Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali
(dalam keadaan suci) seterusnya tergolong dalam orang-orang yang
mendapat keambunan dan keredhaanNya
Alhamdulillah diberi Allah SWT kerana diberi kesempatan menghirup udara segar 1 Syawal 1441H bersamaan 24 Mei 2020. Pengalaman yang tidak mungkin dilupa oleh setiap umat Islam di mana kita menyambutnya dalam suasana yang amat berbeza. Tidak pernah terfikir diruang imiginasi kita menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing. Juga tidak boleh berziarah ke rumah saudara mara, rakan taulan hatta jiran tetangga. Semuanya dilakukan demi mematuhi arahan pihak berkuasa yang melaksanakan PKPB sempena pandemi Covic-19 yang sedang melanda seluruh dunia.
Sesungguhnya ianya adalah pengalaman baru yang amat bermakna untuk dikenang.
Aku kongsikan gambar-gambar kenangan pada hari 1 Syawal.
|
Khutbah dibaca oleh ketua keluarga usai solat sunat hari raya. |
|
Menjamu selera di pagi hari raya |
|
Menu utama: Ketupat, Lodeh, Kari Daging, Rendang Ayam dan Kuah Kacang |
|
Kek Lapis Masam Manis dan Lemang |
|
Sedikit kuih raya yang dibeli |
|
Bergambar aje le |
|
Bergambar lagi |
Kami mengambil keputusan untuk ke Putrajaya bagi merakam suasana hari raya. Maklumlah tidak dibenarkan melepasi sempadan antara negeri. Namun tidak disangka orang ramai turut bertumpu di sekitar kawasan dataran Masjid Putra Putrajaya. Akhirnya pihak polis menutup jalan di sekitarnya.
|
Pihak Polis mula melakukan sekatan. |
|
Merayaulah kami mencari tempat lain. |
|
Tidak jauh dari Masjid Besi Putrajaya |
|
Posing sikit |
Malamnya kami ke Kuala Lumpur, namun suasananya agak muram. Sempat ziarah kakak ipar.
|
Jalan raya pun agak kosong. |
|
Bahagianya beraya dengan buku sendiri. |
#Stayathome
Tiada ulasan:
Catat Ulasan