![]() |
Nama Buku : Travelog New Zealand - Syurga Di Wajah Queenstown
Pengarang : Fauziah Binti Abdul Hamid
Penerbit : Ziasaf Mind Ventures
Bilangan muka surat : 182
Harga : RM24.00
Sinopsis :
- Buku ini menceritakan pengalaman penulis dan keluarganya yang bercuti ke Pulau Selatan,
New Zealand. Kembara mereka bertiga dengan menaiki kereta sewa dari Christchurch
ke Quenstown, Milford Sound dan Gunung Cook. Tidak ketinggalan pengalaman yang
dialami ketika transit di Melbourne, Australia di dalam perjalanan ke New Zealand.
- Ia mengupas dengan lebih lanjut pengalaman yang tidak terduga termasuk kisah kamera
yang hilang di atas bas, beg diambil orang ketika di lapangan terbang dan lain-lain
pengalaman lagi. Pendidikan secara tidak langsung yang dialami oleh anak penulis yang
berusia 11 tahun mampu menyemai disiplin hidup yang lebih bermakna di masa akan
datang.
- Buku ini juga memaparkan keindahan alam semulajadi bumi New Zealand yang masih
terpelihara meski pun sudah bergelar negara maju. Sikap penduduk yang begitu peramah,
suka menolong dan sangat bertanggungjawab terhadap negara mereka amat menarik
perhatian penulis.
- Pastinya buku ini mahu mengajak para pembaca untuk mensyukuri dan mengkagumi
betapa indahnya bumi ini. Pemandangan yang amat cantik serta kedamaian yang dirasai
begitu berbekas di hati . Penulis ingin berkongsi pengalaman tersebut bersama pembaca
dan mengajak pembaca turut sama mengakui kehebatan Allah SWT dalam penciptaan
langit dan bumi serta segala isinya. Melalui ayat-ayat Al Quran yang turut disertakan.
-Tidak ketinggalan gambar-gambar berwarna untuk menambah nuansa indahnya bumi
Moari ini.
- Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat usia terutama bagi mereka
minat mengembara.
Untuk pesanan sila hubungi 0133645560.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
![]() |
Kos Penghantaran RM8 untuk Semenanjung/ RM12 untuk Sabah & Sarawak.
assalamualaikum..puan fauziah..buku ni ada jual lagi tak..��
BalasPadamAssalam
PadamDiharap sihat. Buku ini sudah siap dicetak. Jika berminat untuk memiliki naskah ini sila wasap saya ya ; 0133645560.
Maaf atas kesulitan.
Waalaikumussalam
BalasPadamMaaf lambat balas.
Buku ini masih dalam proses ulang cetak. Terlambat sedikit disebabkan PKP dan PKPD.
Insya-Allah jika dah ada saya beritahu ya.