Ahad, 10 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (345) - Rendang Daging Mudah



BismillahirRahmanirRahim


Puasa adalah agen pembersihan untuk tubuh dan jiwa.



Lama sungguh tidak masak rendang daging, Kali ini KakJee ambil resepi dari linapg.blogspot.com. Nampak mudah tetapi sedap. Asyik dipuji aje sewaktu berbuka. KakJee buat roti jala untuk dimakan dengan rendang. Kebetulan air rebusan bunga telang yang disimpan belum digunakan. Jadi mulalah bereksperimen. Trend sekarang banyak menggunakan pewarna dalam kuih muih supaya kelihatan menarik. Namun KakJee lebih gemar guna pewarna asli yang ada di sekitar rumah. Jadi sempatlah menyediakan 3 kaler roti jala. Warna kuning guna serbuk Saffron, warna hijau guna daun pandan dan warna biru guna bunga telang. Cantik pula warnanya terutama yang berwarna biru tu. Puas hati betul lah. 

Resepi Rendang Daging Mudah
Bahan2:
1/2 kg daging
1/2 kg santan pekat
4 biji bawang besar* (guna 3 aje)
6 ulas bawang putih*
6 ulas barang merah (tak letak)
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
4 batang serai*
15 tangkai cili kering*/ 4 sudu besar cili kisar
bahan * dikisar bersama
2 paket kerisik (80g) - buat sendiri
1 sudu kecil serbuk kunyit - guna kunyit hidup
1 helai daun kunyit dihiris halus
6 batang serai diketuk
2 asam keping
Garam
1 sudu besar gula merah.

Cara Membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar, serai yang diketuk dan gula merah. Kacau hingga pecah mniyak.
2.Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut.
3.Masukkan santan, kerisik, asam keping dan 2 sudu kecil garam.
4.Masak dengan api perlahan  sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekala kacau supaya tidak hangit. Boleh tutup periuk dengan penutup.



Hampir masak
5.Masukkan daun kunyit apabila rendang hampir masak. Tambah garam jika perlu sebelum tutup api.



Dah siap.

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...