Sabtu, 7 Mei 2016

Dapurku D'Riyadh (170) - Beef Steak


Bismillahirrahmanirrahim

Bila disebut Steak atau Lamb Chop, aku pasti terkenang keenakan hidangan Lamb Chop di Station 21 Bangsar. Gerai tersebut terletak di tingkat atas bangunan medan selera Bangsar, bersebelahan Bangsar Village dan tidak jauh dari Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq. Sejak makan di situ, sentiasa rasa teruja yang teramat sangat untuk menikmati daging kambing biri-biri yang lembut bersama sos lada hitamnya yang sedap. Biasanya hidangan Lamb Chop  sampai kepada pelanggan dalam keadaan panas dan berasap. Waah....bestnya, sukar dicari ganti. Dan harganya memang murah.

Ini aku yang buat tau..

Bila Saffura membuat permintaan untuk makan di Steak House sempena ulang tahun kelahirannya tahun lepas, aku terus bersetuju. Maklum sudah lama tidak menikmati hidangan tersebut. Steak House yang terletak di Abi Bakar As-siddiq Road berdepan dengan Jarir Bookstore sentiasa dikunjugi ramai. Pasti hidangan di situ sedap seperti yang diceritakan rakan sekelas Saffura , Rumaysa. Setiap kali ke Jarir Bookstore kami akan memerhati Steak House dan Piatto yang terletak bersebelahan. Suamiku terpaksa bersetuju apabila kami berdua beria-ia untuk ke sana. Namun kami ke Steak House yang terletak di Granada Mall untuk lebih selesa.


Saffura tidak pula memesan Steak sebaliknya memilih Ikan Salmon. Aku dan suamiku meneruskan hasrat untuk menikmati Steak. Harganya agak mahal bagi kami, di mana setiap hidangan yang kami pilih menghampiri SAR100. Suamiku mula membebel dengan harganya, namun tenang apabila kami menyatakan ianya hanya setahun sekali. Suasana di dalam kedai memang teramat selesa dan ada privasi. Aku melihat Steak yang dihidangkan di depan mata tanpa teruja kerana ianya tidak berasap seperti selalu. Aku juga tercari sos lada hitam. untuk dimakan bersama Steak yang begitu tebal. Rupanya hanya sos-sos didalam botol disediakan. Apa barang....sos dalam botol, aku mengumpat. Sekali lagi suamiku mengulangi rungutannya apabila steak yang dimakan tidak sesedap mana. Kasihan aku melihat Saffura terkebil-kebil menghabiskan sayur mayur yang dihidang bersama ikan salmon sedang dia memang anti kebanyakan sayur. Itulah kali pertama dan terakhir rasaanya kami ke situ. Pun begitu garlic bread yang dihidangkan memang sedap. Kini Steak House baru dibuka berhampiran dengan rumah kami di Al Yasamin....tidak berani untuk aku atau Saffura menyebutnya lagi.

Salmon


Aku pun belajar membuat steak di rumah memandangkan agak mudah untuk mendapatkan daging yang sesuai untuk dibuat steak di Riyadh. Istimewanya di mall, daging-daging dipotong bersesuaian dengan jenis masakan yang hendak disediakan. Selepas dua kali menyediakannya, aku semakin yakin apa lagi apabila semua bersetuju yang steak yang aku sediakan lebih sedap dari yang pernah kami makan di Steak House.Hihihi. Usahlah tertipu dengan jenama popular kerana ianya belum tentu sesuai dengan tekak kita.


Dari Steak House


Resepi Beef Steak
Bahan2
Kepingan daging yang sesuai untuk steak
1 biji bawang besar - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk  Parsley Flakes
1 sudu teh Chilli Flakes
1 susu teh garam
2 sudu besar  BBQ sauce
2 sudu besar mushroom sauce
Sedikit mentega

Cara Membuatnya:
1.Gaul semua bahan di atas. Lumurkan kepada daging.
   Masukkan ke dalam bekas dan tutup atau dalam
   plastik. Letakkan di dalam peti sejuk untuk diperap
   beberapa jam.(semalaman lagi bagus)


2.Pastikan frying pan betul-betul panas sebelum dimasukkan
   daging. Masukkan mentega atau minyak zaitun.Jangan
   lupa terbalikkan daging sesekali.

Sos lada hitam
Bahan2
Lebihan minyak selepas dimasak daging steak atau
selepas bakar ayam.
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam (ikut rasa sendiri)
1/2 cawan susu segar
Sos BBQ sos
Sos Mushroom
4-5 biji cendawan segar dihiris
Garam
Gula
Kicap
Air

Cara Membuatnya:
1.Panaskan frying pan yang ada minyak lebihan bakar
   daging.
2.Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga mesra
  dengan minyak.Masukkan air.Kacau supaya tidak
  berketul.
3.Masukkan semua bahan lain dan perisakan sehingga
   sesuai dengan selesa kita sama ada dari segi rasa atau
   kepekatannya.

Kentang Putar
Bahan2
3 biji kentang bersaiz besar dibelah  dimasak sehingga
lembut.
1-2sudu besar susu segar
1-2 sudu besar mentega.
Secubit garam jika perlu

Cara Membuatnya:
1.Buang kulit kentang yang sudah lembut. Lenyek sehingga
   hancur dan tidak berketul. Lakukan ketika masih panas.
2.Masukkan susu dan  mentega. Kacau sehingga sebati.


Coleslaw Mudah
1/4 biji kubis, basuh,bilas dan dipotong halus.
1/4 biji karot, hiris halus.
3-4 sudu mayonis
Sedikit gula

Gaul semuanya sehingga rata dan perisakan.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga mahu
dihidangkan.

Semua siap.




Jom makan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...