Selasa, 21 Januari 2020

Rasa Dapur KakJee (321) - Agar-agar Santan Gula Merah


BismillahirRahmanirRahim




Alhamdullillah kini aku sudah yakin untuk membuat agar-agar santan. Kali ini aku menggunakan gula merah pula. Jadilah agar-agar santan gula merah. Hari pertama buat, berebut maklumlah cuaca yang panas sehingga ada yang minta dibuat lagi. Esoknya buat lagi pada sebelah petang, hai malamnya dah licin. Begitu  mudah disediakan, janji ikut sukatan.

Resepi Agar-agar Santan Gula Merah
Bahan2:
10 gram serbuk agar-agar tanpa warna
1 1/4  cawan gula merah
1 cawan santan pekat
1000 ml  atau 1 liter air
1 biji telur
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara Membuatnya:
1.Masak gula merah bersama 1- 2 cawan air dan daun pandan sehingga gula larut.Tapis.
2.Campur air gula merah bersama air supaya menjadi 1000 ml. Masak hingga mendidih.
3.Masukkan agar-agar serbuk dan kacau hingga larut dan mendidih.Kecilkan api.
4.Telur, garam dan santan dipukul hingga sebati dan di tapis.
5.Masukkan ke dalam adunan dan kacau terus sehingga adunan santan timbul dan berbintil
6.Tutup api dan biarkan sejuk sekejap.
7.Tuangkan ke dalam acuan/bekas yang sesuai.
8.Apabila sejuk dan keras masukkan ke dalam peti sejuk.
9.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...