Ahad, 18 Disember 2022

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022


BismillahirRahmanirRahim


Alhamdulillah selesai pesta buku kedua terbesar di negara ini selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ianya berlangsung pada tarikh 1 Disember sehingga 11 Disember di MBSA Convention Centre Shah Alam.


Enam buku saya turut dipamerkan di reruai Kasi Terbit H53. Oleh itu selama lima  hari saya berada di sana untuk mempromosi buku saya. Lebih mengujakan apabila buku keenam saya keluar dari kilang pada 1 Disember. Malam tersebut juga ianya terus dibawa ke rumah CEO Kasi Terbit, Cikpuan Rohaniah Noor. 

Syukur, kesemua buku saya medapat sambutan daripada peminat travelog. Terutamanya Travelog Eropah 2. Saya abadikan gambar di blog ini buat kenangan.


Bersama Rohaniah Noor. Promosi, setiap pembelian dapat percuma 
Personal Planner 2023 tanda penghargaan.

Puan Siti Hawa, peminat tegar travelog.

Sahabat penulis, Siti Hasni yang sudi singgah beri sokongan.



Adik ni habiskan stok Travelog New Zealand tapi terlindung lak.


Rezeki anak-anak dari sekolah pendidikan khas yang singgah dan dapat planner.

Puan Irni Fazrita, sahabat penulis bawa sahabatnya Puan Noor Azzah.

Puan Azzah, Ketua Pustakawan USIM turut beli Eropah 1 & 2.







Rakan setugas di KVK, Ouan Maizura dan Puan Acyma turut singgah.
Puan Syarmila ambil buku yang dipesan.
Sahabat Puan Syarmila turut singgah dan beli.
Cik adik Aina ni beli lima judul buku saya. Yezza.

Sahabat penulis Puan Norlita.




Seronok layan pengunjung.

Puan Faizah Yusof, sahabat penulis dan FB.



Terima kasih buat semua yang sudi singgah di reruai Kasi Terbit dan beli buku-buku saya. Ianya amat memberi makna buat saya untuk terus bersemangat menulis dan menerbitkan buku.






















































 

Jumaat, 9 Disember 2022

De. Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi (2)




BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, tanggal 6 Disember 2022 aku dijemput untuk meraikan persaraan cikgu Norbayani. Ianya dianjurkan oleh sahabat Panitia Matematik Kolej Vokasional Kajang. Sunggh terharu dengan ajakan tersebut sehingga saya tidak mampu untuk menolaknya.

Mestilah aku juga merasa rindu kepada mereka semenjak bersara pada tahun 2019. 

Majlis di adakan di restoran Chef Wan di Bangi. Untuk rekod, ianya merupakan kunjungan kedua. Risau juga kerana bajetnya mesti mahal tapi jika dikongsi ianya berbaloi. Hidangannya berkualiti tinggi dan sedap namun yang penting kita yakin kebersihan dan kehalalannya.


Aku sampai pukul 11.20, sedang menanti.
Dah sampai semuanya.
Hadiah buat kawan-kawan
Menu yang dipilih untuk 7 orang, ada tambahan lagi ya.
Starter 1 dah sampai, kerabu Pomelo tu memang the best!
Starter 2 ni lagi best3. Rangup, sedapnya. Kena gunting dulu tau 
sebelum ngap. Ada kuah kacang dan sambal.
Main menu pun sampai. Penuh meja.
Asam pedas ikan siakap. Sekoq teruih.
Ayam Dara Panggang dan Peria Goreng Ikan Masin

Sotong beb!
Kambing kuzi yang mangkuk kecil tu. Masak Lemak
Daging Salai pun ado.
Sangat berkhasiat, Brokoli, tofu dan cendawan
Dah kenyang, sampai pula pesanan tambahan, nak rasa je.
Buah pun sedap sebab siap untuk dimakan je.


Bubur Pulut Hitam
Bubur Som Som



Sebelum berpisah dan balik, kita bergambar dulu.


Puan Hajah Aslina, boss Panitia Matematik.

Puanbersara Puan Norbayani.

Puan NorShafina yang mengurus jamuan ini.

Puan Wan Norimah.

Puan Pirzin.
Sebelum balik ni.
Selamat terus bertugas walaupun dah tinggal berlima.
Puan Fea kat depan tu.


Terima kasih semua sahabat, semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. Insya-Allah.








Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...