Dapurku turut tidak berasap pada hari tertentu seperti pada hari lahir ahli keluargaku.
1. The Lebanese Corner Restaurant.
Setiap kali kami melalui Jalan Takhassusi untuk balik ke rumah pasti
Saffura mengajak kami makan di restoran ini. Restoran ini memang besar
dan kelihatan macam mahal aje. Suatu hari kami singgah untuk melihat
dengan lebih dekat, tidak banyak kereta seperti yang biasa kami lihat
di Al Romansiah atau Lemonnah. Suamiku masuk untuk melihat menu
terlebih dahulu sementara kami berdua tunggu di dalam kereta.
Setelah suamiku berpuas hati kami pun menaiki lift untuk ke ruang family.
Suasana di dalam restoran yang luas itu memang agak kelas dan elegan.
Meja dan kerusi di susun di ruang terbuka, tidak ada bilik-bilik kecil seperti

di restoran Arab yang pernah kami masuk sebelum ini. Meja diletakkan
pinggan mangkuk dan gelas dalam susunan yang menarik. Suasana sunyi
kerana tidak ramai pelanggan yang ada ketika itu Kami disambut oleh
pekerja yang fasih berbahasa Inggeris lalu menempatka
pinggan mangkuk dan gelas dalam susunan yang menarik. Suasana sunyi
kerana tidak ramai pelanggan yang ada ketika itu Kami disambut oleh
pekerja yang fasih berbahasa Inggeris lalu menempatka
kami di sebuah meja yang ada di situ. Kami diberi menu yang bersaiz besar
yang ditulis dalam dwibahasa .
yang ditulis dalam dwibahasa .
Kambing, pilihan Bos, 55 rial |
Salad - Mentang-mentang free,cam ni je |
2. Amo Hamzah
Kami masuk ke kedai ini kerana aku teringin merasa masakan berkaitan
makanan laut. Saffura lagi suka kerana dapat makan udang. Tiga kali
pusing baru dapat parkir kereta di kawasan perumahan belakang kedai.
Terdapat 15 bilik di ruang family. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi dan meja.
Orang agak ramai dan servisnya lambat. Peritnya apabila mereka terlupa
makanan yang kami telah order. Walaupun mendapat pengalaman menyakitkan
namun sampai sekarang Saffura tidak boleh lupa udang bakarnya yang sedap.
Nasi Mandy, sotong goreng,Moroccon Fish Tanjin, Fattoush dan Udang bakar. Semuanya 142 rial |
Pertama kali cuba Fattoush, sejenis salad yang ditabur roti arab yang dipotong kecil dan dibakar |
5 roti Arab percuma |
Dua kedai ini telah disenarai hitamkan...hihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan