BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah, dapat bertemu lagi di penghujung bulan Ogos. Sekejap sungguh masa berlalu, sedar tak sedar sudah lama saya tidak menyampaikan khabar.
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.
31 Ogos bukan sekadar tarikh dalam kalendar. Ia mengingatkan kita tentang perjuangan, pengorbanan dan nikmat sebuah negara yang merdeka. Berbeza bangsa, agama dan budaya, kita tetap berkongsi satu tanah air, Malaysia.
Semoga Malaysia terus aman, bersatu padu, makmur dan dihormati, dan semoga kita sentiasa menghargai kemerdekaan yang diwarisi.
Sebagai penulis buku travelog, sudah banyak bumi yang dijejaki. Dari lorong-lorong kota tua di Eropah, masjid-masjid indah di Timur Tengah dan Asia Tengah, hingga ke hamparan alam di kutub utara dunia.
Setiap perjalanan mengajar satu perkara, dunia ini luas, manusia berbeza bahasa dan budaya tetapi setiap bangsa punya sebuah tempat yang dipanggil tanah air. Bagi saya, sejauh mana kaki melangkah, sejauh mana mata menikmati keindahan bumi orang, tetap ada rasa yang sukar diterjemahkan apabila kembali melihat jalur gemilang berkibar.
Sejauh mana kaki melangkah, hati tetap tahu di mana tempat untuk pulang!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sempena bulan Merdeka, saya tawarkan harga istimewa bagi pembelian buku travelog Fauziah Abdul Hamid secara kombo. Diskaun harga yang menarik dengan hadiah percuma.
Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.
Boleh WhatsApp 0133645560 untuk pembelian.
![]() |
| Kombo 2 negara stan. Harga tidak termasuk kos penghantaran. |
![]() |
| Kombo 12 negara Eropah. Harga tidak termasuk kos penghantaran, |


