Khamis, 28 Mei 2015

Panduan Umrah

Definisi Umrah
Dikenali juga sebagai hajjul ashgar iaitu haji kecil . Drai segi bahasa, umrah bermaksud ziarah atau berkunjung. Dari segi istilah, umrah ialah mengunjungi Kaabah bagi melakukan ibadah dalam bentuk-bentuk tertentu, iaitu tawaf mengelilingi Kaabah, melakukan sai antara Bukit Safa dan Marwah,seterusnya mencukur atau memotong rambut.


Hukum Umrah
Wajib sekali seumur hidup.Dalil:  Surah Al Baqarah, ayat 196, Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"

Rukun Umrah
1.Niat
2.Tawaf
3.Sai
4.Bercukur@bergunting (Tahalul)
5.Tertib
*Umrah seseorang itu tidak sah sekiranya tertinggal satu daripada rukun umrah.

Wajib Umrah
Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang wajib dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja,hukunya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah adalah berdosa dan dikenakan Dam.


1.Berniat umrah di Miqat
    Miqat bermaksud tempat yang ditentukan untuk berniat ihram.

    Zulhulaifah(Bir Ali), Madinah : Untuk penduduk Madinah dan para 
    jemaah yang datang dari jalan ini sama ada melalui jalan darat atau udara. 
    10 km dari Kota Madinah. Miqat jemaah dari Riyadh yang mahu
    ke Madinah dahulu . Miqat jemaah Malaysia yang terbang terus
    ke Madinah. Jemaah akan singgah di sini untuk berniat sebelum ke Kota Mekah.

    Juhfah : Untuk penduduk Maghribi,Syria,Mesir dan para jemaah yang
    melintas dari arah ini sama ada melalui jalan darat atau udara.

   Yalamlam : Untuk penduduk Yaman dan para jemaah yang sampai dari 
   arah ini sama ada melalui jalan darat atau udara

  Qarnul Manaazil /Al Sail: Untuk penduduk Riyadh dan para jemaah yang
   datang dari arah ini sama  ada melalui darat atau udara.95 km dari Kota
    Mekah. Miqat jemaah dari Malaysia, 30 minit sebelum kapal terbang                                                           mendarat di Jeddah (akan diberitahu) dan terus ke Mekah.

   Zaatu 'Irqil : Untuk penduduk Iraq dan para jemaah yang datang dari arah ini.

Miqat bagi yang tinggal di Riyadh
Bahagian wanita dilengkapi bilik mandi, tandas, ruang wudhuk
banyak gerai-gerai menjual pelbagai barang keperluan
dengan harga yang murah dan banyak pilihan

2.Menjaga larangan Ihram
   1.Menutup kepala/ sebahagian daripada kepala seperti memakai songkok 
      bagi lelaki.
   2.Menutup muka (lelaki/perempuan
   3.Memakai sarung tangan (lelaki/perempuan)
   4. Memakai bau-bauan/minyak di badan atau pakaian (lelaki /perempuan)
   5.Memotong/membuang kuku,rambut atau bulu-bulu di badan(lelaki/perempuan)
   6.Bercumbu-cumbuan yang menaikkan syahwat dan bersetubuh(lelaki/perempuan)          
   7.Meminang,melangsungkan aqad nikah atau menikahkan
   8.Memburu atau membunuh binatang liar
   9.Memotong,mencabut,menebang tumbuhan atau pokok di Tanah Haram 
   10. Memindahkan sesuatu dari Tanah Haram seperti batu dan lain-lain.

Waktu Umrah
Sepanjang tahun.Umrah terbaik adalah umrah yang dikerjakan bersama haji ataupun
pada bulan Ramadhan.Umrah pada bulan Ramadhan adalah sama seperti mengerjakan haji.

Keutamaan Umrah
1. Penghapus kefakiran dan dosa
    Dalil: Rasulullah saw bersabda"Terus meneruslah mengerjakan haji dan  umrah . 
    ini kerana kedua-duanya menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa seperti ubub
    alat peniup api tukang besi) dapat membersihkan karat besi"[Imam An-Nasaie]
2. Mendapat jaminan perlindungan daripada Allah SWT
    Dalil : Rasulullah saw bersabda " Sesiapa keluar berhaji lalu meninggal,Allah 
    tuliskan untuknya pahala orang yang berhaji sehingga hari kiamat.Sesiapa 
    keluar berumrah lalu meninggal,Allah tuliskan untuknya pahala orang yang
    berumrah sehingga hari kiamat. Dan sesiapa yang keluar berperang di jalan
    Allah lalu meninggal,Allah tuliskan untuknya pahala orang yang berperang 
     sehingga hari kiamat. "[At-Tabrani]
3.Menghapuskan dosa antara dua umrah
   Dalil :Rasulullah saw bersabda"Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain 
   menjadi penutup dosa yang dilakukan antara kedua umrah itu"
    [ Imam Ahmad]
4.Sama seperti mengerjakan ibdah haji bersama-sama Rasulullah saw.
   Rasulullah saw pernah bersabda,"Wahai Ummu Sulaim, umrah pada bulan 
    Ramadhan itu  menyamai ibadah haji bersamaku" [Ibnu Hibban]
5. Pahalanya adalah menurut kadar kepayahan dan perbelanjaan
    Pada ketika Saidatina Aisyah ra mengerjakan umrah, Rasulullah saw bersabda
    kepada beliau," Engkau memperolehi pahala sesuai dengan kadar kepayahan  
     dan perbelanjaan yang engkau keluarkan"[Al -Hakim]

Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum berangkat.
1.Memotong kuku.
2.Mencukur bulu kemaluan dan bulu ketiak
3.Merapikan rambut/misai/janggut
4.Sebelum berangkat menuju ke Mekah, disunatkan solat musafir, semuga 
   perjalanan selamat dan beroleh  umrah mabrur.

Perincian Ibadah Umrah
1.Niat
   Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. jika seseorang itu tidak
   berniat sama ada sengaja atau terlupa  umrahnya menjadi tidak sah.
   Berniat umrah hendaklah dilakukan di miqat. Berikut ialah lafaz niat umrah,

                                          ىنويت العمرة وأحرمت بها لله ت
   Ertinya" Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk 
                                 melaksanakannya kerana Allah Ta'ala"

   Sesudah berniat digalakkan kita bersyarat dengan berkata,"jika ada apa-apa
    halangan, maka disitulah aku bertahalul"
   [Supaya lebih selamat jika terdapat sebarang halangan ketika menunaikan
    umrah seperti wanita yang  didatangi haid]
    Disunatkan mandi sunat ihram dan solat sunat ihram sebelum niat ihram. 

    *Niat Badal Umrah (untuk orang lain)
     "Sahaja aku berniat umrah dan berihram kerana Allah atas nama sifulan
      (menyebut nama orang yang diwakili).

    Selepas niat disunatkan membaca talbiah sepanjang perjalanan ke Mekah.



Salah satu laluan masuk ke Masjidil Haram

2. Tawaf
    Tawaf adalah salah atu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. 
     Sekiranya tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjad
     tidak sah dan justeru itu sai iaiturukun yang berikutnya juga akan menjadi
     tidak sah
   Syarat-syarat sah tawaf  ;

   Berniat mengelilingi Kaabah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana
   Allah WST
   Lafaz niat Tawaf Umrah
   Ertinya ," Aku berniat tawaf Umrah di Kaabah ini tujuh pusingan 
                                     kerana Allah Taala"
   1.Tawaf hendaklah dilakukan di luar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram. 
      Tawaf boleh dilakukan bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan
      bahu sentiasa mengiringi Kaabah.  
  2. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail 
      dengan Kaabah(kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Kaabah)
  3. Tawaf hendaklah dimulai dari belakang Hijr al aswad dan diakhiri denga
      melangkah garisn yang sama (ada lampu berwarna hijau sebagai panduan)
  4.Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujug kali pusingan dengan sempurna
      dan yakin
  5.Mesti mengirikan Kaabah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila 
     tiba di penjuru-penjuru  Kaabah.
  6.Mesti suci daripada hadas kecil (mesti berwudhuk)
  7.Mesti suci dari hadas besar
  8.Badan dan pakaian mesti suci dari najis
  9.Mesti menutup aurat


Laluan ke Dataran Kaabah, paling baik tawaf di bahagian sini.


Wajah Kaabah di lihat dari Dataran Kaabah
Jika orang terlalu ramai, guna laluan tawaf sementara
berbentuk bulatan sekeliling Kaabah
dua tingkat.
Bahagian tawaf tingkat bawah, paling sesuai untuk
sekeluarga, berbumbung.
Kaabah dilihat dari bahagian tawaf tingkat bawah


Bahagian tawaf tingkat atas, orang kurang di sini

Kaabah dilihat dari bahagian tawaf tingkat atas,
melalui cermin .
* Banyakkan istifar,berzikir dan berdoa atau membaca al mathura
   sepanjang tawaf. Boleh membaca sebarang doa yang baik atau
   doa- doa dari buku tetapi elakkan diri dari menghalang laluan orang 
   kerana asyik membaca doa dari buku-buku.



Selepas tawaf: 
1.Disunatkan solat dua rakaat di belakang makam Nabi Ibrahim as
   jika mampu,jika tidak carilah tempat yang sesuai di kawasan 
   Masjidil Haram untuk solat dengan tenang dan tidak menganggu
   laluan jemaah lain.
2.Disunatkan minum air zam zam sambil berdiri dan membaca doa.
Tempat minum air zam zam sekitar Dataran Kaabah

3. Sai
    Sai adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan
    sempurna. Sahnya sai bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana
    sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka sai yang dibuat walaupun dengan
    sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Tempat bermula Sai di tingkat bawah
    Syarat-syarat sah sai
    1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf
    2. Tujuan hendaklah semata-mata untuk sai
    3. Sai hendaklah dimulakan dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah
    4. Sai dilakukan genap dan sempurna bilangan tujuh kali. Perjalanan  
        balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
    5. Menyebut nama Allah SWT,membaca ayat al Quran dan berdoa
        sambil berjalan.
  
Bahagian sai di tingkat atas, orang tidak ramai di sini.
Masuk ke sini dari bahagian tawaf atas.
4. Bercukur@ Bergunting rambut
    Tahallul bermaksud melepaskan diri dari larangan ihram menurut 
     cara yang ditetapkan untuk umrah.
    
    Syarat Tahallul
    menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut(bukan bulu) dengan
    cara bergunting.Bagi yang tidak berambut memadai jika dilalukan pisau
    di atas kepalanya.

    Untuk lelaki: Memendekkan rambut atau mencukur keseluruhan rambut
    Untuk perempuan: Memotong hujung rambut sepanjang stu atau dua cm.

     * Sai boleh dilakukan tanpa wudhuk
     * Orang lain boleh mengunting rambut orang lain.
5. Tertib

    Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu,
    mengikut tertibnya (aturan)
Iktikaf selama mungkin di dalam Masjidil Haram yang
menjanjikan 100,000  pahala bagi setiap amalan.
Datang ke Masjidil Haram lebih awal kerana ruang solat
di dalam Masjid adalah terhad kerana masjid sedang
diperbesarkan.



Gunalah peluang berada di Mekah dan Madinah untuk melakukan fardhu Kifayah kepada saudara Islam yang meninggal dunia di tanah suci.  Disertakan secara ringkas bagaimana melaksanakan solat jenazah yang diambil dari www.ammboi.com.

Kebiasaannya sebaik sahaja selesai solat fardhu di Masjidilharam atau Masjid Nabawi, bilal akan
melafazakan,

        
                                                       الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الل

Moga panduan di bawah memudahkan kita untuk melaksanakannya.


CARA SOLAT JENAZAH - PANDUAN RINGKAS DAN LENGKAP

 Rujukan
1.Blog 'Mekah Travel & Tours Sdn Bhd'
2.Buku 'Bahagianya apabila hajimu Diterima Allah' oleh Fahrur Muis
3.www.ammboi.com


Dapurku D'Riyadh (11) - Tandoori Masala


Yogurt fat free, 170 g satu,
harga 1 sr
Kali ini aku mencuba masakan India pula. Ayam tandoori
masala merupakan masakan popular India dan Pakistan 
Utara. Bagusnya masakan India seperti nasi beriyani 
dan sebagainya menggunakan yogurt. Yogurt baik 
untuk kesihatan kerana mempunyai kandungan 
kalsium yang tinggi. Lagi pula yogurt dijual dengan
harga yang murah. Namun ramai yang tidak boleh makan 
yogurt begitu sahaja. Dengan menggunakan yogurt 
di dalam masakan berlauk secara tidak 
langsung memaksa ahli keluargaku untuk makan yogurt.
Aku sendiri tidak boleh makan yogurt begitu saja, aku akan 
campur dengan jus mangga Almarai. Rasanya sedap sekali.
Untuk pertama kali memasak masakan ini aku menggunakan
rempah yang sudah tersedia. Ianya lebih mudah dan rasanya 
juga begitu sedap sekali. Pedas dan berlemak menjadikan ayam
tandoori masala yang aku sediakan begitu digemari.


From Pakistan
Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
Ayam (1 - 2 kg)
1/2 cawan  atau 8 sudu besar jus lemon
1 cawan atau 200 g  yogurt
1/2 cawan atau 75 g mentega@ghee(dicairkan)/minyak
1 paket Mehran Tandoori Masala 

Cara Membuatnya:
1. Potong ayam dalam saiz yang sesuai, buang kulit 
    dan kelar bahagian ayam.
2. Masukkan 2-3 sudu besar minyak, jus lemon dan 
    rempah tandoori masala ke dalam sebuah bekas
Dibakar dalam oven
    yang sesuai. Campurkan dan kacau supaya sebati.
    Sapukan campuran ini kepada setiap bahagian 
    ayam dan pastikan rata. Perap 2-3 jam 
    (semalaman lagi baik) di dalam  tempat sejuk.
3.Panaskan kuali tidak melekat (frying pan). Sapukan 
   minyak/mentega/ghee kepada setiap bahagian ayam 
  dan masak di atas kuali sehingga ayam separuh masak.
4.Panaskan oven pada suhu 180 C. Letakkan ayam 
   yang dimasak tadi diatas dulang pembakar. Sapukan
   minyak/mentega/ghee pada setiap bahagian ayam.
   Bakar selama 20 minit, keluarkan dan tutup dulang
   pembakar dengan aluminium foil dan bakar
   semula selama 20 minit lagi sehingga warna kemerahan.


Dah siap, hidang bersama daun parsley dan bawang besar.

Garam Masala begitu penting bagi menyediakan masakan India seperti Tandoori ,
Masala,Tikka  Masala dan Butter Chicken  yang popular di Riyadh.
Garam Masala boleh disediakan sendiri.

Untuk menyediakan 1 cawan Garam Masala(sumber: Indian Kitchen)

 1/4 cawan ketumbar
 1 sudu besar jintan manis
 2 susu besar lada hitam
 8-10 cili kering
1/2 sudu besar cengkih
1 keping kulit kayu manis
1 sudu teh jintan putih
4-5 biji  pelaga
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 susu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk bawang putih
Angai @ goreng tanpa minyak kulit kayu manis,cengkih,buah pelaga,cili kering,
lada hitam,jintan manis,jintan putih dan ketumbar sehingga berbau wangi dan 
sejukkan. Mesinkering sehingga menjadi serbuk, campurkan serbuk  buah pala,serbuk
kunyit,serbuk halia dan serbuk bawang putih, mesin sekejap supaya lebih halus dan bercampur.
Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara

Khasiat yogurt: 
1. Meningkatkan kadar imun tubuh (ada bakteria probiotik)
2.Membantu sistem penghadaman
3.Mencegah jangkitan pada vagina
4.Menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis
5.Menurunkan kolesterol
6.Membantu kurangkan berat badan
7.Membantu tumbersaran kanak-kanak
8.Menolong mengatasi masalah stress
9.Sumber protein dan kalsium

Panduan kecantikan : 
Campurkan yogurt bersama madu kemudian disapu kepada muka. Muka hendaklah 
dibersihkan terlebih dahulu. Masker buatan sendiri ini diberi oleh Pn Wan Hamidah, 
jiranku di Al Ghadeer. 




Rabu, 27 Mei 2015

Travelog : Oh! Riyadh - Makan Angin Sekitar Riyadh (3)


Makan Angin Sekitar Riyadh(3)


Wadi Hanifa

Lembah subur yang sangat luas dan terletak paling hampir dengan Riaydh. Dipenuhi dengan ladang-ladang kurma, kebun-kebun sayur, aliran air yang kecil, 2 empangan air, kawasan piknik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kawasan lapang yang lengkap dengan lampu, tandas dan ruang untuk aktiviti memasak (membakar).

Kelihatan ladang sayur di dalam perjalanan ke empangan air
di Wadi Hanifa

Empangan  Air 1- kelihatan bukit yang rata
Empangan Air 1 - dilihat dari atas tangga, air penuh hanya di musim
bunga dan sejuk.

Empangan Air 2 - di sebelah lain Wadi Hanifa

Empangan Air 2 - Air semakin surut kemudian kering kontang
apabila musim panas

Terjumpa kebun sayur berdekatan Empangan Air 2

Berhampiran kedua-dua empangan terdapat kawasan piknik
yang luas dan selesa. Ada tandas dan suasana meriah
sehingga malam.

Bunga sekitar empangan

Bunga sekitar empangan

 Bunga sekitar empangan

Pokok sekitar empangan

Kawasa berkelah sepanjang jalan ke empangan

Suasana persekitaran yang bersih dan selesa untuk diletakkan
hamparan dan bantal.

Aliran air di kawasan piknik

Tersesat masuk ke dalam ladang kurma - mujur tak kena halau

Buah kurma tengah masak ranum di musim panas
Thumamah

Kawasan padang pasir yang sangat luas dan paling hampir dengan Riyadh. Untuk sampai ke sana boleh melalui jalan ke Lapangan Terbang  King Khalid. Kawasan ini terletak di bahagian belakang lapangan terbang. Merupakan kawasan yang sesuai untuk aktiviti berkereta dan bermotor empat roda. Musim bunga penuh dengan orang ramai memenuhi setiap ruang untuk beriadah atau berkelah. Banyak juga kawasan berkhemah bagi yang mahu bermalam di sini.

Pasirnya halus 


Tidak terasa jemu memandang sekitarnya
Luas dan lapang


Indah... ..Ya Allah


Penuh dengan kereta dan sampah!
Mula-mula takut.....lepas tu syiok..



                                                                                                                                 zias/riyadh/15


Travelog : Oh! Riyadh - Makan Angin Sekitar Riyadh (2)


Makan Angin Sekitar Riyadh (2)


Diriyah

Tempat asal usul keluarga diraja Arab Saudi. Diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2010. Terletak di lembah subur bernama Wadi Hanifa. Pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan  Arab Saudi pada satu ketika dahulu. Kami belum meneroka sepenuhnya kawasan ini kerana terdapat kawasan berpagar di merata-rata. Kelihatan juga beberapa istana terutama di atas bukit. Tidak jauh dari pusat bandar dan mercu tandanya ialah bendera besar Arab Saudi kelihatan berkibar dengan megahnya.

Ladang kurma dipagari tembok tinggi
Rumah sekitar Diriyah
Rumah lama  dari tanah liat sedang dibaik pulih
Rumah yang dibina dari tanah liat dari dekat
Kurma segar dijual berdekatan pekan kecil

Taman untuk piknik tapi tidak ada tandas awam di sini
Pelbagai aktiviti dilakukan
Al Bujeiri Park sedang dalam pembinaan, terdapat taman, gerai-
gerai jualan, tapak bangunan bersejarah- cantik.
Perigi yang terdapat di dalam kawasan Al Bujeiri Park,
diperihara dan diperelokkan

Diplomatic Quaters

Diplomatic Quarters atau ringkasnya DQ merupakan sebuah kawasan yang sangat luas yang pada asalnya menempatkan kesemua pejabat kedutaan  dan kediaman petugas kedutaan dari seluruh dunia. Namun pada  masa sekarang kawasan perumahan di sini boleh diduduki oleh orang ramai yang tidak berkaitan dengan kedutaan. Terletak lebih kurang 10 minit dari pusat Bandar melalui Jalan Ouroba dengan Ritz Qarlton Hotel berhampirannya. DQ menjadi pilihan bagi warga barat kerana wanita yang berada di dalam kawasan ini tidak perlu mengenakan abaya seperti di tempat lain di seluruh Arab Saudi. Kawasan persekitaran yang menghijau, bersih dan terjaga terasa kita tidak berada di Arab Saudi. Kami suka sangat masuk ke DQ kerana keindahan persekitarannya yang juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan reka bentuk bangunan yang begitu unik. Deretan pokok kurma sepanjang jalan-jalan utamanya juga sangat memikat ditambah perbagai jenis bunga berwarna-warni sekitar menambah seri.

DQ lengkap dengan segala kemudahan. Dengan mudah kita bertemu Kindy Plaza dengan mercu tanda bangunan bercermin dengan air menuruni cermin memiliki banyak kemudahan. Kanak-kanak dan remaja bole bermain, berbasikal atau roller skating di kawasan luas yang disediakan. Jika lapar ada Kudu, Quiznos dan House of Donuts untuk mengisi perut.

Lengkap dengan kemudahan sekolah, sukan dan pusat sains. Begitu juga dengan taman-taman yang terletak di pelbagai sudut.  Taman-tamannya begitu cantik dengan reka bentuk yang menarik dan tersendiri. Penuh dengan pohon berwarna hijau, taman permainan, laluan berjalan kaki, kawasan rehat, kolam dan air terjun serta bunga pelbagai warna. Annafel Park yang terletak di Bulatan 8 berdekatan dengan Tuwaiq Kindergarten menawarkan kawasan picnic yang hebat. Terdapat trek untuk berjalan kaki dan kita boleh melihat Wani Haniffa yang menawarkan pemandangan ratusan pokok kurma di lembah dan sekelilingnya kawasan berbukit yang hebat. Pastinya pemandangan sewaktu matahari terbenam menarik sekali. Kemudahan berbasikal merentasi kawasan berbukit dengan laluan khas turut disediakan dan berbasikallah dengan riang tanpa perlu berabaya. 

Dikawal rapi oleh pengawal keselamatan khas ala tentera. Ada kereta kebal di depan pintu masuk. Memang susah untuk masuk, kita akan disoal pelbagai soalan, kadang kala kereta diperiksa. Tapi Alhamdulillah apabila disebut nama Malaysia, hati pengawal terus cair. Banyak kali kami masuk ke dalamnya tanpa ada masalah.

Kedutaan Malaysia di dalam DQ
Bangunan pejabat kedutaan. Pengawal benarkan kami masuk
walaupun pada hari cuti hujung minggu
Contoh rumah villa, kenalanku Muna seorang warga Cina Amerika Syarikat
tinggal di kawasan DQ, katanya untuk dapatkan kunci sahaja
perlu bayar 120,000 sr  sebagai deposit
Rumah pelbagai bentuk
Salah satu taman di dalam DQ, tidak tahu nama sebab sedang
dibaik pulih 
Annafel Park, sesuai untuk piknik
Boleh lihat sekitar Wadi Hanifa dari Annafel Park
Al Yamamah Park, paling luas dan paling cantik di DQ,
 bersebelahan dengan masjid.



Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...