Ramai yang bertanya kepada aku : Sedap tak nasi Arab kat Riyadh?
Kami yang sudah terbiasa dengan cita rasa nasi Arab di Restoran Saba membuat perbandingan. Nasi Kabsah di Restoran Saba memang sedap. Sesekali dapurku ditutup untuk memberi peluang kepada kami merasai nasi Arab yang terdapat di sekitar Riyadh. Tidak semua restoran di Riyadh boleh dimasuki kaum wanita. Hanya restoran tertentu sahaja yang menyediakan ruang untuk keluarga/family. Ruang masuk untuk family mempunyai pintu yang agak terasing/jauh dari pintu utama. Jika tertulis Family Section, bolehlah kaum wanita masuk bersama.
Satu lagi kebanyakan menu yang disediakan ditulis dalam bahasa Arab, jadi memang sukar untuk memahaminya sekadar melihat gambar sahaja. Begitu juga dengan petugas di meja pesanan, kebanyakannya berbahasa Arab dan tidak boleh langsung bertutur dalam bahasa Inggeris. Pernah masuk ke kedai Manooshaa, akhirnya kami keluar sahaja sebab memang tidak tahu apa yang hendak dipesan, petugas di kaunter pun buat tak kisah.
Kaum wanita juga dilarang duduk makan atau minum di bahagian luar kedai yang terbuka seperti yang biasa dilihat di Malaysia. Tidak wujud warung makan di tepi jalan di sini. Makan di Mall lebih mudah kerana kebanyakan petugas mampu berbahasa Inggeris kerana mereka terdiri dari bangsa lain seperti Filipina, Bangladesh atau India. Kaunter untuk memesan makanan juga diasingkan antara lelaki dan wanita. Food Courts di Mall juga menyediakan ruang makan yang pelbagai dan wanita lebih bebas di kawasan ini. Namun Awas! Kerana kaum lelaki yang tidak bersama keluarga tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini. Pernah kami melihat seorang pemuda di suruh keluar dari kawasan makan kerana datang sendirian.
Berikut adalah restoran yang pernah kami singgah yang menyajikan hidangan kabsa, makanan terkenal Arab Saudi sekitar Riyadh.
1. Mataa'am Lemmonah
3. Restoran Cabrito

Terletak di Exit 5, Al Ghadeer, berdekatan dengan rumah lama kami. Terlalu sesak pada hari jumaat selepas solat jumaat. |
Terdapat 10 ruang duduk untuk family dan juga bilik yang lengkap dengan meja dan kerusi. Menu semua dalam bahasa Arab |
Nasi lembut, memang tak habis...tapau la. Kalau beli bungkus boleh tahan 2 hari. |
Kabsa ayam dan pembuka selera bersama roti free 40 rial bersih |
2. Restoran Al Romansiah
Memang terkenal dan mempunyai banyak cawangan. Menjadi kegemaran
kami ialah di cawangan Exit 5. Ada menu dalam bahasa Inggeris, petugas
di kaunter peramah sedikit dan mahu melayan kami walaupun tidak tahu
berbahasa Inggeris. Untuk bayar dia akan tunjukkan kalkulator je.
Kebiasaanya pelanggan memang ramai 99% orang Arab terutama
selepas solat jumaat. Kerap kali terpaksa ambil nombor giliran dan tunggu.
Mesti dapatkan bilik dulu kemudian order di kaunter dan bayar.
Tunggu di dalam bilik sehingga bilik diketuk.
Tempat duduk ruang family dalam bilik terasing dan ditutup dengan tirai tebal di pintu. Terdapat lebih kurang 12 bilik. |
Take away/delivery |
Kabsa ayam , ini untuk 2 orang makan, 26 rial. Kabsa kambing, 2 orang makan 55 rial. J |
Kebab untuk seorang makan(20 rial), Puding karamel lembut dan sedap (5 rial) . Tahini (2 rial) Semuanya 50 rial. Alhamdulilllah |
Salad, 10 rial, air kosong free. Biasanya ditawarkan air bebsi (pepsi), takde air jus buah-buahan |
Hummus dan sebagainya. Aku suka ni.. 10 rial untuk seorang makan. |
3. Restoran Cabrito
Ada banyak cawangan. Kami pergi Restoran Cabrito di Jalan King Abdul Aziz.
Istimewanya restoran ini ialah kita boleh jenguk kambing,ayam atau burung
puyuh yang sedang dipanggang. Menu semuanya dalam bahasa Arab.
Ada tiga jenis nasi untuk dipilih(ditunjuk sample)Nasi berwarna putih
(seperti di Lemoonah dan Al Romansiah) keperangan dan merah (berempah sikit)

Kambing panggang |
Ayam dan burung puyuh |
Kabsa Kambing, 62 rial |
Meja Jepun untuk letak makanan. |
sedapnyaaa k.jie...meleleh air liur tgk
BalasPadamSabar...bulan 12 nanti mai boleh rasa..hihi
Padam