Makan Angin Sekitar Riyadh(3)
Wadi Hanifa
Lembah subur yang sangat luas dan terletak paling hampir dengan Riaydh. Dipenuhi dengan ladang-ladang kurma, kebun-kebun sayur, aliran air yang kecil, 2 empangan air, kawasan piknik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kawasan lapang yang lengkap dengan lampu, tandas dan ruang untuk aktiviti memasak (membakar).
|
Kelihatan ladang sayur di dalam perjalanan ke empangan air
di Wadi Hanifa |
|
Empangan Air 1- kelihatan bukit yang rata |
|
Empangan Air 1 - dilihat dari atas tangga, air penuh hanya di musim
bunga dan sejuk. |
|
Empangan Air 2 - di sebelah lain Wadi Hanifa |
|
Empangan Air 2 - Air semakin surut kemudian kering kontang
apabila musim panas |
|
Terjumpa kebun sayur berdekatan Empangan Air 2 |
|
Berhampiran kedua-dua empangan terdapat kawasan piknik
yang luas dan selesa. Ada tandas dan suasana meriah
sehingga malam. |
|
Bunga sekitar empangan |
|
Bunga sekitar empangan |
|
Bunga sekitar empangan |
|
Pokok sekitar empangan |
|
Kawasa berkelah sepanjang jalan ke empangan |
|
Suasana persekitaran yang bersih dan selesa untuk diletakkan
hamparan dan bantal. |
|
Aliran air di kawasan piknik
|
|
Tersesat masuk ke dalam ladang kurma - mujur tak kena halau |
|
Buah kurma tengah masak ranum di musim panas |
Thumamah
Kawasan padang pasir yang sangat luas dan paling hampir dengan Riyadh. Untuk sampai ke sana boleh melalui jalan ke Lapangan Terbang King Khalid. Kawasan ini terletak di bahagian belakang lapangan terbang. Merupakan kawasan yang sesuai untuk aktiviti berkereta dan bermotor empat roda. Musim bunga penuh dengan orang ramai memenuhi setiap ruang untuk beriadah atau berkelah. Banyak juga kawasan berkhemah bagi yang mahu bermalam di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan