi perjalanan dari Kuala Lumpur - Kuantan - Pekan - Rompin - Mersing -  Kota Tinggi -  Johor Bahru - Kulai - Kuala Lumpur. Laluan yang belum pernah kami lalui iaitu Pekan - Mersing. Pernah ke Mersing melalui Johor.

Kuantan - Johor Bahru

Makan petang di Pantai Tanjung Lumpur.

Sekitar kampung nelayan di Tanjung Lumpur. Kelihatan Masjid Pantai Gelora di seberang sana.

Makan malam di Kimstone yang agak selesa

Tu dia ada Kelapa Joget

Awal pagi kami bertolak di Mersing dan sempat singgah di Pekan, Pahang.

Istana Abu Bakar di Pekan.....sunyi aje

Sekitar Istana Abu Bakar

Rumah tradisi Pahang yang terletak tidak jauh dari  kawasan istana.

Muzium Masjid Sultan Abdullah, terletak di jalan raya utama
ke Mersing.

Muzium Sultan Abu Bakar berdekatan Muzium Masjid
Sultan Abdullah.






Bangunan utama muzium

Perkampungan nelayan tidak jauh dari Pekan.

Jalan raya menuju Endau Rompin. Hutan di sekeliling.

Singgah di perkampungan nelayan Pekan Nenasi, Pahang. 

Dah sampai di Rompin, besar juga bandarnya. Popular sebagai laluan untuk
ke Pulau Tioman melalui Jeti Tanjong Gemuk.

Isi perut dulu dengan menu popular di Rompin - udang galah.
Memang mahal!

Tiba di Mersing, bekas anak murid, Nur Ezzah mempelawa agar singgah di restorannya. Malang sungguh sudah terlepas. Bagi yang singgah di Pekan bolehlah menjamu selera di Pekan Station 2, belakang McD pekan, katanya.


Ikhlan.




Bersambung....


              ----------------------------------------------------------------------------------------------

MERSING, JOHOR.

BismillahirRahmanirRahim




Lewat petang kami tiba di Mersing yang jaraknya kira-kira 150 kilometer dari Pekan. Perjalanan mengambil masa lebih dari 3 jam kerana banyak tempat yang kami singgah. Selepas berehat sebentar di bilik hotel, kami bersiar-siar sekitar Bandar Mersing.


Jambatan yang merentasi Sungai Mersing di tengah bandar.

Mersing terletak di muara Sungai Mersing

Pemandangan menghala ke laut

Pantai sewaktu air surut, boleh berjalan hingga ke pulau kot. Pulau terdekat ialah Pulau Mawar.

Ini sewaktu air pasang pula.....berbeza betul keadaannya

Tidak jauh dari pantai terdapat gerai jualan keropok, ikan masin, sata dan sebagainya.
Seperti berada di Terengganu.

Pemandangan dari kawasan Masjid Mersing yang terletak di atas bukit

Setiap arah dihidang dengan pemandangan laut.

Masjid Mersing
Pantai Air Papan

Terletak tidak jauh dari pusat bandar, sempat juga kami menikmati pemandanganyang indah.Kawasan ini menjadi tumpuan ramai dengan pelbagai aktiviti.

Mercu tanda 

Pantai yang luas dan lapang




Pantai Penyabong

Terletak sekitar 36 kilometer dari Bandar Mersing. Memang tidak rugi berkunjung ke sini. Di dalam perjalanan kami dapat melihat kawasan perkampungan Melayu di sekitarnya. Banyak resort yang terletak di sekitarnya bagi mereka yang mahu duduk lebih lama di sini.




Damai dan nyaman.

Keindahan terganggu sedikit dengan aktiviti membina jambatan.

Sangat cantik

Buat tinjauan untuk masa hadapan andai mahu berkunjung lagi.

Untuk yang minat  aktviti berkayak bolehlah singgah.
Pemandangan dari atas jambatan untuk ke Pantai Penyambong



Melepasi jambatan kami melihat ada kawasan persendirian yang terjaga sekitarnya, berbeza dari apa yang kami lihat sebelum ini.Kami pun masuk melalui jalan kecil yang menuju ke kawasan pantai. Tidak disangka ada banyak kereta lain sekitarnya. Aku tidak pasti nama pantai yang cantik dan unik ini. Sesuai untuk mereka yang mahu bersendirian.

Tertarik dengan kawasan sekitar....jom tengok

Ada yang berkhemah dan memancing di sini



Sunyi

Dua hari satu malam sememangnya tidak mencukupi untuk bercuti di Bandar Mersing. Ada lagi pantai yang tidak sempat kami singgah seperti Pantai Tanjung Resang, Pantai Teluk Gorek, Pantai Teluk Buih dan Pantai Tanjung Leman. 

Hasrat untuk ke pulau-pulau pun tidak kesampaian. Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Sibu, PulauTengah, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Dayang, Pulau Pemanggil dan Pulau Tinggi. 
Banyaknya.

Mersing juga kaya dengan tempat untuk melakukan aktiviti lasak seperti mendaki kawasan tinggi.  Hutan Lipur Gunung Arong popular di sini. Taman Negara Endau-Rompin pula menawarkan pelbagai flora dan fauna yang eksotik.

Percutian di Mersing sememangnya mendamaikan dengan pemandangan pantai yang memukau.Ditambah pula ianya tidak padat dengan pelancong.

Insya-Allah kami mahu singgah lagi di Mersing.



                               -------------------------------------------------------------------------

KOTA TINGGI , JOHOR.


BismillahirRahmanirRahim



Hari ketiga, kami bertolak ke Johor Bahru dengan hasrat untuk singgah di Kota Tinggi. Jarak Mersing ke Kota Tinggi adalah kira-kira 77 kilometer, tak jauh ekkk. Pemandangan kiri kanan dipenuhi dengan ladang kelapa sawit, pasti kawasan felda.

Binaan ini untuk apa ekkk

Waktu tengahari jadi kami singgah di Pekan Tanjung Sedeli, mungkin ada sesuatu yang menarik untuk santapan tengahari.


Pekan  Tanjung Sedeli, tidak banyak kedai makan di sini.
Jeti nelayan Pekan Tanjung Sedeli


Ke seberang sungai, mencari lagi.

Melepasi jambatan, kami mengikut sahaja jalan yang ada, masuk ke kawasan kampung. Tidak banyak rumah di sini, lebih banyak pokok kelapa sawit. Dari kawasan tinggi kami nampak lautan dari jauh dan iklan resort dan homestay. Pasti popular tempat ini. Lalu tiba di satu kawasan percutian yang cantik, menarik dan begitu selesa.

Chalet yang cantik
Sea Horizon Resort (pernah dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort) menawarkan pemandangan yang sangat indah. Sesuai untuk beristirehat. Malang sekali restoran yang ada tidak menawarkan makan tengahari. Ianya bersekali dengan pakej penginapan. Kenyang melihat panorama memukau.












Terus ke Kota Tinggi, aku sudah memasang niat sebaik sahaja suami aku mengajak kami bercuti ke Mersing. Aku mahu ziarah seorang rakan yang sudah puluhan tahun tidak berjumpa. Pertemuan hanya sekejap namun bermakna kerana beliau sedang bertugas di klinik swasta. Alhamdulillah.


Cantik sungai

Bersama sahabat lama, Dr Norhayati

Aku juga tidak mahu melepaskan peluang untuk singgah di kawasan air terjun yang terkenal di Kota Tinggi. Dari Bandar Kota Tinggi kami melalui jalan yang sunyi, dipenuhi ladang pokok getah. Mujur aku masih ingat kawasan tersebut ketika kami singgah dahulu. Ianya menyakinkan aku bahawa laluan yang sedang kami lalui adalah betul.



Itu dia. Kena bayar pula untuk masuk  ke dalamnya...dulu free aje

Suasana agak gelap, hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Aku mahu masuk juga melihat dengan bayaran RM10.00 seorang. Terdapat chalet untuk disewa tapi nampak macam tidak terjaga. Jauh juga kawasan mandi-manda dengan tempat parkir kereta.




Sebaik sampai di air terjun, hujan turun. Lintang pukang aku dan Saffura lari kerana takut basah. Yang sedang mandi nampak seronok sahaja. Bayaran dikenakan kerana ada kemudahan untuk mandi-manda yang agak selesa.





Hujan yang turun...

Kami meneruskan perjalanan ke Johor Bahru


                                 ------------------------------------------------------------------------------

Kuala Terengganu

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah sempat bercuti ke Kuala Terengganu selepas PKPP diumumkan kerajaan. Rancangan yang tertangguh akibat PKP segera kami lunaskan. Kami bertiga bercuti pada 1 Julai hingga 3 Julai 2020. Bertolak pada pukul 9.30 pagi dengan merentasi Lebuhraya Pantai Timur2 yang begitu terasa kurangnya kenderaan. Sepanjang perjalanan, hanya ladang elapa sawit dan hutan yang kelihatan.

Mercu tanda terbaharu di Kuala Terengganu
Bertolak pada pukul 9.30 pagi dengan merentasi Lebuhraya Pantai Timur2 yang begitu terasa kurangnya kenderaan. Sepanjang perjalanan, hanya ladang elapa sawit dan hutan yang kelihatan. Tiba di destinasi pada pukul 2 petang.

Gannu kita

Tinggal di Mar Guest House milik sahabat, Puan Maryam Abdul Rahman di Gong Badak. Rumah banglo setingkat yang begitu selesa terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Luas kawasannya


Rehat di ruang tamu.

Sebelah petang sempat melawat sekitar mercu tanda terbaharu Kuala Terengganu iaitu Jambatan Angkat atau Draw Bridge. Bukan kami sahaja rupanya, ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan sekitarnya. Masing-masing mencari sudut terbaik untuk bergambar buat kenangan.



Atas jambatan

Malamnya kami melawat sahabat lama (senior) yang ingin aku temui setelah 33 tahun berpisah. Masing-masing membawa haluan berkeluarga dan berkerjaya. Bila jumpa kami sudahpun bersara pilihan. Rindu terlerai walaupun sekejap cuma.

Terima kasih Th. Haji Sabri yang belanja makan malam di Seafood Garden

Buah tangan buat sahabat Puan Masita Abdullah.

Keesokannya kami ke Tasik Kenyir yang jauhnya kira-kira 55 kilometer dari Kuala Terengganu. Tidak sangka tersesat di perkampungan orang asli berkali-kali kerana tersilap meletakkan Tasik Kenyir di GPS. Sepatutnya setkan Pengkalan Gawi yang merupakan satu daripada dua pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Alhamdulillah jumpa juga setelah hampir berputus asa. Kami pernah ke sini pada tahun 1990an, sudah terlalu lama.

Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada tahun 1985.
Lokasi tadahan air yang juga menjadi destinasi pelancongan terkenal. Kawasan parkir kereta


Ada perkhidmatan  bot biasa dan bot laju.
Kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ada tasik, jeram,
air terjun,sungai yang kaya dengan pelbagai spesis ikan air tawar.
Kawasannya begitu luas yang terdiri daripada pulau-pulau, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang penuh dengan fauna dan flora eksotik. Sempat kami terokai walaupun suasana sekitar masih begitu ramai pengunjung kerana kebanyakan tempat tumpuan belum beroperasi.


Rumah Bot yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti katil, dapur,bilik air
dan sebagainya yang memberi keselesaan seperti barada di rumah. 


Banyak Rumah Bot yang boleh disewa dengan kadar RM1000++ semalam.
Memang sesuai untuk kaki pancing.
Puas melihat kawasan sekitarnya yang memukau, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Penarik yang terletak di Daerah Besut. Jika dari Kuala Terengganu ke Pantai Penarik berjarak kira-kira 90 km. 
Rehat sekejap di Pantai Tanjung Rhu.

Sempat ambil gambar buku buat promosi.
Singgah makan Ikan Celup Tepung yang terkenal di Pantai Penarik.
Kedai NL Celup Tepung Bira Pata menjadi pilihan
Tempat makannya yang berhampiran pantai menjadikan suasana begitu nyaman.
Jalan-jalan jap di Pantai Penarik.
Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Mangkuk, melalui jalan yang lebih kecil sehingga ke kawasan berhampiran Hotel Terrapuri Heritage Village. Suasana begitu indah dengan pepohon nyior yang menjulang tingg melambai-lambai ditiup angin dari laut. Ada sungai lagi. Nyaman sungguh.

Pantai Kampung Mangkuk.

Letih dengan angin pantai kami kembali ke Guest House untuk berehat dan menunaikan solat. Sebelah petang keluar melihat kawasan sekitar Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man untuk melihat dengan lebih dekat Masjid Kristal.

Terapung dalam air.
Masjid Kristal...dah tutup untuk lawatan.


Malamnya ziarah ke rumah sahabat lama ketika tinggal di Melaka iaitu Keluarga Cikgu Yusuf dan Ustazah Ramzah.


Sampaikan buah tangan.

Pagi esoknya hujan renyai-renyai seolah sedih kami akan meninggalkan Kuala Terengganu yang belum puas diterokai. Banyak perubahan yang berlaku berbanding sepuluh tahun dahulu yang agak sepi dan sunyi. Mestilah singgah ke Pasar Kedai Payang untuk beli apa yang patut.

Cari keropok lekor untuk jiran-jiran.

Untuk ke kawasan parkir berhampiran sungai kita akan lalu China Town.
Tu dia...beli apa tu.
Baju batik memang banyak.

Kepok2

Gerai di luar bangunan Pasar Kedai Payang.
Selepas keluar dari Guest House kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Singgah sebentar di Pantai Buruk.

Buaian menjadi trade mark di kawaasan pantai Terengganu.

Lalu je untuk lihat Istana Syarqiyyah.

Singgah makan tengahari di Pamtai Jambu Bongkok. Siap masak pagi tadi.

Kampung nelayan Pantai Jambu Bongkok

Indahnya pemandangan pokok kelapa di tepi pantai.

Singgah lagi di Rantau Abang, tidak jauh dari Awang Beach Resort. Pantai ini cantik tetapi angin terlalu kuat. Kami pernah tidur di Awang Beach Resort.

Macam baru je

Kampung nelayan sebelah Awang Beach Resort.

Puas tengok pantai.

Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan tiba pada pukul 6.00 petang. Alhamdulillah.


                  ------------------------------------------------------------------------------------------

BismillahirRahmanirRahim




Awal  pagi 31 Ogos 2020 ketika sedang menyediakan sarapan, tiba-tiba aku mendapat ilham untuk mengajak suami  keluar. Dia terus membuat sedikit pencarian tempat yang sesuai untuk dikunjungi dalam masa sehari. Pastinya kawasan yang tidak sesak dengan orang ramai dan dekat. Akhirnya kami membuat keputusaan untuk ke Hutan Lipur Jeram Toi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.
Aku pun terus menyediakan Nasi Lemah Pandan untuk dibawa buat bekalan. 

Pukul 10.00 pagi kami bertolak dari rumah melalui lebuh raya Lekas, yang menghubungkan Kajang- Seremban. Kemudian susur keluar ke arah Jelebu menuju Kuala Klawang. Segar melihat kawasan perkampungan yang penuh dengan pelbagai jenis pokok termasuk durian yang sudah di luar musim. Terasa begitu tenang kerana tidak banyak kenderaan namun ramai yang berbasikal secara berkumpulan.

Ini anggaran masa jika dari Cheras, Kuala Lumpur pada waktu pagi hari bekerja.

Terdapat papan tanda untuk ke hutan lipur tersebut setelah berada di jalan yang lebih luas seolah lebuh raya. Tidak lama kemudian kami sampai, lebih kurang 1 jam perjalanan sejauh kira-kira 100 kilometer. Ada banyak kawasan parkir kereta berhampiran dengan pintu masuk atau lebih jauh sedikit. Masuk percuma namun perlu mendaftarkan nama dan mengambil suhu. SOP yang digunakan pakai sewaktu PKPP. Waktu dibenarkan masuk adalah antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

Cantiknya daun macam kat oversea.

Pintu masuk

Aliran air yang cantik di tepi jalan untuk masuk.

Segarnya tengok pokok-pokok nan menghijau

Tempat ini terkenal di kalangan keluarga dan anak muda yang mahu mandi manda sambil menikmati udara yang begitu nyaman. Kami berjalan perlahan-lahan kerana hanya ada satu laluan untuk masuk ke bahagian yang lebih dalam dengan kawasan bertangga. Di bahagian bawah dipenuhi dengan kanak-kanak yang begitu riang mandi manda dengan ditemani keluarga masing-masing. Terasa lapar pula lalu kami mencari tempat yang sesuai untuk duduk menikmati bekalan yang dibawa.


Banyak tangga dan titi.

Duduk ajelah asal dapat menjamu selera

Nasi Lemak Pandan yang sedap.
Lepas makan aku dan Saffura meninjau kawasan berdekatan.

Cantiknya...sejuk sangat airnya

Bestnya kalau berendam.
Aku dan Saffura ke kawaasan air terjun pula.

Ruang mandi yang lebih luas dan dalam di kawasan ke-2.
Untuk kanak-kanak yang besar dan anak-anak muda.

Perlu naik tangga untuk ke kawasan ke-2 air terjun Jeram Toi. Kelihatan air terjun dengan lebih dekat. Hanya orang dewasa yang mandi manda di sini.

Untuk naik ke tempat yang lebih tinggi, ada tangga disediakan...tinggi la juga.
Ketika berada di kawasan ke-2, kelihatan pula air terjun dalam bebarapa tingkat. Kami berdua mengambil keputusan untuk naik melihat apa yang ada. Di kawasan air terjun tingkat ke-3, pemandangan lebih cantik. Tidak rugi menaiki tangga walaupun letih sedikit kerana tangga tersebut agak curam. Bagusnya kami boleh lebih hampir dengan kawasan air terjun di tingkat ini namun kami tidak berani terlalu dekat. Puaslah ambil gambar air terjun yang begitu deras airnya.

Dapat Massage percuma ni.

Tengok aje lah

Suasana begitu mendamaikan
Berada ditengah hutan nan menghijau
Berteman suara alam
Bunyian sang serangga yang entah di mana
Deruman air di depan mata
Aliran air mengalir sejuk
Terkadang pecah mengharung batuan yang keras
Terhasil warna nan memutih...cantik
Pepohon pokok menjulang tinggi
Dedaun hijau bergeser dilanda angin lembut
Seolah berzikir kepada Sang Pencipta
Syukur Ya Allah



Indahnya


Rupanya ada lagi tingkat ke-4. Anak-anak muda naik mandi manda di atas sana. Mulanya aku berhasrat untuk melihat juga situasi di tingkat tersebut. Malangnya hujan turun dengan agak lebat, teruslah kami turun dan mengambil keputusan untuk balik sahaja. Baju pun basah jugalah sedikit.

Nun tingkat ke-4 di atas sana.

Tempat ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, surau dan gerai. Suasananya tidak terlalu sibuk dan sekitarnya bersih. Disebabkan masih awal, kami mengambil keputusan untuk ke Seremban yang terletak kira-kira 28 kilometer sahaja. 

Terasa lapar pula selepas menaiki anak-anak tangga yang tinggi. Apa lagi kami singgah di Nasi Arab Damsyik Empire Senawang (dahulunya dikenali sebagai Nasi Arab Damsyik yang kini sudah pindah di Bangunan Catleya). Special Mashawey Mushakal RM40 untuk dimakan dan Nasi Arab Ayam dan Kambing untuk dibawa balik untuk makan malam. Kedai ini menjadi pilihan kami jika dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kuala Lumpur jika lapar.

Hidangan Mix grill atau Mashawey Mushakal dah sampai. Menu baru ni.
Ada lamb chop, ayam bakar, shish taouk, shish kebab,
kofta kebab,kentang goreng dan salad.
Sedap dimakan dengan 3 jenis sos

Alhamdulillah dapat menikmati keindahan bumi Malaysia yang begitu indah anugerah Ilahi. Semoga kita terus memelihara amanah ini.

Travel.Tulis.Terbit.

                                     ---------------------------------------------------------------

BismillahirRahmanirRahim




Musim buah duku di Muar, Johor  mendorong kami untuk ke sana awal September. Harga buah duku di Kuala Lumpur agak mahal iaitu RM10 sekilogram. Mencekik darah betul. Rugi pula jika ke Muar hanya sekadar membeli buah duku. Jadi kami mengambil keputusan untuk ke Taman Negara Gunung Ledang yang terletak di Tangkak. 


Simpang selepas Tol Tangkak


Sampai di Pekan Tangkak, terus nampak gerai-gerai menjual buah duku. Terus singgah beli RM20 untuk 3 kilogram. Manis buahnya. Pekan Tangkak agak sunyi, tidak seperti di tahun 1990an, ianya begitu terkenal seluruh negara dengan jualan langsirnya. Selepas kewujudan Nilai 3, terus hilang kemasyuran tersebut. Ada banyak papan tanda untuk ke Taman Negara Gunung Ledang, perjalanan diteruskan ke Sagil.

Tu dia Gunung Ledang.


Info berkaitan taman ini


Bayaran RM1 untuk dewasa dan yuran parkir kereta RM2. Untuk mendaki Gunung Ledang bermula pada pukul 8.00 pagi bersama guide Taman Negara dengan bayaran tertentu. Kami tidak berhasrat untuk mendaki gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia ini. Ketinggiannya adalah 1,276 meter. 


Pokok anggerik di kawasan parkir

Terus kami melangkah masuk ke kawasan sekitar mengikut tanda arah ke air terjun. Ada taman herba namun kelihatan tidak berfungsi maklumlah lama kawasan ini ditutup akibat pandemik Covid19.  Kami mengikut sahaja laluan yang disediakan. Semakin lama kelihatan hutan dan kedengaran bunyi deruan air. Seronoknya melihat aliran air yang jernih mengalir di celah batu batan yang pelbagai saiz.

Jom masuk ke dalam hutan.

Ada kawasan mandi manda, kelihatan beberapa keluarga bersama anak-anak sedang mandi. Sekumpulan remaja sedang membakar makanan yang dibawa. Tidak disangka ramai yang ke sini untuk mandi-manda kerana lebih privasi.


Sejuk airnya

Terpegun tengok pokok-pokok besar yang berusia

Waah ada laluan ke kawasan yang lebih tinggi


MasyaAllah ada air terjun di sini.

Best!


Suasana lebih tenang

Seronoknya

Ada tempat berkelah


Ada undang2 ya


Air jernih, banyak ikan

Pokok tinggi menjadikan suasana agak gelap

Jom la turun

Tingginya

Ada kabin hutan dan chalet, namun sudah terbiar. 

Kisah Puteri Gunung Ledang

Kawasan mandi berdekatan kabin hutan dan chalet

Info lagi

Nak balik dah


Masih ada masa lagi untuk kami singgah di Hutan Lipur Gunung Ledang, tidak jauh dari Taman Negara Gunung Ledang. Tempat ini terkenal kerana ada Air Terjun Sagil. Oleh itu ianya  D menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah dan mandi manda bersama keluarga. Sepanjang aliran sungai penuh dengan orang ramai.


Jauh juga kena jalan masuk ke dalam dari kawasan parkir

Kawasan terbuka

Ramai betul



Kita makan dulu

Ada gerai jualan

Ada resort yang cantik


Tidak mampu lagi untuk terus berjalan ke air terjun. Kami meneruskan perjalanan ke Muar, sempat juga pusing-pusing sekitar Bandar Muar. Hasrat untuk menikmati mi bandung yang terkenal tidak kesampaian. Kebanyakan kedai ditutup. Sempat aku membeli 2 kilogram lagi buah duku dengan harga RM7 sekilo. Yang dibeli di Tangkak tadi sudah hampir habis.


Gerai menjual buah duku

Sempat singgah di Jeti Parit Jawa, Muar.





Melepasi Bandar Muar arah ke Melaka, lebih banyak buah duku dijual di tepi jalan. Kali ini harga yang ditawarkan lebih murah iaitu RM5 sekilogram. Aku pun singgah beli lagi 6 kilogram untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah sampai di rumah waktu malam. Puas menjamu mata melihat keindahan hutan Khatulistiwa yang masih dipelihara di Malaysia. Puas makan buah duku...11 kilogram tu.😀😂😂

                                 ---------------------------------------------------------------

 BismillahirRahmanirRahim





Hasrat untuk sampai ke Pintasan Saloma akhirnya terlaksana setelah beberapa kali mencuba. Mulanya kami ke sana sewaktu tengahari selepas menghantar pesanan buku travelog untuk pembekal buku di Petaaling Jaya. Buku Travelog Tunisia dan Travelog Arab Saudi adalah untuk negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah.

Jom!

Kami ikut laluan di Kampung Bharu. Laluan yang diikuti agak sempit dan banyak kedai-kedai makan di sekitarnya. Mujur tidak banyak kenderaan seperti biasa dan mudah untuk parkir kereta di tepi jalan. Ada tangga namun kami memilih  menggunakan lif untuk naik ke atas bangunan yang menghubungkan Pintasan Saloma. Hanya aku dan Saffura sahaja di situ, kami bergambar sepuasnya. Kelihatan lebuhraya dan sungai di bawah Pintaasan Saloma. Disebaabkan cuaca yang agak panas, kami tidak terfikir untuk menyeberangi pintasan tersebut.

Kelihatan Menara Petronas dan Menara Public Bank

Takde orang

Pintasan Saloma dari Kampung Bharu ke KLCC

Kelihatan Lebuhraya AKLEH


Tidak puas hati, kami ke sana lagi selepas beberapa hari. Kali ini pada waktu malam pula. Laluan yang sama namun kali ini kami menaiki tangga kerana ada ramai pengunjung di situ. Panorama di waktu malam sangat cantik. Penuh dengan cahaya dan berwarna warni.


Cantik!

Laluan dari arah Kampung Bharu


Kian ramai pengunjung





Kami menyeberangi Pintasan Saloma yang membawa kami ke KLCC.

Menara Berkembar tertinggi di dunia 

Suasana tenang .

Lebih mudah untuk ke Pintasan Saloma melalui jalan ini. Dari KLCC anda perlu melintas jalan dan ikut jalan di hadapan nz Curry House. Jika berkereta, ambil jalan ke Menara Public Bank, ada kawasan parkir di belakang bangunan  Menara Public Bank dan anda hanya perlu berjalan beberapa meter sahaja untuk ke Pintasan Saloma.


Papan Tanda untuk ke Pintasan Saloma. Tak sesat dah.


Laluan untuk ke Pintasan Saloma. Jalan terus sahaja.

Laluan ke Pintasan Saloma melalui arah KLCC

Pencahayaan bertema

Nota Pintasan Saloma

Laluan dari arah KLCC


Pintasa Saloma mula dibuka pada tahun 2020 dan merupakan laluan pejalan kaki bertingkat terpanjang tanpa tiang di Malaysia. Reka bentuk Pintasan Saloma diillhamkan dari gubahan tradisi Sirih Junjung yang simbolik kepada konsep perpaduan masyarakat Melayu. Pintasan Saloma menjadi penghubung utama pejalan kaki di antara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Kampung Bharu. Jarak keseluruhan Pintasan adalah 370 meter dan struktur utama Pintasan Saloma adalah laluan pejalan kaki bertingkat yang berbumbung sepanjang 69 meter merentasi Sungai Klang dan Lebuhraya AKLEH. Pintasan Saloma telah menjadi salah satu struktur ikonik di bandaraya Kuala Lumpur. Struktur bumbung besi yang melengkung dan dilitupi oleh 4,100 keping panel berbentuk berlian serta dilengkapi dengan impak seni pencahayaan bertema pada waktu malam menjadikannya unik. Orientasi pemasangan kemasan lantai di sepanjang laluan disusun mengikut arah kiblat bagi menwujudkan kesinambungan antara Pintasan Saloma dan Taman Perkuburan Islam Jalan Ampang.


                            ------------------------------------------------------------------------


BismillahirRahmanirRahim




Belum terlambat rasanya untuk aku berkongsi rasa kesyukuran kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menatap mentari tahun 2021 Masihi. Selamat Tahun Baharu 2021.

Kali ini aku mahu berkongsi tempat beriadah yang sangat menarik iaitu Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya. Taman yang unik ini khusus bagi penanaman dan pemeliharaan kumpulan tumbuhan Gimnosperma tropika dan subtropika.




Dibina supaya dapat menjadi pusat penyelidikan, rujukan dan pembelajaran terhadap tumbuhan Gimnosperma. Pun begitu turut disediakan pelbagai kemudahan buat penduduk sekitar beriadah dan rekreasi.


Papan tanda


Berkeluasan kira-kira 117 ekar dengan kawasan berbukit-bukit dan dikelilingi kawasan perumahan. Sesuai untuk joging, berbasikal,  berkelah dan sesi fotografi kerana suasananya yang indah dan mendamaikan.

Pokok Pain yang tinggi belaka

Gaya landskap ala-ala Eropah dengan pokok pain, tanah lapang dengan rumput hijau dan pokok-pokok bunga menghiasi persekitaran.


Pokok spesis Gimnosperma

Pokok bunga Taik ayam

Astaka

Kawasan lapang untuk berkelah

Namun yang mencuri perhatian ramai pastilah deretan pokok bunga matahari yang sedang berkembang.

Aku sendiri ke sana dua hari berturut-turut. Hari pertama untuk beriadah dan bergambar. Hari kedua hanya untuk bergambar di sekitar pokok bunga matahari. Menemani Saffura yang tidak berpeluang ikut pada hari sebelumnya.

Deretan pokok bunga matahari

Sedang kembang elok


Panas sikit , gunalah topi.

Tumpang sekaki


Jom beli - 0133645560

Jom beli 0133645560

Ni pun cantik. Boleh berbasikal di taman ini

Kawasan paling tinggi untuk dinaiki

Agak mencabar tingginya

Di puncak Taman Saujana  Hijau. Kelihatan kawasan perumahan.

Ada tram kot.



Silalah ke sana.

 







 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...