Setelah enam
bulan berada di Arab Saudi kami berpeluang merasa satay Malaysia di sebuah
restoran di Al Khobar. Tuan rumah Tn Hj Mohamad Tunggul menjamu kami makan
tengahari di Malaysian Kitchen. Pada
bulan April Geng Haji 1435 bercadang mengadakan piknik di King Salman Park
dengan menu utamanya adalah satay. Berpiknik sambil mendengar tazkirah dari Ustaz Dr Hasan pasti menyegarkan sebelum musim sejuk berakhir.
Di Al Khobar |
Kami diminta menyediakan satay secara
beramai-ramai untuk mencapai sasaran 1000 cucuk bagi 20 keluarga. Resepi satay
dan kuah dipaparkan di laman whatsapp Geng Haji oleh Pn Zailah. Aku juga mahu
mencuba resepi yang aku rasa agak mudah itu. Belum sempat mencari lengkuas tiba-tiba
rancangan terpaksa ditangguhkan kerana ribut pasir yang melanda dua hari
sebelum tarikhnya. Aku teruskan juga keinginan dengan cuba menyediakan ½ kilo satay ayam. Rupanya tidaklah
sesusah manapun. Untuk membakarnya aku hanya menggunakan frying fan, hasilnya
amat memuaskan.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Satay
Setelah dicucuk |
Bahan2:
3 kilo daging
atau ayam (isi sahaja)
dipotong ikut saiz satay
dipotong ikut saiz satay
4 sudu besar
jintan manis
2-4 sudu besar
jintan putih
2 sudu besar
ketumbar(jika suka)
(Jintan
manis,jintan putih dan ketumbar
digoreng tanpa minyak- disangai dan
dikisar halus)
digoreng tanpa minyak- disangai dan
dikisar halus)
3 cawan gula
pasir + gula merah (supaya
berkilat ketika bakar boleh diganti
dengan madu)
berkilat ketika bakar boleh diganti
dengan madu)
3 sudu the
garam
15 batang
serai
1 inci
lengkuas
(serai dan
lengkuas dikisar halus)
4 sudu besar
kunyit
½ cawan minyak
Sekejap je dah masak |
Cara Membuatnya:
1.Gaulkan semua bahan di atas
dengan ayam/daging di dalam
sebuah mangkuk besar.
Perap sekurang-kurangnya
30 minit.
dengan ayam/daging di dalam
sebuah mangkuk besar.
Perap sekurang-kurangnya
30 minit.
2.Lidi satay dilumur dengan minyak
supaya tidak terbakar sewaktu
membakar.
supaya tidak terbakar sewaktu
membakar.
3.Cucuk hirisan daging/ayam diselang
seli dengan lemak ayam dalam 4 hirisan.
seli dengan lemak ayam dalam 4 hirisan.
4.Bakar di atas kuali leper yang tidak
melekat sambil dipusing-pusingkan
satay dan sapu minyak dengan
menggunakan batang serai jika
kelihatan agak kering.
melekat sambil dipusing-pusingkan
satay dan sapu minyak dengan
menggunakan batang serai jika
kelihatan agak kering.
Pastikan api tidak terlalu
kuat.
5.Jangan terlalu masak kerana satay
akan kering dan keras bila sejuk dan
melekat pada lidi.
akan kering dan keras bila sejuk dan
melekat pada lidi.
Kuah Kacang
Kuah kacang ini
adalah resepi emak mentuaku yang menjadi hidangan wajib disediakan pada hari
raya pertama. Kuah kacang akan dimakan bersama ketupat nasi. Kalau diikut resepi asal
emak mentuaku, agak leceh untuk menyediakan kacang yang menjadi bahan utama
kuah. Biasanya kacang tanah digoreng tanpa
minyak, dibuang kulit semasa panas (bab paling seksa) dan ditumbuk sedikit demi
sedikit menggunakan lesung tumbuk(ini juga memerlukan kesabaran tinggi).
Kebiasaanya akan mengambil masa yang lama dan banyak tenaga. Apabila aku
mewarisi resepi ini aku ubah supaya menjadi lebih mudah menyediakannya. Kacang
tanah dibakar di dalam oven bersama dengan kulit sehingga masak ,dibiarkan
sejuk dan dimesin kering. Resepi ini
menggunakan gula Melaka yang memberi rasa agak manis. Jadi kuah kacang ini akan
terasa pedas dan manis. Rakan-rakan sekolahku seperti Kuza, Haslawati dan Linda
memang suka kalau aku bawa nasi impit dan kuah kacang ini ke sekolah.
Bahan2:
2 cawan kacang
tanah (300g)
1 senduk cili
kering yang dikisar(ikut rasa pedas
masing-masing)
masing-masing)
3 batang serai
dikisar halus
3 biji bawang
besar
(1 biji bawang
besar dan bawang putih dikisar halus,
1 biji bawang besar dihiris halus untuk menumis,
1 biji bawang besar lagi dipotong 6 untuk dimasuk
akhir sekali)
1 biji bawang besar dihiris halus untuk menumis,
1 biji bawang besar lagi dipotong 6 untuk dimasuk
akhir sekali)
3 ulas bawang putih
1 inci
lengkuas diketuk
2 batang serai
diketuk
Asam jawa
1 ketul Gula
Melaka(anggaran 1 cawan)
Garam dan
minyak masak
Cara
Membuatnya:
1.Kacang tanah dibakar di dalam
oven pada suhu 150 °C selama
20-30 minit (bergantung kepada suhu)
oven pada suhu 150 °C selama
Guna api perlahan |
2.Kisar kacang
yang telah masak
bersama dengan kulit .
(akan memekatkan kuah)
bersama dengan kulit .
(akan memekatkan kuah)
3.Panaskan kuali dan tumis 1 biji
bawang besar yang dihiris halus,
goreng sehingga garing.
bawang besar yang dihiris halus,
goreng sehingga garing.
4.Masukkan
bawang yang dikisar dan
goreng hingga naik bau
goreng hingga naik bau
5.Masukkan
cili kisar dan garam dan
goreng sampai garing.
goreng sampai garing.
(Petua : kalau terbersin maknanya sedap le)
6.Masukkan dua
mangkuk air yang
dicampurkan dengan asam jawa (sesuai
dengan rasa sendiri) diikuti dengan serai
yang kisar dan lengkuas yang diketuk,
biar mendidih.
dicampurkan dengan asam jawa (sesuai
dengan rasa sendiri) diikuti dengan serai
yang kisar dan lengkuas yang diketuk,
biar mendidih.
7.Masukkan kacang yang telah dikisar, dan
gula Melaka yang dihiris(supaya mudah larut).
Kacau sekali sekala. Apabila hampir pekat,
perlahankan api dan masukkan1 biji bawang
besar yang dibelah.
gula Melaka yang dihiris(supaya mudah larut).
Kacau sekali sekala. Apabila hampir pekat,
perlahankan api dan masukkan1 biji bawang
besar yang dibelah.
8.Masak sehingga kelihatan minyak di atasnya.
9.Perlu dikacau dan dirasa selalu supaya
mencapai rasa
yang diinginkan.
yang diinginkan.
Macam Satay Hj Samuri kot....hihi |
sedapnya k.jie....
BalasPadamSenang Yam...cubalah
PadamMenarik resipi tu. . Asiah pun tak pernah buat kuah kacang sendiri
BalasPadamAsiah tanya la Linda Kecik...hihi, dia suka kuah kacang ni.
Padam