Khamis, 26 Jun 2025

Rasa Dapur Kak Jee (424) - Rendang Nasib





 

Jika kita melaksanakan ibadah korban di kawasan tempat tinggal kita, pasti akan dapat sedikit daripada hasil daging korban. Tahun ini kami buat di Surau As Siddiq, jadi dapatlah lima kilo daging, sebungkus tulang lembu dan sebungkus campuran limpa, hati, paru dan jantung lembu.

Sewaktu gotong royong menyediakan bahan masakan untuk daging korban, ada yang beritahu tentang Rendang Nasib.

"Tak pernah dengar pun," respon saya.

"Masak macam rendang daging tapi campuran daging dan organ-organ dalaman tu. Jadi nasiblah siapa yang dapat daging atau organ dalaman," terang Puan Adibah.

"Oh! Nak cubalah." 

Kebetulan pula sahabat muka buku, Puan Sri Diah Shaharuddin berkongsi resipinya. Mudahlah kerja saya. Ikut ajelah, cuma saya tambah penumis atau empat sekawan, nak bagi lebih ummp.

Cubalah, bagi saya rendang ini memang sedap terutama yang organ-organ tu.

Resipi Rendang Nasib

Bahan2:
2 kg campuran daging, limpa,hati,paru dan jantung lembu. Dipotong kecil dan direbus sehingga mendidih, buang air rebusan.
20 biji cili kering*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai* (saya tambah, 2 batang serai yang diketuk)
1 inci kunyit hidup*
5 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar kerisisk
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Kisar bahana yang bertanda *
2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis penumis diikuti dengan bahan kisar.
3.Kacau hingga wangi dan masukkan rempah, biar pecah minyak.
4.Masukkan daging dan lain-lain yang direbus dan masak sehingga lembut, tambah air jika perlu. 
5.Masukkan santan, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perisakan dengan garam dan masak sehingga pekat dan berminyak.
6.Sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rasa Dapur Kak Jee (424) - Rendang Nasib

BismillahirRahmanirRahim   Jika kita melaksanakan ibadah korban di kawasan tempat tinggal kita, pasti akan dapat sedikit daripada hasil dagi...