Memaparkan catatan dengan label Masak Lemak Labu Kuning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak Lemak Labu Kuning. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Oktober 2018

Rasa Dapurku (285) - Masak Lemak Labu Kuning


BismillahirRahmanirRahim




Labu kuning memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Pengat labu, Bingka Labu dan Sira Labu adalah antara resepi yang pernah aku cuba. Namun Pengat Labu paling kami sukai. Tidak pernah pula labu kuning aku buat sayur.

Satu hari aku menghadiri majlis perkahwinan saudara di Kelantan. Antara menu yang dihidangkan adalah masak lemak labu kuning bersama pucuk labu.Sedapnya tidak terkata.Semenjak itu tahulah aku bahawa labu kuning juga enak dibuat masak tumis air atau masak lemak sebagai ganti sayur. Jangan lupa pula sediakan sambal dan ulam-ulaman untuk dimakan bersama, memang terangkat.

Resepi Masak Lemak Labu Kuning
Bahan2:
1/2 biji labu kuning dibuang kulit dan dipotong
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit dicarik
1 cawan santan sederhana pekat/ pekat
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:
1.Rebus labu sehingga hampir lembut.
2.Masukkan serai, bawang besar, cili, daun kunyit dan garam.Masak lagi sehingga
   labu lembut.Tambah air jika perlu.
3.Masukkan santan sambil dikacau.Tutup api apabila santan mulai mendidih.



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...