BismillahirRahmanirRahim
"Rasa lapar pulak," suamiku bersuara sebaik melepasi plaza tol Ayer Keroh, Melaka.
"Jom makan kat kedai Asam Pedas Pak Man, dah lama teringin," kataku yang juga lapar walhal baru pukul 11:30 pagi.
"Boleh lah kalau dah buka," balas suamiku sambil meneruskan pemanduan.
Alhamdulillah, dapat parkir di depan kedai. Bermaksud belum ramai pengunjung waktu tu. Sebenarnya sudah lama kami mahu mencuba masakan asam peda yang terkenal di kedai tersebut namun hampa. Setiap kali lalu, memang ramai je orang dan kereta memenuhi kawasan sekitarnya. Malas nak bersesak.
Kawasan dalam kedai begitu bersih dan teratur, kami tidak perlu tunggu dan terus dapat tempat duduk. Aku memilih ikan parang, memang aku suka asam pedas ikan parang. Suamiku pun ikut sama. Kami juga memesan sayur kailan ikan masin. Terdapat pelbagai jenis masakan asam pedas ikan dan daging.
Nasi datang bersama sayur tauge yang direbus dan telur masin. |
Satu set macam ni RM15.52. Harga ikut jenis dan bahagian ikan. Ni bahagian badan. |
Kedainya. Sebelah kiri selepas lampu isyarat ke Bukit Katil selepas pejabat Ketua Menteri Melaka. |
Rasanya memang sedap, cukup rasa pedas dan masamnya. Memang puas hati. Sebelum balik aku sempat beli pes asam pedas setelah ternampak ianya dijual di kaunter. RM10 harganya. Ada dijual di Shopee.
Kawan-kawan yang bercuti ke Melaka, bolehlah cuba rasa asam pedas Melaka di kedai Pak Man ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan