Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Resepi Ais Krim

Dapurku D'Riyadh(174) - Ais Krim Citrawarna Malaysia

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Tambah kapsyen Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia diuji dengan cuaca yang panas. Luar biasa sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan rakyat. Ramai pula yang berkongsi gambar ais krim buatan Malaysia yang pelbagai rasa dan warna. Bentuknya pastilah hampir sama kerana menggunakan plastik yang sama jenis dan saiznya. Terliur juga aku menengoknya. Kebetulan sahabatku, Pn Hjh Wan Hamidah mahu pulang bercuti ke Malaysia pada bulan Mac lepas. Dengan perasaan malu tetapi mahu, aku pun tebalkan muka meminta jasa baik Kak Wan untuk belikan aku sebungkus plastik untuk membuat ais krim. Rupanya permintaan bagi plastik ais krim begitu tinggi di Malaysia dan sukar untuk dibeli di kedai biasa. Puas Kak Wan dan anak bongsunya mencari kedai yang ada menjualnya. Rasa bersalah pula. Apa pun dapat juga sebungkus plastik ais krim buat bekalan, harap-harap dapat bertahan sehingga bulan Julai. Banyak jenama ais krim di Riyadh ini  memang banyak...