Makan Angin Sekitar Riyadh (2)
Diriyah
Tempat asal usul keluarga diraja Arab Saudi. Diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2010. Terletak di lembah subur bernama Wadi Hanifa. Pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Arab Saudi pada satu ketika dahulu. Kami belum meneroka sepenuhnya kawasan ini kerana terdapat kawasan berpagar di merata-rata. Kelihatan juga beberapa istana terutama di atas bukit. Tidak jauh dari pusat bandar dan mercu tandanya ialah bendera besar Arab Saudi kelihatan berkibar dengan megahnya.
|
Ladang kurma dipagari tembok tinggi |
|
Rumah sekitar Diriyah |
|
Rumah lama dari tanah liat sedang dibaik pulih |
|
Rumah yang dibina dari tanah liat dari dekat |
|
Kurma segar dijual berdekatan pekan kecil |
|
Taman untuk piknik tapi tidak ada tandas awam di sini |
|
Pelbagai aktiviti dilakukan |
|
Al Bujeiri Park sedang dalam pembinaan, terdapat taman, gerai-
gerai jualan, tapak bangunan bersejarah- cantik. |
|
Perigi yang terdapat di dalam kawasan Al Bujeiri Park,
diperihara dan diperelokkan |
Diplomatic Quaters
Diplomatic Quarters atau ringkasnya DQ merupakan
sebuah kawasan yang sangat luas yang pada asalnya menempatkan kesemua pejabat
kedutaan dan kediaman petugas kedutaan
dari seluruh dunia. Namun pada masa
sekarang kawasan perumahan di sini boleh diduduki oleh orang ramai yang tidak
berkaitan dengan kedutaan. Terletak lebih kurang 10 minit dari pusat Bandar
melalui Jalan Ouroba dengan Ritz Qarlton Hotel berhampirannya. DQ menjadi
pilihan bagi warga barat kerana wanita yang berada di dalam kawasan ini tidak
perlu mengenakan abaya seperti di tempat lain di seluruh Arab Saudi. Kawasan
persekitaran yang menghijau, bersih dan terjaga terasa kita tidak berada di
Arab Saudi. Kami suka sangat masuk ke DQ kerana keindahan persekitarannya yang
juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan reka bentuk bangunan yang
begitu unik. Deretan pokok kurma sepanjang jalan-jalan utamanya juga sangat
memikat ditambah perbagai jenis bunga berwarna-warni sekitar menambah seri.
DQ lengkap dengan segala kemudahan. Dengan mudah kita
bertemu Kindy Plaza dengan mercu tanda bangunan bercermin dengan air menuruni
cermin memiliki banyak kemudahan. Kanak-kanak dan remaja bole bermain,
berbasikal atau roller skating di kawasan luas yang disediakan. Jika lapar ada
Kudu, Quiznos dan House of Donuts untuk mengisi perut.
Lengkap dengan kemudahan sekolah, sukan dan pusat
sains. Begitu juga dengan taman-taman yang terletak di pelbagai sudut. Taman-tamannya begitu cantik dengan reka
bentuk yang menarik dan tersendiri. Penuh dengan pohon berwarna hijau, taman
permainan, laluan berjalan kaki, kawasan rehat, kolam dan air terjun serta
bunga pelbagai warna. Annafel Park yang terletak di Bulatan 8 berdekatan dengan
Tuwaiq Kindergarten menawarkan kawasan picnic yang hebat. Terdapat trek untuk
berjalan kaki dan kita boleh melihat Wani Haniffa yang menawarkan pemandangan
ratusan pokok kurma di lembah dan sekelilingnya kawasan berbukit yang hebat.
Pastinya pemandangan sewaktu matahari terbenam menarik sekali. Kemudahan berbasikal merentasi kawasan
berbukit dengan laluan khas turut disediakan dan berbasikallah dengan riang
tanpa perlu berabaya.
Dikawal rapi oleh pengawal keselamatan khas ala tentera. Ada kereta kebal di depan pintu masuk. Memang susah untuk masuk, kita akan disoal pelbagai soalan, kadang kala kereta diperiksa. Tapi Alhamdulillah apabila disebut nama Malaysia, hati pengawal terus cair. Banyak kali kami masuk ke dalamnya tanpa ada masalah.
|
Kedutaan Malaysia di dalam DQ |
|
Bangunan pejabat kedutaan. Pengawal benarkan kami masuk
walaupun pada hari cuti hujung minggu |
|
Contoh rumah villa, kenalanku Muna seorang warga Cina Amerika Syarikat
tinggal di kawasan DQ, katanya untuk dapatkan kunci sahaja
perlu bayar 120,000 sr sebagai deposit |
|
Rumah pelbagai bentuk |
|
Salah satu taman di dalam DQ, tidak tahu nama sebab sedang
dibaik pulih |
|
Annafel Park, sesuai untuk piknik |
|
Boleh lihat sekitar Wadi Hanifa dari Annafel Park |
|
Al Yamamah Park, paling luas dan paling cantik di DQ,
bersebelahan dengan masjid. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan