BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah selesai pesta buku kedua terbesar di negara ini selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ianya berlangsung pada tarikh 1 Disember sehingga 11 Disember di MBSA Convention Centre Shah Alam.
Enam buku saya turut dipamerkan di reruai Kasi Terbit H53. Oleh itu selama lima hari saya berada di sana untuk mempromosi buku saya. Lebih mengujakan apabila buku keenam saya keluar dari kilang pada 1 Disember. Malam tersebut juga ianya terus dibawa ke rumah CEO Kasi Terbit, Cikpuan Rohaniah Noor.
Syukur, kesemua buku saya medapat sambutan daripada peminat travelog. Terutamanya Travelog Eropah 2. Saya abadikan gambar di blog ini buat kenangan.
|
Bersama Rohaniah Noor. Promosi, setiap pembelian dapat percuma Personal Planner 2023 tanda penghargaan. |
|
Puan Siti Hawa, peminat tegar travelog. |
|
Sahabat penulis, Siti Hasni yang sudi singgah beri sokongan. |
|
Adik ni habiskan stok Travelog New Zealand tapi terlindung lak. |
|
Rezeki anak-anak dari sekolah pendidikan khas yang singgah dan dapat planner. |
|
Puan Irni Fazrita, sahabat penulis bawa sahabatnya Puan Noor Azzah. |
|
Puan Azzah, Ketua Pustakawan USIM turut beli Eropah 1 & 2. |
|
Rakan setugas di KVK, Ouan Maizura dan Puan Acyma turut singgah. |
|
Puan Syarmila ambil buku yang dipesan. |
|
Sahabat Puan Syarmila turut singgah dan beli. |
Terima kasih buat semua yang sudi singgah di reruai Kasi Terbit dan beli buku-buku saya. Ianya amat memberi makna buat saya untuk terus bersemangat menulis dan menerbitkan buku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan