Jumaat, 13 Januari 2023

Visit My Malaysia - Ladang Kenaf Lembah Chuping, Perlis.

BismillahirRahmanirRahim


Selepas lunch di Padang Besar kami singgah di Ladang Kenaf dalam perjalanan ke Kuala Perlis. Tidak sukar mencarinya kerana boleh nampak daripada jalan raya. 

Saffuralah yang beriya benar nak ke tempat tersebut  kerana ianya telah viral di media sosial. Rezeki kamilah kerana kebetulan kami ke Padang Besar, jadi teruslah singgah. Sebaik masuk ke dalam kawasan tersebut, kelihatan beberapa buah kereta yang diparkir. Memang sah lah tengah viral.



Tu dia berderet kereta.

Kenaf  adalah sejenis pokok daripada spesis hibiscua yang sama dengan tanaman bendi. Bunganya yang berwarna kuning cair mempunyai bentuk seakan bunga pokok bendi. Pun begitu pokok kenaf lebih tinggi sehingga melebihi paras ketinggian kami jika mencapai tahap maksima.




Pokok kenaf sudah dipromosikan sejak tahun 2000an untuk ganti tanaman tembakau. Kini ianya ditanam di Chuping, kawasan yang mempunyai suhu paling tinggi di Malaysia. Kawasan ini adalah bekas tanaman tebu dengan keluasan yang saujana mata memandang.

Pokok ini mengambil tempoh kurang enam bulan untuk matang. Di bahagian hadapan kebanyakkannya sudah matang rasanya kerana bunga sudah semakin kurang dan kelihatan benihnya yang dah kering.

Kami menaiki kereta ke bahagian belakang ladang ini. Kelihatan tasik, kawasan tanaman pokok kenaf yang ditanam dalam beberapa peringkat termasuk yang baru ditanam.



Yang baru ditanam


Panas lit lit


Produk pokok ini digunakan untuk membuat fiber dan sebagai sumber makanan ternakan. Ianya digunakan untuk membuat perabot ringan dan dashboard kereta. Boleh tengok di Youtube.















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...