Selasa, 15 Ogos 2023

Visit My Malaysia - Langkawi (2)


 BismillahirRahmanirRahim

"Kita pi Dataran Lang ma, tu landmark kat sini. Wajib." Saffura beri pendapat. Saya pun dah beri arahan untuk dia listkan kemana nak pergi sepanjang berada di Langkawi.

"Okey, jom."

Alhamdulillah tak hujan jadi dapatlah kami bergambar dengan tenang. Pengunjung pun tak berapa ramai, kebanyakannya warga asing.

Tempat ni bersebelahan dengan Jeti Feri di Kuah. Pemandangan laut dan taburan bot serta feri menarik perhatian walaupun suasana semakin gelap.


Empat beradik.
KakCik - Azizah
Kak Milah (Jamilah)
Kak Aishah (sulung)


Amin Fitri
Ramai juga orang ni.

Antara aktiviti yang dilihat.

Sebelum masuk waktu solat Maghrib aku mengajak ahli rombongan beredar.

"Kita pi kedai Haji  Ismail pula. Niat jamak takhir , balik hotel nanti kita solat." Saya berkata sambil membetulkan tempat duduk pemandu.

"Kat mana kedai tu." Tanya saya kepada Saffura.

"Kedai tu tutup pukul 7:00 la ma. Sekarang dah pukul 6:50 dah, tak sempat." Beritahu Saffura sambil melihat hp.

"Kita pi Pantai Cenang, kat sana ada macam-macam, esok kita pi kedai Haji Ismail." Kak Aishah memberi cadangan.

Pantai Cenang popular di Langkawi. Berhampiran pantai ada laluan kenderaan dan sepanjang laluan tersebut dipenuhi dengan bangunan kedai, hotel dan mall.

Keadaan sudah gelap dan hujan mulai turun sewaktu kami sampai. Ada ruang parkir di hadapan kedai namun kebanyakannya sudah dipenuhi dengan kereta.

Tiada pilihan, saya memarkir kereta di kawasan parkir kereta berbayar. RM10.00 sekali masuk.

Kami meredah hujan tanpa payung atau baju hujan. Nak beli payung pun tak berbaloi, nak bawa balik pula. Kat rumah pun dah banyak payung.

Nak takut apa dengan hujan kan.

Hujan
Deretan kereta.

Deretan kedai kebanyakannya tidak berbumbung. Kami berjalan dengan cepat dan masuk ke kedai. Kedai pertama yang kami singgah ialah kedai coklat.

Terpegun juga saya melihat pelbagai jenama coklat yang dijual, terutamanya yang diimport.

"Murahnya." Saya bermonolog sendirian. Yang lain pun sibuk dengan urusan masing-masing.

Terkenang jenama-jenama yang sama sewaktu kami travel di Eropah 4 tahun lepas.Coklat Belgian dan Godiva di Brussels, Lindt di Switzerland dan Austria serta Ritter Sport di Jerman

Waktu tu nak beli pun perlu fikir panjang sebab mahal tapi nak rasa, beli la juga.

Lepas ni jangan dok kalut beli coklat sewaktu di luar negara, mai beli kat Langkawi. 

Saya hanya beli dark coklat, yang lain tu manis sangat.

Godiva tu memang mahal giler. Yang sedap tu Lindt.
Tumpuan
Shopping sakan aih.


"Kami nak beli coklat kat Haji Ismail, di sana ada macam-macam, gajus, badam." Kata Kak Milah.

"Esok kita pi sana pulak." Jawab saya.

Lepas tu kami masuk ke kedai peralatan dapur. Saya dah tak keruan melihat pelbagai barang yang menjadi target untuk dibeli.

Mestilah nak beli produk Corelle tapi nak bawa macam mana. Cukuplah dengan membeli 2 mangkuk buat tambahan pinggan mangkuk sedia ada.

Set Correle di rumah masih elok, saya beli sewaktu di USA. Kami dibawa ke outlet yang terletak di Virginia.

Yang tu memang murah giler.

Mahal juga.
Bereknan betul
Bayar-bayar.

Kami masuk lagi ke mall yang menjual pelbagai barang, semua ada. Shopping lagi la. Aduhai coklat, banyaknya. Sempat saya rembat produk thermos.

Saffura dan Fatihah meminta izin untuk membeli pakaian. Kami berlima berjalan kaki ke pantai, alhamdulillah hujan dah berhenti.

Bergaya je Kakcik ni.
Pantai Chenang waktu malam.

"Masa kami mai sini dulu, meriah pantai ni. Macam-macam ada. Pertunjukan api, makan pun sedap." Kak Milah beritahu kepada kami.

"Hotel tempat kami duduk pun tak jauh dari sini, boleh nampak pantai." Terang Kak Aishah pula.

"Kakcik mai sini dengan kawan, dua orang saja. Kami sewa motor, pusing-pusing kat sini." Kakcik pula menceritakan pengalamannya.

Kami tiba di pantai yang agak sunyi dan agak gelap. Pengunjung mula menghampiri pantai setelah hujan berhenti. Kami singgah sekejap sahaja kerana dah rasa letih. Saya baru tahu ada kawasan parkir awam yang luas kat situ.

"Esok pagi kita mai sini." Ujar saya dalam perjalanan balik. 

Lebih kurang jam 9:30 malam kami tiba di hotel. Saya dah letih dan mahu berehat setelah lama memandu. Sedangkan kakak-kakak berkumpul di ruang lobi dan berurut dengan mesin urut.

Selepas tu, semua mereka  berkumpulan di bilik saya untuk berbual. Maklumlah bukan senang nak berkumpul macam tu.

"Nak sambung satu malam lagi ke?"Saya tanya semua yang ada, tak puas pula duduk satu malam.

"Abang hang kata esok kena balik awai sebab laut bergelora, bahaya!" Kakcik bersuara.

"Kami ada meeting esok malam, lagi pun kesian pulak kat abang yang tinggal sorang kat rumah." Kata Kak Aishah pula.

"Macam tu kena balik ikut masa tiket la, harap-harap sempat makan mi udang dan ketam." Jawab saya dengan rasa suspen, jika laut bergelora.

"Semua pi tidoq, esok pukul 7:00 kita gerak, sarapan." Arah saya yang dah tak tahan mengantuk.

Sebelum melelapkan mata, saya melihat peta Pulau Langkawi yang diberi syarikat kereta. 

Esok nak pi pantai.

Bersambung...

Visit My Malaysia - Langkawi (1)

BismillahirRahmanirRahim


19 Julai 2023 (Rabu)


Jam 8:00 pagi kami dah menaiki grab untuk  ke Stesen Keretapi  Bukit Mertajam.

Biar awai, tak kalut.

Terus ambil tiket komuter ke Alor Setar pukul 8:40 pagi. Tiket berharga RM6.40 untuk dewasa, separuh harga untuk wargamas dan OKU.

Untung juga bawa wargamas berjalan ni, dapat separuh harga...hihi.

Suasana dalam komuter lebih kurang MRT, selesa. Namun penumpangnya agak peramah dan saling tegur menegur. Rombongan kami yang ramai menguasai suasana.

"Nak pi mana ramai-ramai ni?" Tegur salah seorang penumpang yang duduk sebaris dengan saya. Dia ditemani cucunya.

"Langkawi." Jawabku sambil senyum.

"Beg besaq ni, macam  ringan  je.  Nampak macam meloncat, mesti kosong." Dia meneka.

"Pandai teka, betoi. Ni beg spare untuk beli barang nanti." Tak sangka pula saya, ada yang perasan.

1 jam tempoh perjalanan tak terasa lama kerana ada sahaja isu yang nak dibualkan.

Coach komuter ini kami yang punya.

Sembang apa tu, Kakcik dan Kak Milah.

Tu dia beg.

Abang Mat dan anak menakan Cikgu Mohd Ameer  menjemput kami dengan dua kenderaan untuk ke rumahnya di Kuala Kedah.

Sebaik sampai, kami dijamu dengan buah nangka dan durian. Kak Milah dan Kak Aishah membantu Kak Yang untuk menyediakan makan tengahari.

"Ni duit shopping Pak Jang bagi." Kak Aishah menghulurkan beberapa keping wang kertas RM50 kepada setiap ahli rombongan kecuali saya.

Semua yang menerimanya tersengih sampai ke telinga. 

Alhamdulillah ada abang yang begitu pemurah dan sentiasa ambil berat akan hal kami adik beradik. Terima kasih abang.

Terima kasih juga Cikgu Mohd Ameer  yang meluangkan masa menjemput kami di KTM.

'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang
kamu dustakan'

Lebih kurang jam 12:45 kami dihantar pula ke Jeti Feri Kuala Kedah untuk belayar jam 1:00 tengahari. 

Kami terus menaiki feri yang sudah sedia menanti.

"Waah besar juga feri ni." Saya merasa lega melihatnya sambil mengambil gambar untuk dihantar kepada En. Suami.

Setelah semua  ahli rombongan duduk di tempat masing-masing, saya meninjau situasi dalam feri. Ada 3 tingkat semuanya, namun tiada ruang untuk kita melihat persekitaran sewaktu pelayaran.

Yang tak best tu, hanya satu kerusi sahaja untuk ahli rombongan kami duduk di tepi tingkap. Keutamaan diberi kepada Fitri. 

Sedikit kecewa kerana tak boleh nak ambil gambar nanti.

Kat Jeti Kuala Kedah.

Jom naik feri

Feri besar, 3 tingkat.

Dalam feri.

Fitri, Kak Aishah dan Kak Milah.

Cuaca tidak begitu baik, tiada hujan namun pukulan ombak agak kasar dan terasa juga goncangannya. Masing2  hanya  mampu berdoa agar selamat  sampai. 

Ada yang  takut termuntah, dahlah plastik tak bawa. Ubat tahan muntah pun tak makan. Seronok sangat sampai tak ingat.

Pun begitu sempat pula saya melelapkan mata dengan agak nyeyak juga. Hanya pemandangan lautan di sekeliling kami serta ombak yang memukul badan  feri.

Kelihatan deretan pulau-pulau pelbagai saiz menandakan kami semakin hampir dengan destinasi. Mendung kelabu menghiasi langit dengan titik-titik hujan gerimis, menghampiri Jeti Kuah.

Sebaik turun dari feri, saya menghubungi ejen kereta yang bernama En Khairul. Saya diminta olehnya menunggu di Restoran Hamid.

Sepanjang laluan kami disapa dengan ejen-ejen kereta sewa untuk menawarkan khidmat mereka. Saya sekadar gelengkan kepala sambil mencari di mana restoran tersebut.

Sebaik sampai, En Khairul mendekati kami dan saya memperkenalkan diri.

"Macamana harga? Bagi RM100 dah la." Saya bertanya, dengan pantas Kak Aishah turut berkata harga yang sama. Sebelum ni RM120.00.

"Okey, takpa saya bagi RM90.00 naa. Sehari je kan?" Balas En. Khairul. 

"Puan boleh hantar bila-bila masa saja esok."Sambungnya lagi.

"Alhamdulillah, terima kasih." Cepat-cepat Kak Aishah menyampuk.

"Esok feri kami pukul 1:00." Respon saya.

Kami dibawa ke kereta yang sudah sedia menanti. Semua ahli rombongan dah tak sabar nak menjelajah Langkawi.

"Puan bubuh minyak dulu, takut tak cukup minyak  nak ke hotel di Pantai Cenang." Pesan En Khairul sambil menyerahkan kunci kereta dan peta Pulau Langkawi.

Kebiasaannya jika di luar negara, minyak kereta diisi penuh. Penyewa akan memulangkan kereta dengan mengisi minyak yang penuh juga.

Saffura menjadi co-pilot untuk membantu saya memandu ke hotel yang memakan masa 45 minit untuk sampai.

Terasa lama juga untuk ke Pantai Cenang. Melalui kawasan yang masih dipenuhi hutan yang menyegarkan. Sesekali pemandangan laut yang membiru kelihatan dari kejauhan.

"Kita solat jamak qasar Zohor dan Asar kemudian kita pi makan." Pesanku kepada ahli rombongan sebaik selesai urusan di kaunter.

Alhamdulillah, RM300.00 untuk duit hotel juga diberi oleh Abang Mat. Semoga murah rezekimu abangku.

Sri Embun Resort ni kelihatan masih baru jadi suasana biliknya begitu selesa. Dilengkapi kemudahan seperti hotel 3 bintang.

Gambar sewaktu dah check out kat hotel.

Satu bilik muat 4 orang.

Dengan Google saya dan Saffura mencari tempat yang sesuai untuk makan. Akhirnya kami memilih untuk ke Restoran Singgah Selalu KakTon sebab ada Pasembor.

Kami melalui kawasan kampung dan sawah padi. Sebaik duduk, hujan turun dengan lebatnya. Masing-masing memesan apa yang diingini. 

Saya meminta dua pinggan pasembor untuk dihidangkan terlebih dahulu kerana dah lapar.

Ada yang pesan mihun sup, mi rebus, tomyam, nasi goreng, mi goreng basah dan kuetiau kungfu.

Semuanya berharga RM75.00 termasuk minuman.

Pasembor Langkawi.

Mi Rebus

Kereta sewa kami.

Usai makan, hujan pun berhenti.

Ke mana kita lepas ni?

Bersambung...


































































 

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...