Rabu, 16 November 2022

Rasa Dapur KakJee (418) - Kek Pisang Sedap

BismillahirRahmanirRahim




Masih resipi berkaitan pisang, maklumlah buah pisang dari laman dapur KakJee tu memang lumayan hasilnya. Jadi KakJee sejuk bekukan dengan cara membuang kulitnya dan dimasukkan ke dalam bekas plastik. Bila hendak digunakan, KakJee keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ianya mencair. Lepas tu bolehlah dilecek dan ditapis sehingga tidak ada air lagi.

Resipi ini adalah Resipi Che Nom yang dah dua kali KakJee guna. Kali pertama ianya agak lembab sesuai dengan namanya, Kek Pisang Lembab. Untuk kali ni, KakJee ubah suai sedikit agar ianya tidak lembab dan tahan lebih lama. Kuantiti pisangnya KakJee samakan dengan kuantiti gula. Satu lagi KakJee guna gula perang sahaja, tak campur dengan gula kastor. 
Meh tengoh resipinya.

Resipi Kek Pisang Sedap
Bahan2:

1 cawan gula perang
1 cawan pisang yang sudah dilecek
1 cawan minyak masak 
4 biji telur
1/2 sudu garam
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 1/2 sudu kecil baking powder*
Bahan * diayak bersama
Cawan kertas

Cara Membuatnya:

1.Masukkan bahan yang diayak ke dalam bekas yang sesuai.
2.Kisar dalam blender telur dan gula sehingga adunan telur menjadi kembang.
3.Masukkan minyak, pisang yang dilecek, garam dan esen vanila. Kisar lagi selama beberapa minit.
4.Tuangkan adunan ke dalam bekas yang berisi tepung. Kaup balik dengan perlahan sehingga sebati dan tidak berketul. Tetapi jangan terlalu lama mengacaunya supaya kek gebu.
5.Masukkan adunan ke dalam cawan kertas sehingga 2/3 penuh dan bakar pada suhu 170 darjah celsius sehingga masak atau nampak permukaannya perang.


Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...