Bismillahirrahmanirrahim
Tazkirah Sempena Ramadan
Matlamat kita di bulan Ramadahn ialah hati harus mengharapkan Rahmah Allah dengan sebenar-benar pengharapan.Kita harus merasakan keinginan yang mendalam yakni merasakan kita lemah dan amat miskin akan rahmahNya.Ini kerana kita tidak akan mendapat Jannah (syurga) hanya dengan amal soleh, tetapi dengan rahmahNya.KIta mesti ikhlas kerana Allah dan ianya datang dari hati yang suci. Moga kita akan dapat apa yang diharapkan dari keikhlasan kita itu.Banyakkan berdoa terutama pada waktu malam di bulan Ramadan.Kita mesti merasakan yang kita dahagakan serta amat memerlukan rahmah Allah.
###############################
Nasi Mandi memang memang dikenali ramai dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Ianya juga menjadi pilihan jika kami makan di luar. Semalam kami makan di Restoran ALNADEG yang terletak di lebuh raya Riyadh - Madinah. Selalu juga nampak restoran yang sentiasa dikunjungi ramai ini tetapi tidak pula kami mencubanya walaupun sudah hampir tiga tahun tinggal di Riyadh. Ada sedikit kelainan menu yang dihidangkan di sini berbanding dengan restoran Arab lain yang pernah kami singgah seperti Lemona, Romansiah atau Cabrito.Di sini ada hidangan Tajine, sejenis masakan berkuah yang berasal dari Morocco.
Begitu sedap menikmati hidangan di restoran ini sehingga aku tertinggal cermin mata. Alhamdulillah apabila ke sana keesokannya, aku mendapat balik cermin mata milikku itu.
Restorannya besar. Untuk family kena masuk ikut tepi bangunan dan tempat makan di tingkat paling atas. |
Hidangan yang diminta..Tagine Kambing, Nasi Mandy Kuning(ada dua jenis, satu lagi putih) dan kebabnya yang lazat. Harga termasuk minuman dalam SR80. |
Tajine Kambing dimasak bersama labu.air. Memang sedap, boleh pergi lagi. |
Resepi ini adalah dari Chef Ammar yang tidak memerlukan sebarang rempah khas. Memang mudah untuk disediakan dan rasanya memang sedap. Yang paling penting dalam menyediakan Nasi Mandi ialah mengasapkannya dengan bara arang yang dicampur dengan minyak zaitun. Aroma yang terhasil memang menyedapkan rasa.
Resepi Nasi Mandi Kambing
Bahan2:
Untuk rebusan Kambing
1 kilo daging kambing
1 keping kulit kayu manis
2 biji limau kering
2 keping daun Bay
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Air secukupnya
2-3 sudu besar minyak zaitun
Kambing yang dibeli siap dipotong. |
Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak zaitun di dalam sebuah periuk.Masukkan
bawang dan goreng sehingga kekuningan.
2.Masukkkan kulit kayu manis, buah limau kering, daun Bay,
buah pelaga dan bunga cengkih.Kacau.
3.Masukkan daging kambing, kacau bersama rempah dan bawang
lebih kurang 5 minit.
4.Tambahkan air secukupnya.Masak sehingga daging lembut.
Perisakan dengan garam. Tapiskan daging dan masukkan
ke dalam sebuah periuk.
5.Panaskan seketul arang kecil sehingga berbara.Masukkan
ke dalam aluminium foil dan letakkan di dalam periuk yang
ada daging kambing tadi. Campurkan sedikit minyak zaitun
ke dalam aluminium foil yang ada bara arang tadi.(asap
tebal akan terhasil).Dengan cepat tutup periuk dengan penutupnya.
Untuk Nasi Mandi
Bahan2:
2 cawan beras Basmati (dibasuh dan direndam 30 minit)
2 sudu besar minyak Ghee atau mentega
4 biji cili hijau
1 biji bawang besar didadu
1-2 sudu besar kismis
Sedikit Saffron (direndam dengan sedikit air
sebaiknya semalaman)
1 sudu besar air mawar
2 1/2 cawan air rebusan kambing
Cara Memasaknya:
1.Panaskan 1 sudu minyak minyak Ghee di dalam sebuah periuk.
Masukkan bawang besar dan kacau.Masukkan beras dan
kacau sekejap.
2.Masukkan air rebusan kambing bersama limau kering dan daun
Bay.Perisakan dengan garam.
3.Masak sehingga nasi kering.Perlahankan api paling minima.
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi betul-betul masak.Setelah
nasi masak masukkan minyak Ghee atau mentega di atasnya.
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi betul-betul masak.Setelah
nasi masak masukkan minyak Ghee atau mentega di atasnya.
Boleh juga diasapkan nasi bersama daging kambing atau secara
berasingan.
berasingan.
Hidang bersama salatah, salad dan air rebusan kambing. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan