BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi dan tahun ini jumlah pengunjung mencapai 2.4 juta orang. Saya sendiri merasa tempiasnya. Memang lain rasanya suasana PBAKL tahun ini. Walaupun ramai namun keadaan terkawal, kesesakan tetap terasa namun tidak menimbulkan suasana tidak selesa.
Ramai yang datang bersama keluarga, daripada bayi sehingga warga emas.
Tahun ini juga memberi pengalaman baharu yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.
Semenjak PBAKL 2022 sehingga tahun ini, saya meletakkan buku-buku travelog saya di Reruai Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Tahun ini saya menyewa ruang rak bersama rakan-rakan penulis seramai 9 orang dengan kadar sewaan RM223.00 seorang. Jumlah sewaan RM2,000.00 satu rak. Setiap penulis diberi peluang meletakkan 6 judul buku seorang.
![]() |
| Reruai Umam Wonder Art di Tingkat 4, berdekatan dengan eskalator. |
![]() |
| Memang mudah dilihat sebab kawasan lalu lalang bukan dalam dewan. |
![]() |
| Inilah susunan buku-buku kami. |
Senarai buku travelog Fauziah Abdul Hamid
1. DI Bawah Kubah Biru Uzbekistan
2. Autumn D'Hunza Pakistan
3. Travelog Eropah 1 (Cetakan ketiga)
4.Travelog Eropah 2
5. Set kombo Eropah 1 & 2
6. Travelog New Zealand : Syurga Di Wajah Queenstown.
Hari Khamis ( 28/5/2026)
Saya menghantar buku-buku dan susun di rak pada sebelah petang.
Hari Jumaat - Hari Pertama (29/5/2026)
Pesta Buku bermula.
Hari Sabtu - Hari Kedua (30/5/2026)
Saya menaiki MRT dan LRT ke WTC pada sebelah pagi dan sampai jam 10.30 pagi. Berada di sana sehingga jam 2:00 petang. Sempat berjualan namun tidak bertanya nama pembelinya sebab terkejut.
Hari Ahad - Hari Ketiga (31/5/2026)
![]() |
| Autumn D'Hunza jadi pilihan. |
![]() |
| Tuan ini ternampak buku Eropah 1 dan katanya sudah beli dan baca. Jadi saya tawarkan Eropah 2, terus dia setuju. |
Hari Ahad - Hari Ketiga (31/5/2026)
Selepas hantar Kak Aishah menaiki ETS di KL Sentral, saya ke PBAKL untuk menghantar bunting.
![]() |
| Siap pasang. |
![]() |
| Waktu nak balik, ditegur Puan Faizah Yusof. Beliau peminat buku saya. |
Hari Isnin - Hari Keempat (1/6/2026)
Berada di reruai sekitar jam 11:00 pagi sehingga 2 petang.
![]() |
| En Din beli kesemua buku travelog. Terima kasih. |
![]() |
| Puan Rohaya beli buku Uzbek dan Kombo Eropah 1 & 2. |
![]() |
| Cikgu Mazalina dan Cikgu Shahril pun beli buku kombo. |
![]() |
![]() |
| Tuan Shahril Fakawi ni sudah travel ke 99 negara, beli buku kombo sebagai sokongan untuk saya. |
![]() |
| Pegawai TLDM ysng lebih mesra dengan panggilan Lafi, isterinya Aisyah dan anak-anak. |
![]() |
| Laku keras sebanyak 7 set hari ini hingga habis stok. |
Hari Selasa - Hari Kelima (2/6/2026)
Penjualan diteruskan, promosi di FB dan TT. Dengan bantuan bunting, lebih mudah pengunjung mendekati penulis dan bertanya. Layan sahaja walaupun ramai juga yang tidak membeli dan berjanji nak jalan-jalan dahulu.
![]() |
| Sahabat penulis Kak Jenny dan adiknya Nazipah yang beli set kombo. |
![]() |
| Peminat buku travelog, dahulu selalu beli dengan Kasi Terbit. Dah tak banyak buku travelog, komen Puan Farah. |
![]() |
| Tuan Hazem baru balik dari Uzbekistan, nak beli buku buat kenangan. |
Hari keenam (3/6/2026) dan Hari ketujuh (4/6/2026)
Saya berehat di rumah kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
Hari Jumaat - Hari Kelapan (5/6/2026)
Usai urusan daftar masuk Hotel Seri Pasifik. Selepas solat asar, singgah di reruai sekejap.
![]() |
| Cikgu Narawi dari Sarawak. Puas berbual pasal buku sebab beliau pun penulis buku akademik. Bawa balik buku Uzbek dan Hunza. |
Saya di reruai pagi dan petang. Ramai pengunjung.
![]() |
| Puan Syarifah Salwa. |
![]() |
| Tuan Md Nor |
![]() |
| Sahabat penulis, Puan Norlili beli Uzbek dan Hunza. |
![]() |
| Jiran sebelah rumah, Kak Yah dan Shikin pun beli Uzbek dan Hunza. |
![]() |
| Keluarga Azura dan Iskandar selalu travel. Tak sabar nak ke Uzbek. |
![]() |
| Puan Alifah kata suaminya dah beli tiga buku travelog saya, Riyadh, Tunisia dan New Zealand. Beli kombo pula. |
![]() |
| Puan Anas pun pilih kombo. |
![]() |
| Puan Sya, bekas wartawan dan mahu cuba menulis travelog pula. |
Hari Ahad - Hari Kesepuluh (7/6/2026)
Hanya berada sehingga jam 1:30 tengahari. Sibuk sikit dengan pelbagai urusan untuk mengambil stok buku yang berbaki.
![]() |
| Puan Suhairin yang kaki travel, puas berbual dan sudi beli buku Uzbek, |
![]() |
| Pembeli terakhir di PBAKL, Cikgu Norlela dan anaknya ambil Uzbek, Hunza dan kombo. |
![]() |
| Sahabat penulis Puan Irni Fazrita Farid sempat singgah di reruai. |
![]() |
| Suami pun ikut serta dan bagi semangat. Sponsor penginapan di hotel. |
![]() |
| Pembantu yang sangat membantu, Adik Sarah dan Anisah. |
![]() |
| Tuan punya reruai, Tuan Ali. Terima kasih beri peluang untuk kami belajar menjual. |
Alhamdulillah dah merasa memakai pelbagai jenis topi. Penulis, penerbit, pengiklan dan penjual buku. Lengkap.
Jumpa lagi di lain pesta buku, insya-Allah.

































Tiada ulasan:
Catat Ulasan