Jumaat, 24 Januari 2020

KOLEKSI ILMU - BENGKEL FOTOGRAFI MR STEFANO ROMANO


BismillahirRahmanirRahim


FOTOGRAFI MEMBAWA KITA LEBIH DEKAT KEPADA MANUSIA
SERENTANG JARAK 50 mm DARI DALAM, DARI DEKAT.
LIHATLAH DIRIMU DI DALAM MATA ORANG YANG ADA DI HADAPANMU.


Alhamdulillah kerana berpeluang menggali ilmu fotografi pada 26 Oktober 2019 bertempat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Sejujurnya aku tidak mengenali langsung Mr Stefano Remano ini, sifar! Suspen juga orang putih nak bagi ceramah namun aku gagahi juga kerana belum pernah aku belajar ilmu fotografi. Ambil gambar ikut rasa hati dan posisi. Huuh dahlah buat buku travelog....gambar masih ke laut. Yuran penyertaan pun agak berpatutan.

Sebaik sampai aku ditegur Puan Sri Diah Shaharuddin yang memang peramah dan dijemput untuk minum pagi. Tiada wajah yang aku kenali di situ, mereka begitu ramah berbual dengan Mr Stefano Romano. Seolah sudah lama kenal. Sebelum kelas bermula semua peserta membeli buku hasil karya Mr Stefano bertajuk SWEET LIGHTS Meraih Cahaya Melalui Fotografi.

Bengkel dimulai dengan sesi memperkenaalkan diri di mana peserta disoal pelbagai soalan oleh Mr Stefano. Terus terang aku menyatakan kerjaya aku yang terkini iaitu menulis buku lalu aku pun tunjuk buku pertamaku dengan rasa bangga. Mr Stefano terus ambil buku tersebut. Ianya dijadikan bahan untuk Mr Stefano mengajar. Ada pujian dan kritikan, aku tak kisah pun. Ianya baik untuk aku supaya agar memperbaiki  kualiti buku yang bakal dihasilkan kemudian hari.

Berminat boleh hubungi 0133645560

Mr Stefano memberi penerangan berkaitan kesalahan melalui contoh-contoh gambar yang dipamerkan. Kemudian cerita di sebalik gambar-gambar yang terdapat di dalam bukunya.

Antara peserta yang hadir pada sesi 1
Ramai yang terlibat dengan industri buku/ penulis  rupanya

Antara kesalahan foto - Doktor ini tidak memakai kot putihnya.

Meraikan bayi namun bayi tidak kelihatan

Gambar dan kisah tersirat di sebalik gambar yang ada di dalam buku Sweet Lights

Selepas sesi penerangan kami belajar mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar masing-masing.

Model wajah dalam bentuk potrait. Terima kasih Puan Raidah 
Set telefon masing-masing

Oooooo macam tu!

Gambar terbaik adalah menggunakan kamera

Sain buku di akhir bengkel

Serah buku kepada pembeli

Buat kenangan. Buku yang aku bawa dibeli Puan Siti Hawa (berdiri di belakang Mr Stefano)

 Antara panduan:
1.Ambil gambar yang lengkap. Tidak ada yang kaki hilang atau sebagainya.
2.Perlu izin jika kawasan yang melibatkan tugas rasmi, tidak perlu jika di kawasan awam.
3.Fokus kepada apa yang hendak diambil.
4.Tulisan pada gambar ikut apa yang ada pada gambar
5.Jangan sampai bahagian badan juru foto ada dalam foto yang diambil
6.Pada kamera telefon pintar ada grid, boleh digunakan buat panduan.
7.Rule of third
8.Gambar tidak semestinya hanya dari depan. Ikut apa yang mahu disampaikan.

Sesi latihan praktikal diteruskan selepas kelas. Mr Stafeno membantu kami melalui aplikasi WhatsApp. Antara gambar lain yang dikongsi.







Usai membaca bukunya Sweet Lights , aku agak terpesona bagaimana Mr Stefano menyatakan isi hati melalui gambar-gambar yang disertakan. Ianya sungguh bermakna. Betul seperti ungkapan di dalam bukunya:

             "Dengan kameranya seorang fotografer dapat 
                membawakan cahaya ke sudut-sudut gelap dunia, 
               untuk membahagiakan orang lain sebanyak-banyaknya."


Terima kasih Mr Stefano Romano yang kini berada di Roma, Itali.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...