Khamis, 27 Oktober 2022

Ronda-ronda Cari Makan Turkiye (2)

BismillahirRahmanirRahim


Disebabkan kami ke Turkiye dengan pakej termasuk tiga kali makan sehari jadi kami tidak langsung mencuba makanan di kedai lain. Sarapan semestinya di hotel jadi makanannya lebih kepada hidangan Barat dan juga tempatan.

Rasanya kami lebih enjoy menikmati hidangan Turkiye sewaktu ke sana pada tahun 2011. Masa tu, kami pergi sendiri. Puas !

Cuma kami tidak berkesempatan menikmati  kebabnya dengan hidangan daging yang segar. Namun setiap hari ada nasi yang dihidangkan bersama salad, sup dan roti. Kebanyakan supnya ada kacang jadi kena hati-hati buat mereka yang ada masalah asid urik atau gout. Tapi aku memang suka, semua sup aku tibai. Kadang-kadang tolong habiskan bahagian suami atau Saffura.

Jom sambung lagi.

Hotel Hilton, Bolu.


Makan malam di hotel - Nasi Ayam
Sarapan
Jeruk buah zaitun ni memang kegemaran aku.
Pilihan sarapan di Bolu
Suka salad macam ni
Antara hidangan lunch yang sedap
Sup yang sedap
Pide ganti nasi di Istanbul


Hotel Pullman, Istanbul

Pelbagai halwa
Pelbagai jenis jeruk
Turkish Delight
Suka bekas kecil tu, memang ada kat semua hotel.
Jenuh pilih cheese

Hidangan terakhir di Istanbul. makan ikan bakar di restoran terapung.

Sedap sambal pencicahnya,.
Teh Apple ni memang sedap dan dihidang di kedai-kedai yang kami singgah.

Malam terakhir kami dibawa ke Dataran Taksim, ya Allah padat dengan manusia. 

Tengok jelah, kena beratur panjang.


Kunafe paling popular di Istanbul
Pengasasnya...ramai betul yang menanti giliran.

Kami juga ke Spice Bazaar pada hari teakhir di Istanbul. Terliur habis!

Aku beli kulit kayu manis dan teh.
Beli yang kotak je


Aduhai sedapnya
Ehhmmm
Sedap tak terkata
Gerai Kunafe di luar bangunan Spice Bazaar
Manisan yang manis-manis.
Memang terliur

Musim apple di Cappodocia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...