Khamis, 27 Oktober 2022

Ronda-ronda Cari Makan Turkiye (2)

BismillahirRahmanirRahim


Disebabkan kami ke Turkiye dengan pakej termasuk tiga kali makan sehari jadi kami tidak langsung mencuba makanan di kedai lain. Sarapan semestinya di hotel jadi makanannya lebih kepada hidangan Barat dan juga tempatan.

Rasanya kami lebih enjoy menikmati hidangan Turkiye sewaktu ke sana pada tahun 2011. Masa tu, kami pergi sendiri. Puas !

Cuma kami tidak berkesempatan menikmati  kebabnya dengan hidangan daging yang segar. Namun setiap hari ada nasi yang dihidangkan bersama salad, sup dan roti. Kebanyakan supnya ada kacang jadi kena hati-hati buat mereka yang ada masalah asid urik atau gout. Tapi aku memang suka, semua sup aku tibai. Kadang-kadang tolong habiskan bahagian suami atau Saffura.

Jom sambung lagi.

Hotel Hilton, Bolu.


Makan malam di hotel - Nasi Ayam
Sarapan
Jeruk buah zaitun ni memang kegemaran aku.
Pilihan sarapan di Bolu
Suka salad macam ni
Antara hidangan lunch yang sedap
Sup yang sedap
Pide ganti nasi di Istanbul


Hotel Pullman, Istanbul

Pelbagai halwa
Pelbagai jenis jeruk
Turkish Delight
Suka bekas kecil tu, memang ada kat semua hotel.
Jenuh pilih cheese

Hidangan terakhir di Istanbul. makan ikan bakar di restoran terapung.

Sedap sambal pencicahnya,.
Teh Apple ni memang sedap dan dihidang di kedai-kedai yang kami singgah.

Malam terakhir kami dibawa ke Dataran Taksim, ya Allah padat dengan manusia. 

Tengok jelah, kena beratur panjang.


Kunafe paling popular di Istanbul
Pengasasnya...ramai betul yang menanti giliran.

Kami juga ke Spice Bazaar pada hari teakhir di Istanbul. Terliur habis!

Aku beli kulit kayu manis dan teh.
Beli yang kotak je


Aduhai sedapnya
Ehhmmm
Sedap tak terkata
Gerai Kunafe di luar bangunan Spice Bazaar
Manisan yang manis-manis.
Memang terliur

Musim apple di Cappodocia.

Ronda-ronda Cari Makan Turkiye (1)

BismillahirRahmanirRahim



"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula"

Al-Mulk ayat 15

Alhamdulillah aku dan keluarga berpeluang kembara lagi selepas melalui fasa pandemik Covid-19  dalam tempoh yang agak lama. Kali ini kami mengambil pakej ke Turkiye daripada 24 September sehingga 03 Oktober 2022. 

Jom tengok apa yang kami berpeluang untuk merasa makanan yang telah dihidangkan.



Sarapan Di Marriot  Courtyard Istanbul.

Suka hidangan telur tu.


Siap ada sarang lebah lagi.

Best!

Burek Turkiye

Sedap gak.

Buah manis.

Pekena latte secawan

Dalam perjalanan ke Bursa, singgah di kedai R&R.

Sedap2

Beli simit untuk makan atas bas.

Hotel Ladies Beach Residence, Kusadasi.




Sarapan ringan je.

Makan tengahari yang sedap, kami panggil nasi dagang direstoran tempatan.

Salad, roti dan sup dihidangkan sebelum nasi.


Hotel Pam Thermal, Pamukkale

Hidangannya paling best! Terutama manisan, puas pilih.









Suhan Cappodocia Hotel & Spa


Sarapan

Try makanan tempatan yang panas.

Lunch dan dinner mesti ada nasi.



Bersambung.

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...