Ketika jamuan
piknik makan satay di Princess Noura University, Pn Nor menyediakan dua jenis roti iaitu bun chicken floss dan bun manis. Lembut
dan istimewa sekali rasanya sehingga aku tidak segan lagi untuk meminta resepi
darinya. Lebih menggembirakan apabila aku, Pn Hamidah dan Pn Wan Salisa diberi
bread improver seperti yang diperlukan dalam resepi. Aku tidak sabar untuk
membuatnya,maklumlah sudah ada mesin
pembantu. Ternyata resepinya begitu tepat sekali sehingga tidak perlu menambahkan
tepung ketika menguli atau membentuk roti tersebut. Tekstur doh roti begitu
mudah untuk dikendalikan. Aku bertambah yakin untuk membuatnya.
Rakan-rakan di
WhatsApp Geng Haji hairan kerana aku mampu menghasilkan roti tanpa melihat
sendiri proses menyediakannya. Aku agak kasihan dengan pertanyaan tersebut
lantas memecahkan rahsia yang tersimpan. Sewaktu aku menjadi Penyelaras Kursus
di sekolah, aku pernah menganjurkan kursus membuat roti di Kolej Komuniti
Selayang. Wang peruntukan yang banyak sebahagian kecilnya aku gunakan untuk
kursus yang lain lari sedikit dari
urusan berkaitan kerja di sekolah. Sesekali memberi peluang kepada guru membuat
perkara yang disukai di samping mencetuskan semangat kerja berpasukan. Tidak
ramai yang dapat hadir kerana ianya
diadakan pada hujung minggu. Pn
Rosnani,Pn Haslinda Nor, Pn Siti Nor,Pn Haslida,Pn Salawati adalah antara yang
menjadi pesertanya. Bersama ilmu, kami juga membawa balik setimbun roti pelbagai
jenis yang kami sediakan sendiri. Malangnya selepas itu aku tidak mencubanya di
rumah, antara alasannya ialah tidak ada mesin untuk menguli.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
500g tepung
gandum/berprotin tinggi diayak
75 g gula
kastor (gula pasir pun ok)
2 sudu kecil bread
improver
3 sudu kecil yis kering(1 paket)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
dipukul
250 ml
air/susu segar (jika tidak guna susu segar boleh ganti dgn 20 g susu tepung)
60 g mentega
2 sudu kecil susu
pekat (jika suka untuk lembutkan roti)
Cara
membuatnya:
1.Tepung,gula
dan garam dicampur dan digaul rata dalam
sebuah bekas.
2.Masukkan yis dan bread improver.
3.Masukkan telur dan air/susu segar.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh dan masukkan
mentega.
5.Uli lagi sehingga lembut dan elastic selama
lebih kurang 15-20 minit.
6.Tutup bekas dan biarkan selama 45 minit
(naik 2 kali ganda).
7.Tumbuk adunan untuk buang angin dan uli
sekejap.
8.Bahagikan doh seberat 40-60 g setiap ketul (ikut saiz yang dikehendaki).
Leperkan doh , masukkan inti jika mahu dan bentukkan menjai bulat.
9.Susun di dalam Loyang pembakar yang telah
dilenser dengan mentega/minyak.
10.Rehatkan selama 45 minit dengan menutup
permukaan bekas
dengan plastic cling.
11.Sapukan permukaan roti bun dengan susu
segar/air.
12.Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 15
minit atau sehingga
bun keperangan.
13.Sapukan permukaan roti yang telah masak
dengan mentega sebaik sahaja
dikeluarkan dari oven.
14.Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap
udara atau plastik roti.
· Sebulan kemudian aku mendapat satu lagi resepi
roti yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan bread improver. Boleh diuli
dengan tangan sahaja . Tunggu ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan