Al Yamamah Garden |
Program piknik
bersama geng jemaah haji 1435H berlangsung seperti yang dirancangkan di Al
Yamamah Garden yang terletak di dalam Diplomatic Quarters. Persekitaran serba hijau begitu menenangkan,
walau kurang dari separuh yang hadir. Tidak terasa suasana di Riyadh yang
terkenal dengan kawasan bergurun yang tandus.
"Cantiknya
taman ini, terasa seperti berada di luar negara," cetus Pn Zaliah, isteri
kepada salah seorang pegawai di kedutaan Malaysia kepada kami. Kami terus berjalan melihat suasana taman yang
dipenuhi dengan kolam air, pokok-pokok serba hijau dan pelbagai jenis bunga-bungaan.
"Hai Kak Yah, memang
kita sedang berada di luar negara pun," jawabku dan kami semua ketawa.
Pertemuan
seperti ini memberi peluang untuk kami menikmati pelbagai hidangan yang enak bertemakan tanah air. Menu utama iaitu nasi
lemak, Pizza, karipap, bihun goreng,kek, nasi putih , kari ayam kampung, kurma
ayam, sambal manga dengan ikan bilis, roti segar, puff, dan banyak lagi
menunggu untuk dimakan.
"Wan buat pau
ini guna tepung jenis apa?Sedap dan lembut sangat," soalku pada Wan Salisa
isteri kepada Pensyarah kejuruteraan di Universiti King Saud. Pau berisi kacang merah yang lembut
dan sedap aku kunyah perlahan.
Sebahagian Geng Haji 1435 H |
"Tepung gandum je kak,"jawab Wan Salisa bersahaja.
"Boleh bagi
resepi?," pintaku tanpa rasa malu.
Selang
beberapa hari selepas itu aku mendapat resepi tersebut melalui whatsapp. Aku
simpan sehingga aku membeli Kenwood , mesin adunan yang sudah sekian lama aku
idam-idamkan. Qars Alwani sebuah gedung
menjual pelbagai barangan dapur mengadakan jualan besar-besaran dengan potongan
harga 20%-50%. Lalu dapat lah aku membeli Kenwood dengan harga 1299 rial dan
harga sebelumnya adalah 2299 rial.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Kentang
Bahan2:
2 biji kentang
bersaiz sederhana(dipotong dadu)
2- 3 sudu besar
rempah kari daging jenama Adabi
Sedikit daun
kari
1 labu bawang
besar(didadu)
2 labu bawang
putih(dipecahkan)
200g daging
(didadu)
Air secukupnya
Minyak, garam
Daun bawang
dan daun ketumbar(dipotong kecil)
Cara
Membuatnya:
1.Panaskan
minyak dan masukkan daun kari bersama bawang besar, digoreng
sehingga kekuningan, masukkan bawang putih
dan sedikit garam
2.Masukkan
rempah kari dan dikacau sebentar lalu dimasukkan sedikit
air,biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan
daging dan kentang diikuti air dalam kuantiti yang sesuai untuk
melembutkan ubi kentang dan daging.
4.Biarkan
sehingga kering dan taburkan campuran daun bawang dan
daun ketumbar.Tutup api.Biarkan sejuk.
Kulit Pau
Bahan2:
3 ¼ cawan
tepung gandum
1 sudu besar
yis
½ cawan gula
(boleh dikurangkan)
1 sudu kecil
baking powder
¼ cawan minyak
masak
1 ¼ cawan air
suam
½ sudu kecil
garam
Cara
Membuatnya:
1.Campurkan
semua bahan kecuali air suam ke dalam mangkuk adunan
mesin pengadun roti.
2.Masukkan
sedikit demi sedikit air sambil adunan diadun selama 15 minit.
3.Keluarkan
doh yang terhasil dari mangkuk ,jika lembik dan melekit
tambah tepung supaya tidak melekat(Jangan
panic,doh yang lembik
menghasilkan pau yang lembut)
4.Uli sekejap
dengan tangan sehingga boleh dibentuk doh tersebut
biarkan sekejap(5 minit)
5.Bahagikan
doh kepada beberapa doh kecil anggaran 30g hingga 50g
(ikut saiz yang dikehendaki)
6.Bentukkan
doh supaya menjadi bulat dan leperkan doh tersebut.
Masukkan inti dan kemaskan menjadi bulat
yang licin dan cantik.
Pastikan bahagian atas lebih tebal supaya
tidak kelihatan bayanga
isinya
selepas dimasak.
7.Letakkan di
atas kertas cup cake yang dileperkan. Biarkan doh tersebut
selama lebih kurang 45 minit.
8.Kukus dengan
api yang agak besar dengan penutup kukus dibalut dengan
aluminium foil /kain selama 10 minit.
Yummy |
Pau inti kelapa la pulak |
Dibelah dua ...lembut |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan