Haha…kari ikan
adalah hidangan utama kami bersama nasi di utara tanah air walaupun tidak
memiliki darah campuran. Kari ikan menjadi hidangan yang mesti dihidangkan setiap hari bagi
keluarga kakak keduaku yang kupanggil Kak Cik. Emak juga tidak kurang hebatnya
jika menyediakan kari ikan terutama kari ikan duri. Kari ikan duri bersama
telurnya yang bersinar amat aku gemari dan aku akan meratah ikan begitu sahaja. Anak
saudaraku Wan Suhanis pula pandai memasak kari ikan mamak style tanpa perlu guna santan. Aku pula selalu gagal menyediakan kari ikan yang sesuai dengan tekak
orang Selatan seperti suamiku. Namun menyediakan kari ayam
dan kari daging, aku memang pandai.
Pasar ikan di Riyadh |
Nak suruh masak pun boleh kat sini. Seronok jadi Mak Arab. |
Harga ikan di
Riyadh agak mahal apatah lagi jika ikan besar seperti bawal (46.95 rial 1 kg),
tenggiri dan ikan merah namun ikan yang
lebih kecil seperti kembung,sardine,tuna dan lain-lain agak murah.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
1 ekor ikan
Black Pomfret (Bawal Hitam-dipotong 3)
¼ biji kelapa
(diambil santan, diasingkan santan pekat dan cair)
3-4 sudu
serbuk kari ikan Jenama Adabi
1 biji bawang
besar
5 ulas bawang
putih
(1/2 biji
bawang besar dan 3 ulas bawang putih dikisar)
(1/2 biji bawang
besar dan 2 ulas bawang putih dihiris)
1 sudu Asam jawa
7 biji bendi/okra
2 biji terung
bulat,
2 biji tomato
2 cili hijau/ beberapa biji cili padi
1 sudu kecil
campuran jintan putih dan halba
Daun kari
Garam
secukupnya dan minyak masak
Cara Memasaknya:
1.Campurkan
bersama bawang yang dikisar,rempah,asam jawa,
santan pekat dan garam
dalam sebuah bekas dan kacau hingga rata.
2.Panaskan
periuk dan masukkan jintan putih dan halba ,kacau
sehingga
jintan kelihatan melompat atau menghasilkan bau yang wangi.
3.Masukkan
minyak dan biarkan panas.Masukkan daun
kari diikuti dengan
bawang
yang dihiris. Kacau sehingga garing.
4.Masukkan
santan cair, kacau dan biarkan mendidih.
5.Masukkan
terung yang dibelah empat dan masak sehingga lembut. Masukkan
ikan ,
bendi dan cili hidup/padi, biar hampir separuh masak
6.Perlahankan
api apabila ikan hampir masak dan masak sehingga
kelihatan
minyak dipermukaannya.
7.Masukkan
tomato dan tutup api.
Kari ikan bawal |
Kat sini panggil Okra, bersaiz kecil dan mahal. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan