Memaparkan catatan dengan label Apam Polkadot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam Polkadot. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2016

Dapurku D'Riyadh (168) - Fatoush Salad



Bismillahirrahmanirrahim

Fatoush Salad sedap  dimakan bersama nasi Arab atau dimakan begitu sahaja. Di restoran kedai Arab, ianya dijual secara berasingan yakni tidak termasuk di dalam set nasi Arab. Beza Fatoush Salad dengan salad biasa taburan roti Arab dan serbuk sumak. Roti Arab tersebut perlu dibakar terlebih dahulu dan ianya ranggup seperti keropok. 

Suka letak  keropok roti  banyak2.
Roti Arab yang dijual di Riyadh, memang murah. Ada yang saiznya  lebih besar dari sebuah pinggan. nasi. Berharga hanya 1 rial, sebanyak 6 keping memang berbaloi sangat. Kami jarang membeli roti Arab kerana ianya kerap kali tidak dapat dihabiskan. Setelah berkenalan dengan Fatoush Salad, masalah roti Arab yang berlebih dapat aku atasi dengan membakarnya menjadi keropok untuk dibuat Fatoush Salad atau dimakan begitu sahaja.

Fatoush Salad dari Amo Hamzah

Roti Arab dari Pandati berharga 1 rial sahaja


Resepi Fatoush Salad
Bahan2:
1 biji buah tomato *
2 biji timun tempatan (saiz kecil)*
1/2 biji pepper warna hijau*
1/2 biji pepper warna oren*
1/2 biji pepper warna kuning*
1/2 biji pepper warna merah*
1 biji bawang besar*
Bahan bertanda * dipotong dadu
1 biji cili hijau dihiris nipis
Beberapa keping Roman lettuce dihiris 
Daun pudina segar
Jus lemon
Minyak zaitun 
sedikit serbuk sumak
Sekeping roti Arab/tortilla
Garam
Sedikit serbuk paprika

Semua sayur dibasuh dahulu

Cara membuatnya:
1.Potong roti Arab mengikut saiz yang sesuai. Gaul bersama
   dengan serbuk paprika, garam dan minyak zaitun.


Bakar roti Arab
2.Bakar di oven pada suhu 180 C sehingga keperangan. Biar
   sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
3.Semua bahan yang dipotong atau dihiris termasuk daun pudina
   dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk besar dan digaul rata. 
   Boleh simpan di dalam  peti sejuk sehingga masa untuk dihidangkan.


Gaul semua

4.100g minyak zaitun dicampur dengan jus lemon (dressing), berapa banyak
   terpulang kepada individu. Tidak letak pun takpa.
5.Semasa hendak menghidangkan, barulah dituang  dressing dan
   ditabur roti Arab bersama sumak.



Siap!

Selasa, 3 Mei 2016

Dapurku D'Riyadh (168) - Apam Polkadot



Bismillahirrahmanirrahim

Hujung minggu lepas kami penuhi dengan berukhuwah, berkunjung ke majlis hari jadi dan melawat sahabat yang baru bersalin. Mulanya aku buat apam ini untuk dibawa ke majlis hari jadi Farish, adik Nur Farhana yang merupakan rakan sekelas Saffura di sekolah. Antara tetamu yang datang ialah guru Bahasa Perancis yang mengajar di Sekolah Al Alameen, Teacher Sanaa. Berasal dari Morocco dan berkahwin dengan warga negara Amerika Syarikat. Teacher Sanaa sudah lama tinggal di Arab Saudi, sebelum ini beliau dan keluarganya tinggal di Hafr Al Batin. Teacher Sanaa menyatakan rasa kesal kerana mengajak suaminya pindah ke Riyadh sedangkan keadaan di Hafr Al Batin amat mendamaikan berbanding situasi di Riyadh. Satu-satunya guru Bahasa Perancis di sekolah tersebut di mana beliau terpaksa mengajar di semua kelas, lalu mengambil keputusan untuk berhenti bekerja demi supaya dapat memberi tumpuan kepada tiga orang anaknya.

Ramai pula kanak-kanak yang suka memakannya terutama anak-anak Pn Hjh Wan Salisa terutama si Afifah. Esok paginya, Pn Hjh Wan Salisa menghantar WhatsApp bertanya resepi apam polkadot tersebut. Aku terus memenuhi permintaan Wan memandangkan Afifah sudah meminta kuih tersebut .

Puas memikirkan makanan apa untuk dibawa ke rumah rakan kami, Pn Hjh Yuslida pada petang hari Sabtu. Sekali lagi aku menyiapkan apam polkadot yang comel dan berwarna warni untuk dibawa bersama. Memang kanak-kanak sukakannya termasuk, Aaron dan Isaac, anak-anak Pn  Hjh Yuslida. Seronok melihat mereka  memilih apam yang pelbagai warna tersebut.


Ini untuk Pn Hjh Yuslida

Ini pula untuk birthday Farish

Farish sedang memotong kek dengan dibantu papanya, Tn Hj Offar

Bersama rakan lain yang sempat ziarah Pn Hjh Yus

Baby Danial ArRayyan

Resepi ini aku ambil dari FB Azlina Ina yang mula menarik perhatianku. Resepinya mudah kerana ditunjukkan langkah demi langkah. Pernah aku membuat apam polkadot ini sekali, tetapi hasilnya kurang memuaskan. Puas hati betul dengan hasil kali ini, yang paling penting ianya disukai ramai. Jom tengok resepinya.

Resepi Apam Polkadot

Bahan2:
2 biji telur (gred B- sebaiknya dari peti sejuk)
1 sudu besar ovalate
3/4 cawan gula halus (guna gula biasa)
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa strawberi (tambah sendiri)
2 cawan tepung gandum (aku ayak)
1 sudu kecil baking powder
Pewarna pilihan
Paper cup dan acuan apam

Cara Membuatnya:
1.Pukul telur,gula,ovalate, esen vanila dan perisa strawberi
   sehingga pekat dan kembang.
2.Masukkan tepung dan susu selang2 sambil dikacau sehingga
   habis.



3.Bahagikan adunan dan masukan pewarna pilihan. Masukkan
   adunan ke dalam plastik atau piping . Asing sedikit untuk hiasan.




4.Masukkan paper cup ke dalam acuan apam.
5.Masukkan adunan ke dalam acuan, jangan terlalu penuh. 
  Sebab apam akan tersenyum lebar jika terlalu penuh.
6.Corakkan permukaan apam tersebut.



7.Kukus di dalam pengukus dengan api yang sederhana selama
   5 minit. Tidak perlu balut penutup pengukus dengan kain/tuala.
8.Jika tidak boleh masak kesemuanya sekali, pastikan adunan
   dikacau balik atau gonyoh sikit piping  supaya liang udara 
   hilang dan apam tidak berongga.





Alahai dah jadi apam mekar pulak.
Ini hasilnya jika terlalu penuh.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...