Isnin, 9 Januari 2023

Rasa Dapur KakJee (419) - Lempeng Kelapa Muda

BismillahirRahmanirRahim



Balik kampung baru-baru ni puas menikmati kelapa muda dari kebun abangku, Hj Mohamad Kamis. Yang agak keras isinya, KakJee bawa balik ke kl, macam-macam projek kat kepala. Nak buat inti manis dan inti pedas. Maklumlah ada 5 biji jumlahnya.

Namun teringat pula nak buat lempeng pada satu pagi tu, kebetulan ada kuah kari semalam. Awal pagi dah mula projek, belah kelapa, cungkil isinya dan kisar kering yang putih sahaja. Hanya guna 4 bahan sahaja iaitu tepung, isi kelapa, air kelapa ditambah sedikti air biasa dan garam. 

Isi kelapa muda
Setelah dikisar.

Resipi Lempeng Kelapa Muda
Bahan-bahan.
1 biji kelapa muda 
3 senduk nasi tepung gandum
Air kelapa muda 
Air secukupnya
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk masak

Cara Membuatnya
1.Gaulkan tepung gandum bersama isi kelapa muda yang telah dikisar.
2.Masukkan air kelapa sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil dikacau. Tambah air jika perlu sehigga adunan tidak berketul dan tidak terlalu kental.
3.Tambah garam secukupnya dan gaul sebati.
4.Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak.
5.Ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. Masak sehingga keperangan di kedua belah permukaan lempeng. Angkat.
6.Hidangkan bersama kari, asam pedas atau sambal tumis.


Dapat 5 lempeng yang lembut.


Selamat mencuba.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...