Khamis, 5 Mei 2016

Dapurku D'Riyadh (168) - Fatoush Salad



Bismillahirrahmanirrahim

Fatoush Salad sedap  dimakan bersama nasi Arab atau dimakan begitu sahaja. Di restoran kedai Arab, ianya dijual secara berasingan yakni tidak termasuk di dalam set nasi Arab. Beza Fatoush Salad dengan salad biasa taburan roti Arab dan serbuk sumak. Roti Arab tersebut perlu dibakar terlebih dahulu dan ianya ranggup seperti keropok. 

Suka letak  keropok roti  banyak2.
Roti Arab yang dijual di Riyadh, memang murah. Ada yang saiznya  lebih besar dari sebuah pinggan. nasi. Berharga hanya 1 rial, sebanyak 6 keping memang berbaloi sangat. Kami jarang membeli roti Arab kerana ianya kerap kali tidak dapat dihabiskan. Setelah berkenalan dengan Fatoush Salad, masalah roti Arab yang berlebih dapat aku atasi dengan membakarnya menjadi keropok untuk dibuat Fatoush Salad atau dimakan begitu sahaja.

Fatoush Salad dari Amo Hamzah

Roti Arab dari Pandati berharga 1 rial sahaja


Resepi Fatoush Salad
Bahan2:
1 biji buah tomato *
2 biji timun tempatan (saiz kecil)*
1/2 biji pepper warna hijau*
1/2 biji pepper warna oren*
1/2 biji pepper warna kuning*
1/2 biji pepper warna merah*
1 biji bawang besar*
Bahan bertanda * dipotong dadu
1 biji cili hijau dihiris nipis
Beberapa keping Roman lettuce dihiris 
Daun pudina segar
Jus lemon
Minyak zaitun 
sedikit serbuk sumak
Sekeping roti Arab/tortilla
Garam
Sedikit serbuk paprika

Semua sayur dibasuh dahulu

Cara membuatnya:
1.Potong roti Arab mengikut saiz yang sesuai. Gaul bersama
   dengan serbuk paprika, garam dan minyak zaitun.


Bakar roti Arab
2.Bakar di oven pada suhu 180 C sehingga keperangan. Biar
   sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
3.Semua bahan yang dipotong atau dihiris termasuk daun pudina
   dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk besar dan digaul rata. 
   Boleh simpan di dalam  peti sejuk sehingga masa untuk dihidangkan.


Gaul semua

4.100g minyak zaitun dicampur dengan jus lemon (dressing), berapa banyak
   terpulang kepada individu. Tidak letak pun takpa.
5.Semasa hendak menghidangkan, barulah dituang  dressing dan
   ditabur roti Arab bersama sumak.



Siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...