Makan
Angin Sekitar Riyadh(1)
Nov 2013
Sabtu, kami
mengunjungi Sahara Mall untuk sarapan tengahari. Terdapat ruang
makan yang luas dengan kerusi dan meja memenuhi kawasan yang berbumbung lutsinar.
Banyak sekali pilihan makanan di sini dan kami memilih untuk mencuba shawarma
(2 sandwich kambing, chips dan pepsi) berharga 18 sr, sedang suamiku pula
mencuba makanan cina (China Canton) yang mengandungi mee goreng, udang masam
manis dan kambing berharga 24 sr. Juga terdapat theme park namun agak kecil dan tidak ramai kanak-kanak kerana
selepas waktu zohor sehingga selepas waktu asar kebanyakan premis ditutup.
Namun kebanyakan kedai di dalam mall masih meneruskan perniagaan tetapi apabila
masuk waktu solat ianya akan ditutup.
Kami ke Hayat
Mall yang terletak bersebelahan Sahara Mall. Hayat Mall menawarkan lebih banyak
kedai-kedai yang berjenama namun yang menariknya terdapat pasaraya Danube. Di
sini kami melihat pelbagai jenis kek, tart, pasteri dan biskut dijual. Ianya segar
dan kelihatan begitu sedap sekali. Aku dan Saffura tidak dapat menahan diri lalu membeli
beberapa potong kek di situ. Musollaa di Hayat Mall begitu selesa sekali, luas
dan bersih. Ramai yang bersolat di situ. Kami ke Jarir Bookstore yang terletak
bersebelahan dengan Hayat Mall. Kami melepak di Hayat Mall untuk menunggu Jarir
Bookstore dibuka kerana kedai buku paling popular di Riyadh ini ditutup dari
waktu solat Zohor sehingga selepas waktu solat Asar.
"Ya Allah sejukkk….waah
bestnya," aku terkejut dengan perubahan cuaca yang begitu berbeza seperti
hari-hari biasa. Hebat sungguh penciptaan Allah. Sebelum ini angin yang bertiup
membawa haba yang panas dan menyakitkan. Kini segalanya berubah. Tahulah kami
musim bunga menyapa Riyadh.
"Macam kat
London ya mama," balas Saffura. Angin sejuk bertiup perlahan dan amat menyegarkan.
Sejak hari itu
kami penuhi hujung minggu kami dengan mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar
Riyadh.
Sekitar Universiti Prince Sultan
Tersesat jalan, terjumpa tempat orang beriadah. Seronok dapat pegang pokok kurma. |
Keliling kawasan universiti disediakan tempat untuk beriadah Pintu masuk kampus wanita sahaja. |
Cuaca yang sesuai untuk beriadah. Tetap mengenakan abaya sewaktu beriadah. |
Bunga-bunga mula berkembang, tak jemu mata memandang |
Bunga ini tidak pernah aku lihat, banyak ditanam sekitar PSU. |
Seperti bunga raya dan orkid, pelbagai warna pula |
Macam-macam ada |
Seberang jalan kelihatan Kolej Teknikal Riyadh. |
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan