Khamis, 10 November 2022

Rasa Dapur KakJee (417) - Pulut Dakap



BismillahirRahmanirRahim




Buah pisang yang diambil tempoh hari sudah pun masak ranum. Kebetulan ada sahabat yang mencadangkan agar KakJee buat Kuih Pulut Dakap. Waah memang tak pernah makan kuih tradisi ni. Okey lah nak cuba.



KakJee pun membuat pencarian untuk mengetahui cara penyediaannya. Rupanya seperti buat Pulut Panggang cuma gantikan intinya dengan pisang. Jom kita tengok resipinya. Untuk menyediakan pulut, ada dua cara. Boleh dikukus atau dimasak macam masak nasi. Ada satu resipi yang campur kacang ketupat untuk menambahkan keenakannya. Yang tu lain kali boleh try naa.

Resipi Pulut Dakap
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut - direndam dalam air selama 3 jam
1 cawan santan pekat ( 250 gram santan kotak)
1 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
Daun pisang yang dilayur
Pisang secukupnya
Tali untuk ikat

Cara Membuatnya:
1.Kukus pulut sehingga masak. Letakkan ke dalam bekas yang sesuai.
2.Santan, air, gula dan garam dicampur dan dikacau sehingga larut.
3.Masukkan santan ke dalam pulut dan kacau sehingga habis santan. Biarkan sebentar.
4.Kukus semula sehingga masak.
5.Letakkan pulut ke dalam daun pisang kemudian hirisan pisang dan pulut. Kemaskan.

Boleh potong pisang dalam saiz lebih kecil untuk memudahkan
proses membalut.

Kemaskan

Dah siap balut

Ikat macam ni.

6.Bolehlah dikukus atau rebus.


Selamat Mencuba



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...