Mata'am Bukhari memang terkenal seluruh Arab Saudi. Terkenal
di kalangan warga Pakistan namun kebanyakan kedainya tidak
mempunyai ruang makan untuk Family. Biasanya kami beli untuk
dimakan di rumah atau di dalam perjalanan. Nasinya yang banyak
bersama ayam bakar, ulam, bawang segar dan sambal. Restoran
Turki, Indian dan Cina juga terdapat di sini dengan ruang untuk Family.
1. Farouj Al-Carawan Restaurant
Terletak di Takashussi. Kami gemar ke sini kerana mempunyai menu
dwibahasa, petugas di kaunternya boleh berbahasa Inggeris, layanan
cepat (ada loceng yang boleh dibunyikan jika mahu memanggil pekerja),
bilik terasing setiap keluarga, makanannya sedap dan murah. Jus
buah-buahannya juga segar berharga 6-8 sr mengikut jenis buah.
Roti sedap 5 keping (free).Kebab untuk seorang, 20sr.Fatosh,10sr, Mixed Appetizer (Baba ghanoush/ Moutabal,Tabouli,Grape leaves)15 sr |
Nasi Kabsa kosong,5 sr. Chicken fakhar, 20sr (berkuah) |
Pizza small, 10 sr |
2. Indian Summer
Kebiasaannya kami makan nasi beriani di food court yang terdapat di mall
seperti Lulu atau Hayat Mall. Ada banyak cawangan dan kami pergi
di cawangan Jalan King Abdul Aziz. Pelanggan memang ramai dan terpaksa
ambil nombor giliran untuk masuk ke bilik di ruang family tingkat 2.Masa
menunggu lebih dari 30 minit.Ada yang booking terlebih dahulu. Pelbagai
pilihan menu ada dan aku mulai belajar beberapa nama hidangan yang
sedap seperti Tikka Masala, Murg Makhani (butter chicken) dan Murg
Tandoori yang popular di sini.
Mutton Biryani, 35 sr dan Chicken Biryani,32 sr sedap dimakan begitu sahaja |
Mixed Grill, 45 sr, Paratha kena bayar sekeping 3 sr |
Dua restoran ini boleh pergi lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan