Ahad, 12 Januari 2020

KOLEKSI ILMU - BENGKEL TULIS KISAH HIDUP SRI DIAH



BismillahirRahmanirRahim






Alhamdulillah tanpa diduga ada yang mendorong aku untuk hadir ke  Bicara Buku. Terima kasih buat sahabat Puan Shafinas yang telah menghantar pesanan perihal majlis yang bakal berlangsung pada 5 Oktober 2019. Awal pagi aku terus hadir di Auditorium yang terletak di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Putrajaya.

Puan Sri Diah Shaharuddin atau Puan Radhiah binti Shaharuddin, nama yang dikenali ramai dalam bidang penulisan dan penerbitan tanah air menjadi penceramah.





Antara pesanan Sri Diah yang boleh dikongsi untuk mereka yang berminat untuk menulis kisah hidup sendiri.

Tulislah kisah hidup buat tatapan anak-anak, cucu dan keluarga. Kisah hidup kita jangan disimpan ibarat dunia dalam poket. Ianya ada namun tidak dapat dilihat dan diguna. Biar kisah hidup kita menjadi kompas sebagai panduan generasi mendatang supaya ianya menjadi album yang dapat dibelek. Hanya buku dapat dikongsi segala kenangan dan dipeluk tatkala rindu mendatang.

Tulislah buku tentang ibu, ayah dan adik beradik tentang kisah mereka yang bagus. Jangan biar mereka sekadar mampu membaca buku tulisan orang lain.

Tujuan Tulis Kisah Hidup
Buat kenangan keluarga supaya kisah keturunan tidak terpadam dek masa.

Bagaimana
Terbit sendiri (swaterbit). Cetak 50 naskah sudah cukup untuk simpanan keluarga.

Langkah (tambah sendiri berdasarkan pengalaman)
1.Tulis manuskrip
2.Upah buat review - minta kawan baca dan komen supaya boleh tambah nilai
3.Upah editor untuk edit dari segi bahasa atau konten.
4.Upah designer untuk buat layout
5.Upah buat cover buku
6.Cari pencetak untuk cetak buku.
7.Mohon ISBNdaripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk dilindungi,didigital dan disimpan 
   ditempat selamat.
8.Selepas cetak hantar 5 buah buku kepada Perpustakaan Negara.

Langkah2 Menulis Kisah Hidup
1.Buat Banyak Folder
 -Tulis sahaja kisah kita di dalam mana-mana folder. Kisah boleh bermula di tengah, di hujung 
   atau di pangkal cerita.
- Terus menulis tidak kira bab yang keberapa
- Mula menulis tidak semestinya untuk Bab satu terlebih dahulu.

2.Susun Folder Mengikut Turutan Kisah Hidup
-Susun semula semua kisah mengikut kesesuaian cerita.Mungkin kisah orang tua didahulukan 
  diikuti kisah adik beradik.
-Mungkin kisah sendiri dahulu di susun awal, akhir bab mungkin kisah orang tua.
-Jika tidak puas hati , boleh rombak semula susunan bab.

3.Dalam masa yang sama boleh buat dua atau tiga buku lain menggunakan konsep ini.


Tips menulis novel.

Peta untuk mudahkan diri menulis novel

Antara novel Sri Diah yang meletop.

Disamping banyak ilmu yang dikongsikan, aku juga berpeluang bertemu dengan ramai sahabat baru yang terlibat dalam dunia penulisan. 

Gambar-gambar sepanjang majlis. Ada gambar diambil dari FB Puan Sri Diah.






Menteri Wilayah Persekutuan  YB Yuan Haji Khalid Bin Abd. Samad sempat hadir untuk menyampaikan sijil.








Gambar dengan sebahagian daripada peserta yang hadir.

Bertemu di sana..Insya-Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...