Selasa, 28 Ogos 2018

Rasa Dapurku (283) - Tart Coklat


BismillahirRahmanirRahim





Kulit tart sudah aku sediakan selepas pulang dari bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Namun masa begitu terhad untuk aku mencuba resepi ini. Akhirnya dapat juga aku sediakan sempena Hari Raya Aidil Adha. Kulit tart yang disediakan melebihi sebulan lamanya itu masih rangup dan sedap di dalam bekas kedap udara.

Untuk menyediakan kulit tart aku menggunakan saiz acuan yang lebih kecil. Kaedahnya sama seperti aku menyediakan Blueberry cheese tart yang turut dimuatkan di dalam blog ini.

Resepi Tart Coklat

Shell/Kulit Tart
Bahan2
170 gram mentega
50 gram gula icing
1 biji telur gred C
290 gram tepung gandum (anggaran)
1 sudu kecil esen vanila
Acuan tart yang paling kecil

Isi tart
Beryl's compound  chocolate
Badam yang dibakar/ hiasan


Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega dan gula menggunakan senduk kayu sehingga agak sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  (Jangan terlebih tepung)
4.Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk semalaman
   untuk mendapat doh yang baik.
5.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.
6.Cucuk dengan garpu sebelum dibakar.
7.Bakar pada suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga masak (perang).Simpan
   di dalam bekas kedap udara selepas betul-betul sejuk.
8.Cairkan coklat dan isikan di dalam kulit tart dan hiaskan.Biarkan sehingga coklat
   menjadi keras. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan sebaik sahaja
   coklat keras.



Proses mengisi coklat di dalam kulit tart.

Rasa Dapurku (282) - Ayam Masak Kantan


BismillahirRahmanirRahim

Hidangan Hari Raya Aidil Adha

Resepi ini adalah pemberian sahabat mengaji Al Quran, Kak Sal. Ianya dihidangkan ketika kami beraya di rumahnya sempena Hari Raya Aidil Fitri yang lepas. Ianya sedap dimakan dengan ketupat dan mudah disediakan.Kelainan resepi ini ialah ianya menggunakan bunga kantan dan asam keping sebagai rempah ratusnya. Rasa masam dan harum bunga kantan memang menyelerakan.
Hasil tangan Otai...Kak Sal.
Aku mengambil keputusan untuk menyediakan Ayam Masak Kantan bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di kampungku. Ianya tidak menggunakan santan atau kerisik jadi dapatlah dikurangkan penggunaan santan. Cukuplah kari daging dan ketupat daun palas yang disediakan dengan bersantan-santan.

Resepi Ayam Masak Kantan.
Bahan2
1 ekor ayam
10 biji bawang merah*
20 tangkai cili kering*
3 ulas bawang putih*
2 kuntum Bunga Kantan*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1 inci belacan * (tak letak)
3 keping asam keping*
bahan-bahan * dikisar halus
1/2 mangkuk minyak untuk menumis
1 sudu cili sos
1 sudu kicap manis
1 mangkuk asam jawa 

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang dikisar.Kacau
   sehingga naik minyak/bau.
2.Masukkan ayam dan biarkan sehingga mesra. Masukkan air asam jawa, cili sos,
   garam dan kicap. 
3.Masak sehingga kering menggunakan api perlahan.





Aku suka berkuah.

Ahad, 12 Ogos 2018

Travelog Tunisia (2) - Sidi Bou Said




Sidi Bou Said sempena nama seorang ulama pada zaman Andalusia, Abaou Said Ibnu Khalef Ibnu Yahia Ettamini el Bagi. Kawasan yang pernah menjadi tempat tinggal golongan bangsawan itu agak unik dengan tema warna putih dan biru. Seolah Pulau Santorini di negara Greece.



Putih dan Biru


Laluan ke Sidi Bou Said



Banyaknye nak beli...


Di pertengahan jalan, singgah di kawasan popular untuk bergambar

Antara cafe yang menjadi  pilihan namun agak mahal

Tiba di penghujung kawasan...rehat sebentar sambil melihat laut nan membiru.

Tak berani turun di tepi tebing yang curam. Lepas ini kita singgah di marina yang kat bawah tu.

Sidi Bou Said kelihatan di atas bukit
Penuh dengan bot mewah...entah milik siapa







zias/Tunisia/18

Jumaat, 10 Ogos 2018

Rasa Dapurku (281) - Kuah Durian



BismillahirRahmanirRahim





Musim durian hampir berlalu, rakyat seluruh negara dapat menikmati kelazatan pelbagai jenis dan nama durian dengan harga yang berpatutan. Memang menjadi sungguh musim durian kali ini.

Alhamdulillah ada kesempatan untuk balik ke kampung, walau sekejap namun berbaloi. Kebetulan masih ada durian segar , memang rezeki. Selebihnya adalah durian yang emak frozenkan buat kami yang jauh.

Apa pun jenama durian yang dibeli pasti tidak boleh mengalahkan sedapnya buah durian dari kebun sendiri. Rasa buah durian kampung yang sudah puluhan tahun usianya bahkan ada yang seusia dengan aku. Pastinya lebih sedap. Hasil tanaman yang diusahakan oleh emak dan ayah. Semoga Almarhum ayah dan Almarhumah emak mendapat pahala yang berterusan.Amiin.

Teringin pula untuk merasa kuah durian yang memang enak dimakan bersama pulut atau roti. Namun aku mahu mencuba selera baru dengan roti jala pula. Sebenarnya aku lebih suka makan kuah durian begitu sahaja.Sedapnya...

Resepi Kuah Durian
Bahan2:
2 cawan santan sederhana pekat
10 ulas buah durian
1 sudu besar gula (pilihan)
Sedikit garam
Sehelai daun pandan.

Cara membuatnya:
1.Masukkan semua bahan di atas dan masak sambil dikacau.
2.Masak sehingga kuah menjadi pekat. Padam api.


Siap.
Resepi Roti Jala Hijau
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cawan susu segar/santan
Air daun pandan secukupnya
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya;
1.Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam
   blender. Kisar sehingga semuanya bercampur sekata.
2.Tapis adunan tepung yang dihasilkan.
3.Panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak dan ratakan.
4.Masukkan adunan tepung ke dalam acuan dan jalakan.
   (guna api sederhana)



Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...