Liepzig, Munich, Bad Hersfeld, Mannheim, Heidelberg dan Frankfurt.
 |
Bersama Mohammad Alif Azwar. |
 |
Electoral Palace |
 |
Sungai Rhine dan Ehrenbreitstein Fortress |
 |
Middle Rhine |
 |
Ladang Gandum |
 |
Rheinpark berlatarkan Old Town Cologne |
 |
Masjid Cologne |
 |
Di depan masjid Cologne |
 |
Old Town |
 |
Old Town |
 |
Binnenalster Lake |
 |
Townhall |
 |
Old Town |
 |
Buah ceri di pasar pagi Old Town |
 |
Cuci mata tengok kereta keluaran BMW di Munich |
 |
Pusat Islam Munich |
 |
Pasar petang |
 |
Banyak outlet di Leipzig |
 |
Sisa Tembok Berlin |
 |
Kipas besar terdapat di seluruh Jerman |
 |
Bunga lawa |
 |
Pemandangan Kota Heildelberg . |
#Travelog 30 hari Eropah.
#Travel, Tulis & Terbit.
***********
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
SWEDEN
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi
sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Dari Jerman kami meneruskan perjalanan ke Malmo di Sweden melalui negara Denmark.
 |
Jambatan Great Belt menghubungkan Pulau Funen dan Zealand di Denmark.
Tol sebanyak 245 DKK ( RM154,90) untuk sehala. |
 |
Dua jambatan untuk sampai ke Malmo, Sweden. |
 |
Sebelum naik jambatan ada terowong merentasi lautan. |
 |
Jambatan yang menghubungkan Copenhagen dengan Malmo.
Tol pula 450 DKK (RM284.51) sehala. Mahal hooo. |
 |
Baru sampai tuan rumah suruh naik basikal pula. |
 |
Pemilik Airbnb di Genarp, Mr Anders dan isteri, Anne-Lisbeth yang sangat baik hati. |
 |
Reban arnab |
 |
Ladang gandum nan luas terbentang |
 |
Puas tengok ladang dari dekat. |
 |
Ladang kuda. Kuda yang cantik dan sihat. Macam nak beli je sekor. |
 |
Kanak-kanak riang. |
 |
Menanti matahari terbenam pada pukul 9.48 malam. |
 |
Singgah di Lund yang terkenal dengan universiti tertua. |
 |
Bangunan tertinggi di Scandivania |
 |
Old Town Malmo |
 |
Old Town |
 |
Kungsparken atau City Park |
 |
Oresund Bridge dilihat dari Malmo. |
#Travelog 30 hari Eropah.
#Travel, Tulis & Terbit.
*********
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
DENMARK
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi
sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Dari Sweden kami ke Copenhagen dan bermalam selama satu malam di DanHostel. Copenhagen terasa meriah dengan ramai pelancong namun tidak terlalu padat. Basikal digunakan secara optimum untuk bergerak di sekitar bandar ini.
 |
Menghampiri sempadan antara Sweden-Denmark |
 |
Selesa. |
 |
Peta di tengah kota. |
 |
Awal pagi, suasana sekitar Nyhavn sebum sibuk. |
 |
Kawasan rekreasi berhampiran Nyhavn. |
 |
Ramai yang berjemur dan melakukan pelbagai aktiviti sukan air. |
 |
Berkenalan dengan pelancong dari Nepal. |
 |
Tidak jauh dari Amelienborg Palace |
 |
Satu daripada empat bangunan istana yang sama bentuk dan saiz. |
 |
Terusan di tengah Old Town Copenhagen |
 |
Bekas istana yang kini dijadikan Bangunan Parlimen |
 |
Parkir basikal |
 |
Tu dia basikal! |
 |
Antara tarikan di Copenhagen. |
 |
Bangunan dan persekitaran yang cantik. |
 |
Singgah di Odense ternampak masjid namun pintunya tertutup rapat. |
Meneruskan pejalanan dan singgah di Bremen, Jerman untuk semalam. Sebelum meneruskan perjalanan ke Belanda.
#Travelog 30 hari Eropah.
#Travel, Tulis & Terbit.
***********
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
NETHERLANDS
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi
sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Dari Copenhagen kami ke Bremen, Jerman dan bermalam selama satu malam sebelum
meneruskan perjalanan ke Amsterdam, Netherlands.
 |
Sekitar tempat tinggal kami adalah ladang-ladang bunga yang luas. |
 |
Melawat ladang bunga lavendar. |
 |
Papan tanda lengkap dengan jarak. |
 |
Amsterdam |
 |
Kota Amsterdam yang penuh dengan basikal. |
 |
Naik cruise paling mudah untuk melihat kota air ini. |
 |
Kincir angin lama di Zaanse Schans |
 |
Rumah tradisional di Zaanse Schans |
 |
Warna hijau sahaja di Zaanse Schans |
 |
Kasut kayu |
 |
Mimar Sinan Camii, Leiden |
 |
Bersama Imam Masjid |
 |
Bahagaian solat utama masjid yang merupakan bekas gereja. |
 |
Rumah moden di Leiden |
 |
Tumpang bergambar ya |
 |
Bunga Hydrangae (Bunga Tiga Bulan) popular di sini sewaktu summer. |
 |
Giethorn |
 |
Giethorn |
 |
Jom bersampan di Giethorn |
 |
Pantai luas di Noordwijk |
 |
Rotterdam |
 |
Kota Pelabuhan Rotterdam |
 |
Kinderdijk |
 |
Kinderdijk dalam senarai UNESCO |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
SWEDEN
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi
sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Dari Amsterdam bergerak ke Brussels, Belgium pada 4/7/2019 sehingga 5/7/2019.
Kami menaiki tram dan metro untuk ke City Centre. Tumpuan utama pastinya sekitar Grand Place.
 |
Suasana stesen metro pusat bandar Brussels |
 |
Berkenalan dengan Muslim, ramai komuniti Islam di sini. |
 |
Sekitar bandar |
 |
City Hall |
 |
Sekitar Grand Place |
 |
Grand Place |
 |
Padat dengan pegunjung |
 |
Ada pertunjukan percuma |
 |
Meriah dengan pelbagai bangsa seluruh dunia |
 |
Banyak pilihan coklat pelbagai citarasa |
 |
Rasalah sepuasnya |
 |
Tumpuan ramai - Manneken Pis |
 |
Waffle yang popular |
 |
City Centre |
 |
Hasil belian yang enak. |
 |
Hotel milik warga Pakistan |
 |
Esoknya ke Atomium |
 |
Kereta sewa kami, sekitar Planetarium |
Next....
**********
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
LUXEMBOURG
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
 |
Pemandangan di lebuh raya yang penuh dengan motor home. |
5 Julai 2019 kami meneruskan perjalanan dari Belgium ke Perancis. Sempat kami singgah di Luxembourg.
Sekitar Chemin de la Corniche
Kawasan ini dipenuhi dengan saki baki kubu pertahanan yang dibina pada kurun 17. Pemandangan sekitar Luxembourg boleh dilihat dari sini dengan gelaran Europe's most beautiful balcony.
 |
Sebahagian besar kawasan di dataran tinggi. |
 |
Notre-Dame Cathedral |
 |
Tak larat jalan boleh naik yang ni |
 |
Kelihatan pusat bandar dengan bangunan baru. |
Sukar untuk mendapat tempat parkir kereta dan asyik salah jalan sahaja di pusat bandar Luxembourg.
Aku agak kecewa kerana tidak dapat membeli sebarang tanda ingatan terutamanya fridge magnet di sini.....huhu.
 |
Tengok dari kereta sahaja. |
Jumpa di Perancis.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
PERANCIS
Jumpa di Switzerland
*******
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
SWITZERLAND
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Perjalanan ke Switzerland diteruskan yang berjarak kira-kira 267 kilometer dari Nancy, Perancis melalui lebuh raya A35. Pengalaman menarik apabila melalui sebuah terowong yang merentasi pergunungan Vosges sejauh 6.95 kilometer dengan bayaran tol sebanyak 9.4 euro.
 |
Selepas terowong kami berhenti untuk makan dan rehat. Masak ala kadar sahaja. |
Perjalanan seterusnya menyaksikan pemandangan ladang yang luas terbentang dengan kawasan pergunungan. Aku dapati banyak bangunan istana di atas puncak gunung tersebut. Itulah antara kehebatan negara Eropah yang penuh dengan istana dan gereja. Ada papan tanda menuju ke perkampungan terkenal di Perancis iaitu Colmar. Namun suamiku menolak untuk singgah.Huhu sungguh kecewa.
 |
Istana nun di sana |
Tiba di sempadan dua negara iaitu Saint-Louis, Perancis dan Basel, Switzerland. Untuk masuk ke negara Eropah yang ke7 baru bertemu sekatan laluan antara dua buah negara. Paspot tidak pun diminta, hanya kami perlu membayar tol untuk menggunakan lebuh raya sepanjang berada di Switzerland yang dipanggil vignette sticker. Ianya ditampalkan pada cermin hadapan kereta sepanjang berada di Switzerland. Berharga CHF40 dan laku dalam tempoh setahun.
 |
Petugas siap hulurkan mesin kad kredit untuk bayaran..memudahkan urusan sungguh depa nih. |
Inilah negara yang paling ingin aku kunjungi. Teringin sangat untuk melihat negara yang dinobatkan sebagai "The world's best country" dari segi ekonomi, kualiti kehidupan, sistem pengangkutan awam, eco friendliness, sistem pendidikan dan sebagainya.
 |
Apartmen kami di Aarau. |
 |
Pemandangan sekitar apartmen pun sudah cukup memukau. |
 |
Buah ceri sedang masak ranum, pokoknya tidak jauh dari tempat tinggal kami. |
Hari ke 13 (7/7/2019)
Lauterbrunnen
 |
Jalan utama dipenuhi resort dan kedai. |
 |
Staubbachfall paling popular di Lauterbrunnen |
 |
Pemandangan pusat bandar Lauterbrunnen dari Staubbachfall |
 |
Air terjun Trummelbach juga terkenal dan boleh di masuki, siap ada lif lagi. |
Grindelwald
Dalam perjalanan balik kami singgah di Grindelwald. Perjalanan melalui jalan yang sempit di dataran yang agak tinggi. Sepanjang jalan adalah aliran sungai di mana airnya mengalir dengan deras yang berwarna biru putih. Hujan lebat menyambut kami jadi tidak dapatlah kami ke mana-mana sekadar menjamu mata dari dalam kereta. Pemandangan amat indah di sini, lebih cantik dari yang dilihat di Lauterbrunnen. Ramai orang Arab menginap di sini, resortnya pula nampak esklusif sangat.
 |
Resort di Grindelwald. |
Interlaken
Berpusing-pusing sekitar Interlaken dalam keletihan, jadi kami tidak singgah di pekannya. Namun
sempat kami singgah berehat di Tasik Brienz yang luas dan cantik. Interlaken membawa maksud antara dua tasik iaitu Tasik Thun dan Tasik Brienz.
 |
Tasik Brienz |
 |
Keretapi |
 |
Tasik Lungern |
Lucerne/Luzern
Ejaan berbeza namun ianya tempat yang sama. Hari semakin gelap namun jam sudah pun pukul 9.30 malam ketika kami singgah di sini. Parkir kereta berhampiran Planetarium tidak jauh dari tasik.
 |
Tasik Luzern |
Hari 14 (8/7/2019)
Kami mengambil keputusan untuk ke Vaduz hari ini. Namun kisahnya akan menyusul kemudian. Pulang dari Vaduz kami singgah di Zurich.
Zurich
 |
Mencari kedai untuk membeli sesuatu...mahal gile! |
 |
Kedai beli barang ketika di Switzerland. |
Hari 15 (9/7/2019)
Bertolak ke Geneva.
 |
Singgah di Laussane |
 |
Apartmen terletak di Perancis berhampiran Geneva |
 |
Kelihatan Kota Geneva dari kawasan apartmen kami. Ada ladang gandum yang luas sedang masak buahnya. |
Hari 16 (10/7/2019)
Sempat ke Evian yang juga terletak di Perancis yang terletak di pinggir Tasik Geneva.
 |
Air Evian percuma, ambil je le buat stok. |
 |
Letih |
 |
Cantik juga bandar Evian |
Tasik Geneva
Tasik Geneva berbentuk bulan sabit dengan keluasan kira-kira 345 kilometer persegi. Merupakan tasik terbesar di Eropah dan melangkaui sempadan antara Perancis dan Switzerland. So, hari-hari kami berada Switzerland dan Perancis....waah.
 |
Bangunan di Geneva ni sama je tingginya. |
 |
Ada bahagian Tasik Geneva mempunyai pantai yang sesuai untuk mandi manda. |
Sambung lagi dengan Switzerland ya.
Travel, Tulis & Terbit.
********
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
TOP OF EUROPE, SWITZERLAND
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Kenangan paling manis di Switzerland ialah pengalaman menaiki keretapi dari Lauterbrunnen ke puncak Jungfrau. Jadi aku ingin kongsi beberapa gambar kenangan yang pasti mengiyakan kenapa Switzerland menjadi tumpuan pelancong. Juga sebagai tarikan untuk penggambaran drama atau filem yang popular.
 |
Siap dapat paspot you.....memang have2 |
 |
Laluan kami |
 |
Dari Lauterbrunnen naik keretapi hijau kuning |
Pemandangan di atas keretapi.
MasyaAllah. Tabarakallah
 |
Banyak air terjun...tak terhitung |
 |
Sungai pun banyak |
 |
Lauterbrunnen |
 |
Semakin tinggi |
 |
Lembu pun sihat je |
 |
Keretapi akan berhenti di beberapa stesen, kita boleh turun dan naik semula. Banyak resort. |
 |
Semakin tinggi |
Peminat cerita Crash Landing On You pasti perasan kan gambar ni.
 |
Episod ke-16 CLOY |
Sebenarnya kami dah ambil gambar dahulu tau baru CLOY.
 |
Pemandangan yang mengasyikkan |
 |
Tengok je la |
Tukar keretapi di Stesen Kliene Scheidegg, tempat ini cukup terkenal. Naik keretapi warna merah pulak.
 |
Ramai orang terutama dari negara India dan China |
 |
Masuk terowong dalam kawasan pergunungan yang dilihat tadi.Gelap ajelah. |
Jom tengok apa ada kat puncak Jungfrau.
 |
Laluan penuh dengan gambar sejarah pembinaan terowong keretapi.Kagum betul. Idea Adolf Guyer-Zellear memakan masa selama 16 tahun untuk siap. |
Jungfrujoch Railway adalah "highest railway in Europa" juga merupakan sebahagian dari Tapak Warisan UNESCO.
 |
Laluan glasier yang tersanggggat sejuk, boleh sesak nafas ooooo. Licin pulak tu! |
 |
Pelbagai replika diperbuat dari glasier |
 |
Berebut nak ambil gambar kat sini |
Naik lif ke Top Of Europe @ Sphinx
Cuaca tidak berapa elok, angin bertiup kencang jadi pemandangan hanya berkabus.
 |
Suhu -2 darjah celcius |
 |
Bangunan ini dibina atas puncak gunung berbatu. |
 |
Kawasannya tidak terlalu luas. |
Hasrat untuk bermain salji hancur berkecai kerana kawasan berkenaan ditutup akibat ribut.
 |
Mampu tengok ajelah |
 |
Tengok dari dalam bangunan aje. |
 |
Ada ruang pameran oleh pengeluar coklat terkenal Swiss iaitu Lindt |
 |
Shopping jap |
 |
Naik keretapi untuk turun dari Jungfrau, dapat pulak coklat. |
 |
Lapar ya dik! |
 |
Sempat berkenalan dengan Ibu Ida dari Bogor, Indonesia dalam perjalanan turun. |
Memang tidak menyesallah bayar CHF200 (RM800++) seorang untuk merasa pengalaman indah ini.
Nantikan Travelog Eropah dalam bentuk buku.Insya-Allah.
Travel, Tulis & Terbit.
********
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
LEICHTENSTEIN
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Hari ke-3 di Switzerland kami mengambil keputusan untuk ke Vaduz, ibu negara Leichtenstein. Sebuah negara kecil yang terletak di kawasan pergunungan antara Switzerland dan Austria, Jaraknya sekitar 175 kilometer dari tempat tinggal kami, jadi boleh balik hari aje.
Pemandangan sepanjang perjalanan tersangatlah cantik kerana kami melalui kawasan Heidiland. Bumi yang terkenal dengan karya buku berjudul Heidi oleh Johanna Spyri.
 |
Bumi Heidiland |
Heran dan kagum melihat rumah-rumah di puncak gunung, kami pun merasa berada di puncaknya ketika sampai di Vaduz.
 |
Pusat pelancongan |
 |
Negaranya sangat kecil |
 |
Menikmati makan tengahari |
 |
Cantik sungguh la pemandangan |
 |
Lama dah nak posing macam ni...hihihi |
Kami ke kawasan Istana Vaduz yang menjadi daya tarikan di sini. Dibina pada abad ke -12 dan masih menjadi kediaman rasmi Prince of Leichtenstein iaitu Putera Hans-Adam II.
 |
Posing aje |
 |
Kat sini je...tak boleh masuk pun |
 |
Kat sebelah kiri tu pokok epal |
 |
Perhatikan awan lebih rendah dari puncak gunung. MasyaAllah Tabarakallah |
 |
Sempat shopping lak |
Jumpa di Itali
Banyak lagi cerita d
#Travelog 30HariEropah
*******
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Perjalanan seterusnya adalah dari Geneva, Switzerland ke Itali. Jalan yang diambil adalah merentasi Pergunungan Alp melalui terowong sepanjang 11.6 kilometer. Terowong ini dibina di bawah Mont Blanc. Sebaik keluar dari terowong kami sudah berada di negara Itali. Kami meneruskan perjalanan ke Pisa melalui Genova atau Genoa.
Untuk sampai ke Pisa lebih kurang 50 buah terowong yang kami lalui berselang seli dengan puluhan lagi jambatan yang tinggi belaka. Jambatan tersebut menghubungkan kawasan pergunungan yang banyak terdapat di utara Itali.
 |
Mont Balnc |
Lebuh raya di Itali mengenakan tol kepada pengguna....memang banyak belanjanya.
Pisa (1 malam)
 |
Ehh...memang condong la. |
 |
Menara Condong Pisa diapit oleh beberapa bangunan lain. |
Rome (2 malam)
 |
Colesium |
 |
Pintu gerbang berhampiran Colesium |
 |
Monument King Victor Emmanuel II |
 |
Trevi Fountain |
Trevi Fountain
 |
Bacalah sendiri bangunan apa ni |
 |
Vatican City |
Kami singgah untuk menunaikan solat di Islamic Centre Al Huda. Masjid Al Huda hanya dibuka pada hari Jumaat dan sepanjang bulan Ramadan. Usai solat di ruang khas secara berjemaah kami dibawa oleh Imam untuk melawat kawasan dalam Masjid Al Huda, rezeki betul.Alhamdulillah.
 |
Islamic Centre Al Huda Rome |
 |
Dalam Masjid Al Huda |
 |
Hotel di Rome |
Venezia/Venice
 |
Dah sampai |
 |
Terusan pelbagai saiz |
 |
Jambatan pelbagai saiz dan reka bentuk |
 |
Rialto Bridge |
 |
Dah sampai Itali kenalah rasa pizza...cari yang halal la. |
 |
Piazza San Marco |
 |
Tarikan utama di Venice |
 |
Banyak kedai milik warga Bangladesh di Itali...tokey ni pernah kerja kat Kajang. |
Venice memang cantik dan sangat berbaloi untuk dilawati.
Jumpa di Austria
Banyak lagi cerita dalam
Travelog 30Hari Eropah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
AUSTRIA
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Perjalanan dari Venice - Hallstatt - Salzburg
Hallstatt
Hallstatt terkenal di seluruh dunia dengan keindahan yang mengagumkan. Ada yang menyenaraikan pekan ini antara pekan tercantik dan terbersih di dunia. Juga gelaran “Fairy Tale Town”. Terseranai sebagai UNESCO World Heritage site.
 |
Rumah di lereng bukit |
 |
Jeti untuk naik cruise |
 |
Naik atas bukit pula |
 |
Banyak kedai |
Salzburg (2 malam)
 |
Menyewa di Kolpinghaus |
 |
Ada sarapan... ini je la yang boleh dimakan |
 |
Pokok epal |
Sekitar Old Town Salzburg
Dari hostel kami berjalan kaki menyusuri jalan di sepanjang Sungai Salzach untuk ke Old Town.
 |
Papan tanda yang tergantung menarik perhatian di sini. |
 |
Mencari letaknya Salzburg Fortress atau Hohensalzburg |
 |
Puas bila dah sampai |
 |
Sphaera |
 |
Jangan lupa beli apa yang patut |
 |
Bangunan sekitar Old Town |
 |
Mozart dan Salzburg memang tidak boleh dipisahkan |
 |
Penuh dengan kunci cinta |
 |
Okay nak ke New Town pula di seberang jambatan |
Mencari masjid untuk solat. Ada banyak masjid dan kami memilih masjid warga Bosnia & Herzegovina.
 |
Masjid di Eropah kebanyakannya seperti ini |
 |
Ruang solat |
 |
Sempat pula AJK masjid meraikan kami usai solat berjemaah. |
 |
Bersama isteri imam bernama Fatimah. |
Lepas solat kami singgah di Mirabell Palace dan menikmati keindahan Mirabell Garden
 |
Cantik tamannya |
 |
Mirabell Palace |
 |
Boleh nampak fortress dari kawasan istana. |
Austria memang cantik dan rasa tidak puas berada di negara ini tambahan pula kami tidak sempat singgah ke Vienna. Rasa mahu datang lagi. Perjalanan seterusnya adalah kembali ke Jerman.
Pilihan aku mengenai negara-negara di Eropah dalam kembara ini:
1.Austria
2.Switzerland
3.Netherlands
4.Leichtenstein
5.Sweden
6.Denmark
7.Jerman
8.Belgium
9.Perancis
10.Itali
11.Luxembourg
12.Vatican
Nantikan kisah lengkap dalam Travelog 30 Hari Eropah.
Insya-Allah.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan