Selasa, 15 Ogos 2023

Visit My Malaysia - Langkawi (2)


 BismillahirRahmanirRahim

"Kita pi Dataran Lang ma, tu landmark kat sini. Wajib." Saffura beri pendapat. Saya pun dah beri arahan untuk dia listkan kemana nak pergi sepanjang berada di Langkawi.

"Okey, jom."

Alhamdulillah tak hujan jadi dapatlah kami bergambar dengan tenang. Pengunjung pun tak berapa ramai, kebanyakannya warga asing.

Tempat ni bersebelahan dengan Jeti Feri di Kuah. Pemandangan laut dan taburan bot serta feri menarik perhatian walaupun suasana semakin gelap.


Empat beradik.
KakCik - Azizah
Kak Milah (Jamilah)
Kak Aishah (sulung)


Amin Fitri
Ramai juga orang ni.

Antara aktiviti yang dilihat.

Sebelum masuk waktu solat Maghrib aku mengajak ahli rombongan beredar.

"Kita pi kedai Haji  Ismail pula. Niat jamak takhir , balik hotel nanti kita solat." Saya berkata sambil membetulkan tempat duduk pemandu.

"Kat mana kedai tu." Tanya saya kepada Saffura.

"Kedai tu tutup pukul 7:00 la ma. Sekarang dah pukul 6:50 dah, tak sempat." Beritahu Saffura sambil melihat hp.

"Kita pi Pantai Cenang, kat sana ada macam-macam, esok kita pi kedai Haji Ismail." Kak Aishah memberi cadangan.

Pantai Cenang popular di Langkawi. Berhampiran pantai ada laluan kenderaan dan sepanjang laluan tersebut dipenuhi dengan bangunan kedai, hotel dan mall.

Keadaan sudah gelap dan hujan mulai turun sewaktu kami sampai. Ada ruang parkir di hadapan kedai namun kebanyakannya sudah dipenuhi dengan kereta.

Tiada pilihan, saya memarkir kereta di kawasan parkir kereta berbayar. RM10.00 sekali masuk.

Kami meredah hujan tanpa payung atau baju hujan. Nak beli payung pun tak berbaloi, nak bawa balik pula. Kat rumah pun dah banyak payung.

Nak takut apa dengan hujan kan.

Hujan
Deretan kereta.

Deretan kedai kebanyakannya tidak berbumbung. Kami berjalan dengan cepat dan masuk ke kedai. Kedai pertama yang kami singgah ialah kedai coklat.

Terpegun juga saya melihat pelbagai jenama coklat yang dijual, terutamanya yang diimport.

"Murahnya." Saya bermonolog sendirian. Yang lain pun sibuk dengan urusan masing-masing.

Terkenang jenama-jenama yang sama sewaktu kami travel di Eropah 4 tahun lepas.Coklat Belgian dan Godiva di Brussels, Lindt di Switzerland dan Austria serta Ritter Sport di Jerman

Waktu tu nak beli pun perlu fikir panjang sebab mahal tapi nak rasa, beli la juga.

Lepas ni jangan dok kalut beli coklat sewaktu di luar negara, mai beli kat Langkawi. 

Saya hanya beli dark coklat, yang lain tu manis sangat.

Godiva tu memang mahal giler. Yang sedap tu Lindt.
Tumpuan
Shopping sakan aih.


"Kami nak beli coklat kat Haji Ismail, di sana ada macam-macam, gajus, badam." Kata Kak Milah.

"Esok kita pi sana pulak." Jawab saya.

Lepas tu kami masuk ke kedai peralatan dapur. Saya dah tak keruan melihat pelbagai barang yang menjadi target untuk dibeli.

Mestilah nak beli produk Corelle tapi nak bawa macam mana. Cukuplah dengan membeli 2 mangkuk buat tambahan pinggan mangkuk sedia ada.

Set Correle di rumah masih elok, saya beli sewaktu di USA. Kami dibawa ke outlet yang terletak di Virginia.

Yang tu memang murah giler.

Mahal juga.
Bereknan betul
Bayar-bayar.

Kami masuk lagi ke mall yang menjual pelbagai barang, semua ada. Shopping lagi la. Aduhai coklat, banyaknya. Sempat saya rembat produk thermos.

Saffura dan Fatihah meminta izin untuk membeli pakaian. Kami berlima berjalan kaki ke pantai, alhamdulillah hujan dah berhenti.

Bergaya je Kakcik ni.
Pantai Chenang waktu malam.

"Masa kami mai sini dulu, meriah pantai ni. Macam-macam ada. Pertunjukan api, makan pun sedap." Kak Milah beritahu kepada kami.

"Hotel tempat kami duduk pun tak jauh dari sini, boleh nampak pantai." Terang Kak Aishah pula.

"Kakcik mai sini dengan kawan, dua orang saja. Kami sewa motor, pusing-pusing kat sini." Kakcik pula menceritakan pengalamannya.

Kami tiba di pantai yang agak sunyi dan agak gelap. Pengunjung mula menghampiri pantai setelah hujan berhenti. Kami singgah sekejap sahaja kerana dah rasa letih. Saya baru tahu ada kawasan parkir awam yang luas kat situ.

"Esok pagi kita mai sini." Ujar saya dalam perjalanan balik. 

Lebih kurang jam 9:30 malam kami tiba di hotel. Saya dah letih dan mahu berehat setelah lama memandu. Sedangkan kakak-kakak berkumpul di ruang lobi dan berurut dengan mesin urut.

Selepas tu, semua mereka  berkumpulan di bilik saya untuk berbual. Maklumlah bukan senang nak berkumpul macam tu.

"Nak sambung satu malam lagi ke?"Saya tanya semua yang ada, tak puas pula duduk satu malam.

"Abang hang kata esok kena balik awai sebab laut bergelora, bahaya!" Kakcik bersuara.

"Kami ada meeting esok malam, lagi pun kesian pulak kat abang yang tinggal sorang kat rumah." Kata Kak Aishah pula.

"Macam tu kena balik ikut masa tiket la, harap-harap sempat makan mi udang dan ketam." Jawab saya dengan rasa suspen, jika laut bergelora.

"Semua pi tidoq, esok pukul 7:00 kita gerak, sarapan." Arah saya yang dah tak tahan mengantuk.

Sebelum melelapkan mata, saya melihat peta Pulau Langkawi yang diberi syarikat kereta. 

Esok nak pi pantai.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...