Khamis, 2 Januari 2020

Rasa Dapurku (319) - Kuih Kastard Jagung.


BismillahirRahmanirRahim





Alhamdulillah kerana kita diberi peluang  Allah SWT melihat terbitnya mentari 2020.

Terasa teringin pula untuk mencuba Kuih Kastard Jagung, selera orang berpuasa. Tepung kastard yang dibeli sudah lama tersimpan dalam almari. Kebetulan beberapa hari lepas aku membeli krim jagung di dalam tin, ingatkan nak buat apam balik.

Kuih kastard jagung ini pernah aku cuba buat beberapa kali namun selalunya terlalu lembut hingga sukar dipotong. Setelah puas melihat beberapa resepi kuih ini daripada pelbagai sumber, aku ubah sedikit. Namun resepi Rasa menjadi rujukan utama tapi aku menggunakan santan segar untuk mengantikan susu cair. Aku juga mengacau adunan sehingga agak pekat supaya kuihnya senang dipotong apabila sejuk nanti. Jadi tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Resepi Kuih Kastard Jagung
Bahan2:
300 g tepung kastard
1 tin santan segar yang sederhana pekat (guna tin jagung)
1 1/2 cawan gula pasir
6 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu mentega
1 tin jagung jenama Adabi

Cara Membuatnya:
1.Masukkan tepung kastard, santan, air, garam dan gula dalam periuk yang sesuai.Kacau sebati.
2.Masak atas api dan kacau sehingga ada gelembung udara (meletup-letup) dan berkilat.
3.Masukkan jagung dan mentega, kacau sehingga sebati dan tutup api.
4.Masukkan ke dalam acuan pilihan dan sejukkan.
5.Potong apabila betul-betul sejuk.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...