Khamis, 28 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (346) - Kek Kukus Masam Manis



BismillahirRahmanirRahim



Semuanya bermula apabila KakJee share resepi Kek Kukus Masam Manis di FB buat suka-suka, sehari sebelum hari raya. Tidak berniat untuk membuatnya lagi, mungkin lain hari dan simpan dahulu. Tiba-tiba rakan FB Puan Masita dan Puan Norjah kongsikan gambar kek yang telah mereka buat dengan jayanya. Sedap katanya. Asalnya KakJee mahu buat kek lain bergantung kepada bahan mentah yang ada sempena hari raya.

Setelah suami KakJee berjaya membeli bahan mentah utama iaitu haw haw flake, KakJee  pun nekad untuk mencuba kek ini. Lalu KakJee minta resepi Puan Masita, resepinya berbeza kerana menggunakan biskut tawar bagi menggantikan tepung gandum. Ada juga yang menggunakan bisku marie, terpulang kepada citarasa  masing-masing. 

Kek Kukus Masam Manis ini agak lembab dan tidak terlalu manis dan tidak jemu dimakan. Walaupun proses menyediakannya agak mengambil masa namun puas hati dengan hasilnya. Jom tengok resepinya.

Resepi Kek Kukus Masan Manis
Bahan2:
250 gram mentega
5 biji telur B
1 cawan gula caster
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung biskut tawar (biskut tawar dikisar halus dan ditapis)
1 susu kecil soda bikabonat
Asam manis Haw Haw flake secukupnya
Pewarna kuning telur
Pewarna hijau epal

Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega bersama gula hingga lembut.
2.Masukkan telur satu demi satu sambil dikacau.
3.Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
4.Masukkan soda bikarbonat dan tepung biskut tawar sedikit demi sedikit.Kacau hingga sebati.

Adunan kek dah sebati
5.Panaskan kukusan.
6.Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.3 bahagian untuk warna kuning dan 2 bahagian untuk warna hijau.
7.Masukkan pewarna ke dalam adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk warna kuning dan 2 bahagian untuk warna hijau. Ini untuk mendapatkan lapisan yang sama saiz.
8.Guna loyang 7x7 inci. Sapu loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak di bawahnya.
9.Letakkan lapisan warna kuning dan ratakan. Kukus selama 10 -12 minit. Balut penutup pengukus dengan kain. Apabila masak, keluarkan dan susun asam manis di atas adunan yang sudah masak.


Siap lapisan pertama

10.Letak pula adunan warna hijau dan ulang sehingga 4 lapisan.
11.Untuk lapisan akhir, kukus dahulu 5 minit kemudian letakkan lapisan asam manis dan teruskan kukus selama 25 minit.
12. Sejukkan sebelum potong.



Sejuk...boleh potong.

Isnin, 25 Mei 2020

SALAM AIDIL FITRI 1441H




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Taqabbalallahu minna wa minkum

Semoga Allah  menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali
(dalam keadaan suci) seterusnya tergolong dalam orang-orang yang
mendapat keambunan dan keredhaanNya




Alhamdulillah diberi Allah SWT kerana diberi kesempatan menghirup udara segar 1 Syawal 1441H bersamaan 24 Mei 2020. Pengalaman yang tidak mungkin dilupa oleh setiap umat Islam di mana kita menyambutnya dalam suasana yang amat berbeza. Tidak pernah terfikir diruang imiginasi kita menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing. Juga tidak boleh berziarah ke rumah saudara mara, rakan taulan hatta jiran tetangga. Semuanya dilakukan demi mematuhi arahan pihak berkuasa yang melaksanakan PKPB sempena pandemi Covic-19 yang sedang melanda seluruh dunia.
Sesungguhnya ianya adalah pengalaman baru yang amat bermakna untuk dikenang.

Aku kongsikan gambar-gambar kenangan pada hari 1 Syawal.


Khutbah dibaca oleh ketua keluarga usai solat sunat hari raya.

Menjamu selera di pagi hari raya

Menu utama: Ketupat, Lodeh, Kari Daging, Rendang Ayam dan Kuah Kacang
Kek Lapis Masam Manis dan Lemang
Sedikit kuih raya yang dibeli
Bergambar aje le
Bergambar lagi


Kami mengambil keputusan untuk ke Putrajaya bagi merakam suasana hari raya. Maklumlah tidak dibenarkan melepasi sempadan antara negeri. Namun tidak disangka orang ramai turut bertumpu di sekitar kawasan dataran Masjid Putra Putrajaya. Akhirnya pihak polis menutup jalan di sekitarnya.


Pihak Polis mula melakukan sekatan.

Merayaulah kami mencari tempat lain.

Tidak jauh dari Masjid Besi Putrajaya

Posing sikit

Malamnya kami ke Kuala Lumpur, namun suasananya agak muram. Sempat ziarah kakak ipar.

Jalan raya pun agak kosong.

Bahagianya beraya dengan buku sendiri.

#Stayathome

Rabu, 13 Mei 2020

Jom Buat Sampul Duit Raya @ Duit Kenduri



BismillahirRahmanirRahim



Ini projek akhir tahun lepas. Idea muncul apabila stok sampul duit raya kehabisan untuk dikitar semula sewaktu hadir ke majlis perkahwinan. Namun kaedah yang sama boleh digunakan untuk menyediakan sampul duti raya. Hanya menggunakan kertas pembalut hadiah dan beberapa bahan dan alat lain seperti pembaris, gunting dan gam. So, lain kali kita simpan kertas pembalut hadiah untuk dibuat sampul duit raya atau sampul duit kenduri. 

Hasilnya

 1 keping pembalur hadiah akan menghasilkan : 4 x 3 = 12 keping sampul.

Jom tengok caranya:

Bahan yang diperlukan.


Potong kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian yang sama saiz

Lipat dan potong pula kepada 3 bahagian yang sama saiz (4x3 =12)

Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil sahaja.
Kemudian lipat dua.

Ukur bahagian yang akan dipotong di bahagian atas. Kemaskan  bahagian yang dijadikan penutup

Selepas dipotong. Gamkan sekelilingnya kecuali bahagian penutup.

Dah siap. Boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing



Selamat mencuba.

Ahad, 10 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (345) - Rendang Daging Mudah



BismillahirRahmanirRahim


Puasa adalah agen pembersihan untuk tubuh dan jiwa.



Lama sungguh tidak masak rendang daging, Kali ini KakJee ambil resepi dari linapg.blogspot.com. Nampak mudah tetapi sedap. Asyik dipuji aje sewaktu berbuka. KakJee buat roti jala untuk dimakan dengan rendang. Kebetulan air rebusan bunga telang yang disimpan belum digunakan. Jadi mulalah bereksperimen. Trend sekarang banyak menggunakan pewarna dalam kuih muih supaya kelihatan menarik. Namun KakJee lebih gemar guna pewarna asli yang ada di sekitar rumah. Jadi sempatlah menyediakan 3 kaler roti jala. Warna kuning guna serbuk Saffron, warna hijau guna daun pandan dan warna biru guna bunga telang. Cantik pula warnanya terutama yang berwarna biru tu. Puas hati betul lah. 

Resepi Rendang Daging Mudah
Bahan2:
1/2 kg daging
1/2 kg santan pekat
4 biji bawang besar* (guna 3 aje)
6 ulas bawang putih*
6 ulas barang merah (tak letak)
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
4 batang serai*
15 tangkai cili kering*/ 4 sudu besar cili kisar
bahan * dikisar bersama
2 paket kerisik (80g) - buat sendiri
1 sudu kecil serbuk kunyit - guna kunyit hidup
1 helai daun kunyit dihiris halus
6 batang serai diketuk
2 asam keping
Garam
1 sudu besar gula merah.

Cara Membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar, serai yang diketuk dan gula merah. Kacau hingga pecah mniyak.
2.Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut.
3.Masukkan santan, kerisik, asam keping dan 2 sudu kecil garam.
4.Masak dengan api perlahan  sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekala kacau supaya tidak hangit. Boleh tutup periuk dengan penutup.



Hampir masak
5.Masukkan daun kunyit apabila rendang hampir masak. Tambah garam jika perlu sebelum tutup api.



Dah siap.

Selamat Mencuba

Rabu, 6 Mei 2020

Travelog Eropah - Austria


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



AUSTRIA





Kembara ke 
negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.



Perjalanan dari Venice - Hallstatt - Salzburg

Hallstatt

Hallstatt  terkenal di seluruh dunia dengan keindahan yang mengagumkan. Ada yang menyenaraikan pekan ini antara pekan tercantik dan terbersih di dunia. Juga gelaran “Fairy Tale Town”. Terseranai sebagai UNESCO World Heritage site. 



Rumah di lereng bukit

Jeti untuk naik cruise

Naik atas bukit pula

Banyak kedai



Salzburg (2 malam)


Menyewa di Kolpinghaus

Ada sarapan... ini je la yang boleh dimakan

Pokok epal 

Sekitar Old Town Salzburg

Dari hostel kami berjalan kaki menyusuri jalan di sepanjang Sungai Salzach untuk ke Old Town.

Papan tanda yang tergantung menarik perhatian di sini.

Mencari letaknya  Salzburg Fortress atau Hohensalzburg

Puas bila dah sampai

Sphaera

Jangan lupa beli apa yang patut

Bangunan sekitar Old Town

Mozart dan Salzburg memang tidak boleh dipisahkan

Penuh dengan kunci cinta

Okay nak ke New Town pula di seberang jambatan

Mencari masjid untuk solat. Ada banyak masjid dan kami memilih masjid warga Bosnia & Herzegovina.


Masjid di Eropah kebanyakannya seperti ini

Ruang solat

Sempat pula AJK masjid meraikan kami usai solat berjemaah.

Bersama isteri imam bernama Fatimah.

Lepas solat kami singgah di Mirabell Palace dan menikmati keindahan Mirabell Garden

Cantik tamannya

Mirabell Palace

Boleh nampak fortress dari kawasan istana.

Austria memang cantik dan rasa tidak puas berada di negara ini tambahan pula kami tidak sempat singgah ke Vienna. Rasa mahu datang lagi. Perjalanan seterusnya adalah kembali ke Jerman.

Pilihan aku mengenai negara-negara di Eropah dalam kembara ini:

1.Austria
2.Switzerland
3.Netherlands
4.Leichtenstein
5.Sweden
6.Denmark
7.Jerman
8.Belgium
9.Perancis
10.Itali
11.Luxembourg
12.Vatican

Nantikan kisah lengkap dalam Travelog 30 Hari Eropah.
Insya-Allah.
Te




Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...