Khamis, 28 Mei 2015

Dapurku D'Riyadh (11) - Tandoori Masala


Yogurt fat free, 170 g satu,
harga 1 sr
Kali ini aku mencuba masakan India pula. Ayam tandoori
masala merupakan masakan popular India dan Pakistan 
Utara. Bagusnya masakan India seperti nasi beriyani 
dan sebagainya menggunakan yogurt. Yogurt baik 
untuk kesihatan kerana mempunyai kandungan 
kalsium yang tinggi. Lagi pula yogurt dijual dengan
harga yang murah. Namun ramai yang tidak boleh makan 
yogurt begitu sahaja. Dengan menggunakan yogurt 
di dalam masakan berlauk secara tidak 
langsung memaksa ahli keluargaku untuk makan yogurt.
Aku sendiri tidak boleh makan yogurt begitu saja, aku akan 
campur dengan jus mangga Almarai. Rasanya sedap sekali.
Untuk pertama kali memasak masakan ini aku menggunakan
rempah yang sudah tersedia. Ianya lebih mudah dan rasanya 
juga begitu sedap sekali. Pedas dan berlemak menjadikan ayam
tandoori masala yang aku sediakan begitu digemari.


From Pakistan
Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
Ayam (1 - 2 kg)
1/2 cawan  atau 8 sudu besar jus lemon
1 cawan atau 200 g  yogurt
1/2 cawan atau 75 g mentega@ghee(dicairkan)/minyak
1 paket Mehran Tandoori Masala 

Cara Membuatnya:
1. Potong ayam dalam saiz yang sesuai, buang kulit 
    dan kelar bahagian ayam.
2. Masukkan 2-3 sudu besar minyak, jus lemon dan 
    rempah tandoori masala ke dalam sebuah bekas
Dibakar dalam oven
    yang sesuai. Campurkan dan kacau supaya sebati.
    Sapukan campuran ini kepada setiap bahagian 
    ayam dan pastikan rata. Perap 2-3 jam 
    (semalaman lagi baik) di dalam  tempat sejuk.
3.Panaskan kuali tidak melekat (frying pan). Sapukan 
   minyak/mentega/ghee kepada setiap bahagian ayam 
  dan masak di atas kuali sehingga ayam separuh masak.
4.Panaskan oven pada suhu 180 C. Letakkan ayam 
   yang dimasak tadi diatas dulang pembakar. Sapukan
   minyak/mentega/ghee pada setiap bahagian ayam.
   Bakar selama 20 minit, keluarkan dan tutup dulang
   pembakar dengan aluminium foil dan bakar
   semula selama 20 minit lagi sehingga warna kemerahan.


Dah siap, hidang bersama daun parsley dan bawang besar.

Garam Masala begitu penting bagi menyediakan masakan India seperti Tandoori ,
Masala,Tikka  Masala dan Butter Chicken  yang popular di Riyadh.
Garam Masala boleh disediakan sendiri.

Untuk menyediakan 1 cawan Garam Masala(sumber: Indian Kitchen)

 1/4 cawan ketumbar
 1 sudu besar jintan manis
 2 susu besar lada hitam
 8-10 cili kering
1/2 sudu besar cengkih
1 keping kulit kayu manis
1 sudu teh jintan putih
4-5 biji  pelaga
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 susu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk bawang putih
Angai @ goreng tanpa minyak kulit kayu manis,cengkih,buah pelaga,cili kering,
lada hitam,jintan manis,jintan putih dan ketumbar sehingga berbau wangi dan 
sejukkan. Mesinkering sehingga menjadi serbuk, campurkan serbuk  buah pala,serbuk
kunyit,serbuk halia dan serbuk bawang putih, mesin sekejap supaya lebih halus dan bercampur.
Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara

Khasiat yogurt: 
1. Meningkatkan kadar imun tubuh (ada bakteria probiotik)
2.Membantu sistem penghadaman
3.Mencegah jangkitan pada vagina
4.Menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis
5.Menurunkan kolesterol
6.Membantu kurangkan berat badan
7.Membantu tumbersaran kanak-kanak
8.Menolong mengatasi masalah stress
9.Sumber protein dan kalsium

Panduan kecantikan : 
Campurkan yogurt bersama madu kemudian disapu kepada muka. Muka hendaklah 
dibersihkan terlebih dahulu. Masker buatan sendiri ini diberi oleh Pn Wan Hamidah, 
jiranku di Al Ghadeer. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...