BismillahirRahmanirRahim
Hidangan Hari Raya Aidil Adha |
Resepi ini adalah pemberian sahabat mengaji Al Quran, Kak Sal. Ianya dihidangkan ketika kami beraya di rumahnya sempena Hari Raya Aidil Fitri yang lepas. Ianya sedap dimakan dengan ketupat dan mudah disediakan.Kelainan resepi ini ialah ianya menggunakan bunga kantan dan asam keping sebagai rempah ratusnya. Rasa masam dan harum bunga kantan memang menyelerakan.
Hasil tangan Otai...Kak Sal. |
Aku mengambil keputusan untuk menyediakan Ayam Masak Kantan bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di kampungku. Ianya tidak menggunakan santan atau kerisik jadi dapatlah dikurangkan penggunaan santan. Cukuplah kari daging dan ketupat daun palas yang disediakan dengan bersantan-santan.
Resepi Ayam Masak Kantan.
Bahan2
1 ekor ayam
10 biji bawang merah*
20 tangkai cili kering*
3 ulas bawang putih*
2 kuntum Bunga Kantan*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1 inci belacan * (tak letak)
3 keping asam keping*
bahan-bahan * dikisar halus
1/2 mangkuk minyak untuk menumis
1 sudu cili sos
1 sudu kicap manis
1 mangkuk asam jawa
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang dikisar.Kacau
sehingga naik minyak/bau.
2.Masukkan ayam dan biarkan sehingga mesra. Masukkan air asam jawa, cili sos,
garam dan kicap.
3.Masak sehingga kering menggunakan api perlahan.
Aku suka berkuah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan