Rabu, 4 Januari 2023

Visit My Malaysia - Pusat Rekreasi Lubuk Timah Ipoh, Perak.

BismillahirRahmanirRahim



Selamat Tahun Baharu 2023 buat semua pengunjung blog ini. 

Jumaat lepas (29.12.2022)  aku dan keluarga kembali ke Kuala Lumpur daripada percutian di kampung. Seperti yang dijangka, dikebanyakan kawasan R&R dan hentian rehat dipenuhi dengan orang ramai. Mujur aku sudah membuat persediaan awal untuk makan tengahari. Kami singgah di kedai makan sepupuku dan membeli nasi ayam untuk lunch. Beberapa pek laksa juga turut dibeli untuk dimakan di rumah nanti.

Suamiku mengambil keputusan untun keluar dari lebuh raya dan mencari tempat yang sesuai untuk makan. Kami ambil susur keluar Simpang Pulai dan cuba mencari tempat yang sesuai untuk duduk dan makan. Kebetulan aku ternampak papan tanda pusat rekreasi, macam menarik je tempat tu.

Hanya 6 kilometer dari simpang selepas tol Simpang Pulai tersebut, laluan yang sama untk ke Cameron Highlands. Senang sahaja mencarinya namun kawasan tersebut agak sibuk dengan lori pengangkut tanah.


Untuk masuk perlu bayar terlebih dahulu, RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan warga emas. Suamiku memandu perlahan menuju ke kawasan tepi sungai. Nampak bersih dan teratur tempatnya.

Kawasan parkir pun banyak kerana tidak ramai pengunjung. Hanya kelihatan dua tiga keluarga sahaja. Ada yang sedang berkelah dan ada yang sedang mandi manda. Kami memilih salah satu pondok yang berderet di tepi sungai. Bayaran RM10 dikenakan untuk duduk di situ. Pondok yang lebih besar dan luas berharga RM50.

Nasi ayam sedap
Cucu sedara Intan Fatihah dan Azim ikut sama
Best mandi kat sini


Sejuk airnya

Dah kenyang, kami berjalan kaki menuju ke kawasan air terjun yang berjarak 300 meter dari tempat kami makan. Dalam perjalanan, kelihatan aliran air sungai yang jernih, bersih dan terjaga. Geram je tengok.

Jom

Ada privasi


Cantik
Dah dekat!
Air terjun


Yeay
Kemudahan lain.
Penginapan untuk disewa.

Ni dekat dengan sungai. Ada penyewa tu!

Jika berminat.


Tempat ni memang bagus, tak rugi bayar untuk masuk. Insya-Allah jika ada kesempatan akan singgah lagi.




















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...