Jumaat, 24 Januari 2020

KOLEKSI ILMU - BENGKEL FOTOGRAFI MR STEFANO ROMANO


BismillahirRahmanirRahim


FOTOGRAFI MEMBAWA KITA LEBIH DEKAT KEPADA MANUSIA
SERENTANG JARAK 50 mm DARI DALAM, DARI DEKAT.
LIHATLAH DIRIMU DI DALAM MATA ORANG YANG ADA DI HADAPANMU.


Alhamdulillah kerana berpeluang menggali ilmu fotografi pada 26 Oktober 2019 bertempat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Sejujurnya aku tidak mengenali langsung Mr Stefano Remano ini, sifar! Suspen juga orang putih nak bagi ceramah namun aku gagahi juga kerana belum pernah aku belajar ilmu fotografi. Ambil gambar ikut rasa hati dan posisi. Huuh dahlah buat buku travelog....gambar masih ke laut. Yuran penyertaan pun agak berpatutan.

Sebaik sampai aku ditegur Puan Sri Diah Shaharuddin yang memang peramah dan dijemput untuk minum pagi. Tiada wajah yang aku kenali di situ, mereka begitu ramah berbual dengan Mr Stefano Romano. Seolah sudah lama kenal. Sebelum kelas bermula semua peserta membeli buku hasil karya Mr Stefano bertajuk SWEET LIGHTS Meraih Cahaya Melalui Fotografi.

Bengkel dimulai dengan sesi memperkenaalkan diri di mana peserta disoal pelbagai soalan oleh Mr Stefano. Terus terang aku menyatakan kerjaya aku yang terkini iaitu menulis buku lalu aku pun tunjuk buku pertamaku dengan rasa bangga. Mr Stefano terus ambil buku tersebut. Ianya dijadikan bahan untuk Mr Stefano mengajar. Ada pujian dan kritikan, aku tak kisah pun. Ianya baik untuk aku supaya agar memperbaiki  kualiti buku yang bakal dihasilkan kemudian hari.

Berminat boleh hubungi 0133645560

Mr Stefano memberi penerangan berkaitan kesalahan melalui contoh-contoh gambar yang dipamerkan. Kemudian cerita di sebalik gambar-gambar yang terdapat di dalam bukunya.

Antara peserta yang hadir pada sesi 1
Ramai yang terlibat dengan industri buku/ penulis  rupanya

Antara kesalahan foto - Doktor ini tidak memakai kot putihnya.

Meraikan bayi namun bayi tidak kelihatan

Gambar dan kisah tersirat di sebalik gambar yang ada di dalam buku Sweet Lights

Selepas sesi penerangan kami belajar mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar masing-masing.

Model wajah dalam bentuk potrait. Terima kasih Puan Raidah 
Set telefon masing-masing

Oooooo macam tu!

Gambar terbaik adalah menggunakan kamera

Sain buku di akhir bengkel

Serah buku kepada pembeli

Buat kenangan. Buku yang aku bawa dibeli Puan Siti Hawa (berdiri di belakang Mr Stefano)

 Antara panduan:
1.Ambil gambar yang lengkap. Tidak ada yang kaki hilang atau sebagainya.
2.Perlu izin jika kawasan yang melibatkan tugas rasmi, tidak perlu jika di kawasan awam.
3.Fokus kepada apa yang hendak diambil.
4.Tulisan pada gambar ikut apa yang ada pada gambar
5.Jangan sampai bahagian badan juru foto ada dalam foto yang diambil
6.Pada kamera telefon pintar ada grid, boleh digunakan buat panduan.
7.Rule of third
8.Gambar tidak semestinya hanya dari depan. Ikut apa yang mahu disampaikan.

Sesi latihan praktikal diteruskan selepas kelas. Mr Stafeno membantu kami melalui aplikasi WhatsApp. Antara gambar lain yang dikongsi.







Usai membaca bukunya Sweet Lights , aku agak terpesona bagaimana Mr Stefano menyatakan isi hati melalui gambar-gambar yang disertakan. Ianya sungguh bermakna. Betul seperti ungkapan di dalam bukunya:

             "Dengan kameranya seorang fotografer dapat 
                membawakan cahaya ke sudut-sudut gelap dunia, 
               untuk membahagiakan orang lain sebanyak-banyaknya."


Terima kasih Mr Stefano Romano yang kini berada di Roma, Itali.








Selasa, 21 Januari 2020

Rasa Dapur KakJee (321) - Agar-agar Santan Gula Merah


BismillahirRahmanirRahim




Alhamdullillah kini aku sudah yakin untuk membuat agar-agar santan. Kali ini aku menggunakan gula merah pula. Jadilah agar-agar santan gula merah. Hari pertama buat, berebut maklumlah cuaca yang panas sehingga ada yang minta dibuat lagi. Esoknya buat lagi pada sebelah petang, hai malamnya dah licin. Begitu  mudah disediakan, janji ikut sukatan.

Resepi Agar-agar Santan Gula Merah
Bahan2:
10 gram serbuk agar-agar tanpa warna
1 1/4  cawan gula merah
1 cawan santan pekat
1000 ml  atau 1 liter air
1 biji telur
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara Membuatnya:
1.Masak gula merah bersama 1- 2 cawan air dan daun pandan sehingga gula larut.Tapis.
2.Campur air gula merah bersama air supaya menjadi 1000 ml. Masak hingga mendidih.
3.Masukkan agar-agar serbuk dan kacau hingga larut dan mendidih.Kecilkan api.
4.Telur, garam dan santan dipukul hingga sebati dan di tapis.
5.Masukkan ke dalam adunan dan kacau terus sehingga adunan santan timbul dan berbintil
6.Tutup api dan biarkan sejuk sekejap.
7.Tuangkan ke dalam acuan/bekas yang sesuai.
8.Apabila sejuk dan keras masukkan ke dalam peti sejuk.
9.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.




Ahad, 12 Januari 2020

KOLEKSI ILMU - BENGKEL TULIS KISAH HIDUP SRI DIAH



BismillahirRahmanirRahim






Alhamdulillah tanpa diduga ada yang mendorong aku untuk hadir ke  Bicara Buku. Terima kasih buat sahabat Puan Shafinas yang telah menghantar pesanan perihal majlis yang bakal berlangsung pada 5 Oktober 2019. Awal pagi aku terus hadir di Auditorium yang terletak di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Putrajaya.

Puan Sri Diah Shaharuddin atau Puan Radhiah binti Shaharuddin, nama yang dikenali ramai dalam bidang penulisan dan penerbitan tanah air menjadi penceramah.





Antara pesanan Sri Diah yang boleh dikongsi untuk mereka yang berminat untuk menulis kisah hidup sendiri.

Tulislah kisah hidup buat tatapan anak-anak, cucu dan keluarga. Kisah hidup kita jangan disimpan ibarat dunia dalam poket. Ianya ada namun tidak dapat dilihat dan diguna. Biar kisah hidup kita menjadi kompas sebagai panduan generasi mendatang supaya ianya menjadi album yang dapat dibelek. Hanya buku dapat dikongsi segala kenangan dan dipeluk tatkala rindu mendatang.

Tulislah buku tentang ibu, ayah dan adik beradik tentang kisah mereka yang bagus. Jangan biar mereka sekadar mampu membaca buku tulisan orang lain.

Tujuan Tulis Kisah Hidup
Buat kenangan keluarga supaya kisah keturunan tidak terpadam dek masa.

Bagaimana
Terbit sendiri (swaterbit). Cetak 50 naskah sudah cukup untuk simpanan keluarga.

Langkah (tambah sendiri berdasarkan pengalaman)
1.Tulis manuskrip
2.Upah buat review - minta kawan baca dan komen supaya boleh tambah nilai
3.Upah editor untuk edit dari segi bahasa atau konten.
4.Upah designer untuk buat layout
5.Upah buat cover buku
6.Cari pencetak untuk cetak buku.
7.Mohon ISBNdaripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk dilindungi,didigital dan disimpan 
   ditempat selamat.
8.Selepas cetak hantar 5 buah buku kepada Perpustakaan Negara.

Langkah2 Menulis Kisah Hidup
1.Buat Banyak Folder
 -Tulis sahaja kisah kita di dalam mana-mana folder. Kisah boleh bermula di tengah, di hujung 
   atau di pangkal cerita.
- Terus menulis tidak kira bab yang keberapa
- Mula menulis tidak semestinya untuk Bab satu terlebih dahulu.

2.Susun Folder Mengikut Turutan Kisah Hidup
-Susun semula semua kisah mengikut kesesuaian cerita.Mungkin kisah orang tua didahulukan 
  diikuti kisah adik beradik.
-Mungkin kisah sendiri dahulu di susun awal, akhir bab mungkin kisah orang tua.
-Jika tidak puas hati , boleh rombak semula susunan bab.

3.Dalam masa yang sama boleh buat dua atau tiga buku lain menggunakan konsep ini.


Tips menulis novel.

Peta untuk mudahkan diri menulis novel

Antara novel Sri Diah yang meletop.

Disamping banyak ilmu yang dikongsikan, aku juga berpeluang bertemu dengan ramai sahabat baru yang terlibat dalam dunia penulisan. 

Gambar-gambar sepanjang majlis. Ada gambar diambil dari FB Puan Sri Diah.






Menteri Wilayah Persekutuan  YB Yuan Haji Khalid Bin Abd. Samad sempat hadir untuk menyampaikan sijil.








Gambar dengan sebahagian daripada peserta yang hadir.

Bertemu di sana..Insya-Allah.





Khamis, 9 Januari 2020

Rasa Dapur KakJee (320) - Brik Tunisia



BismillahirRahmanirRahim






Aku ingin berkongsi resepi yang telah lama disimpan semenjak pulang dari melawat Tunisia pada tahun 2017. Brik adalah makanan popular di Tunisia. Ianya dihidangkan sebagai pembuka untuk makan malam di rumah atau di hotel. Sedap dimakan ketika masih panas kerana terasa rangup. Lebih menyelerakan apabila diperahkan jus lemon di atasnya sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Sedap yakmat.

Disebabkan Tunisia kaya dengan ikan tuna, maka isi ikan tuna yang ditinkan menjadi pilihan untuk dibuat inti. Beberapa bahan lain dimasukkan bagi menyedapkan rasa seperti daun pasley. Tidak ketinggalan telur di mana semuanya digaulkan sekali.

Sukar untuk mendapatkan ikan tuna dalam tin yang aku yakini lalu aku menggunakan ini karipap sebagai ganti. Tidak ketinggalan kulit popia untuk membalutnya. Brik amat disukai oleh keluarga kami sebagai hidangan di waktu pagi. Jadi kulit popia dan inti karipap sentiasa ada di dalam peti sejuk, apabila tiada idea untuk menyediakan sarapan pagi, Brik menjadi pilihan. 

Selamat mencuba dan anda pasti suka.

Resepi Brik Tunisia
(untuk 4-5 keping)
Bahan2:
1/2 cawan Inti karipap
Daun bawang dihiris
Daun sup/sadri dihiris
Cili hidup merah dihiris
1/2 biji bawang Holland dipotong dadu
2 biji telur
4- 5 keping kulit popia saiz besar
Minyak zaitun/ masak
Garam

Cara Membuatnya:
1.Masukkan inti karipap, daun bawang, daun sup, bawang, cili, telur dan garam. Gaul rata.
2.Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali leper.





3.Ambil sekeping kulit popia, masukkan adunan tadi ke dalamnya.Lipatkan bahagian tepi dan
   lekatkan dengan menggunakan telur dari adunan. Jangan terlalu banyak isi takut bocor pulak.
   Akan jadi bentuk segitiga. 


4.Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sehingga kekuningan dan terbalikkan.




5.Masak sehingga kedua-dua belah menjadi keperangan. Angkat.
6.Jika terlalu berminyak boleh ditoskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Taraaaa...

Travelog Eropah - Denmark



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi
sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.

Dari Sweden kami ke Copenhagen dan bermalam selama satu malam di DanHostel. Copenhagen terasa meriah dengan ramai pelancong namun tidak terlalu padat. Basikal digunakan secara optimum untuk bergerak di sekitar bandar ini.


Menghampiri sempadan antara Sweden-Denmark
Selesa.

Peta di tengah kota.

Awal pagi, suasana sekitar Nyhavn sebum sibuk.

Kawasan rekreasi berhampiran Nyhavn.
Ramai yang berjemur dan melakukan pelbagai aktiviti sukan air.

Berkenalan dengan pelancong dari Nepal.

Tidak jauh dari Amelienborg Palace



Satu daripada empat bangunan istana yang sama bentuk dan saiz.



Terusan di tengah Old Town Copenhagen

Bekas istana yang kini dijadikan Bangunan Parlimen

Parkir basikal

Tu dia basikal!

Antara tarikan di Copenhagen.

Bangunan dan persekitaran yang cantik.

Singgah di Odense ternampak masjid namun pintunya tertutup rapat.

Meneruskan pejalanan  dan singgah di Bremen, Jerman untuk semalam. Sebelum meneruskan perjalanan ke Belanda.


#Travelog 30 hari Eropah.
#Travel, Tulis & Terbit.

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...